Sawi merupakan sejenis sayuran hijau yang kaya dengan vitamin dan mineral. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara dan sangat popular dalam masakan Asia, terutamanya dalam masakan Cina dan Melayu.

Untuk memasak sayur goreng sawi, bahan-bahan yang diperlukan ialah sawi, bawang putih, halia, garam dan minyak masak. Cara memasaknya mudah – panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi, masukkan sawi, perasakan dengan garam, dan masak sehingga sawi lembut mengikut kesukaan.

1. Resepi Sawi Jeruk

Bahan-bahan

  • 1kg sawi pahit
  • Garam kasar 6 sudu
  • Tepung beras 3 sudu
  • Halia seinci hiris nipis
  • Kunyit hidup seinci hiris nipis

Cara buat Sawi Jeruk

  1. Basuh sawi, belah 2@4 sahaja. Letak garam pada setiap kelopak sawi.
  2. Biarkan berperam selama 3 jam. Bila dah 3 jam, bilas dan perah sikit sawi. Buang garam. Toskan.
  3. Sementara itu isi tepung beras, kunyit, halia dan garam 3 sudu dalam periuk bersama 2 liter air. Masaklah sampai air menggelegak.
  4. Boleh letak kunyit serbuk untuk naikkan warna nanti. Sejukkan air ni.
  5. Letak sawi tadi dalam bekas, tapis air tepung beras tadi ke dalam sawi sehingga sawi tenggelam kalau air tak cukup boleh tambah air tapis.
  6. Pastikan air betul-betul sejuk. Masa tapis masukkan halia dan kunyit dalam sawi. Jangan buang.
  7. Kemudian bolehlah simpan bekas sawi ni kat tempat yang jauh dari cahaya matahari. 4,5 hari dan boleh masak dah.
  8. Buang air ni dan ganti dengan air masak@air tapis.
  9. Simpan dalam peti untuk tahan lama.

Sumber: Nor Fazura Asyraf dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Bening Sawi + Carrot dan Fishball

Bahan-bahan

  • 1 pokok sawi potong ikut suka
  • ½ batang karot potong ikut suka
  • 1 bungkus fishball potong ikut suka (tak potong pun boleh)
  • ½ biji bawang besar hiris ikut suka
  • 1 ulas bawang putih ketuk/hiris ikut suka
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 3 cawan air

Cara buat Bening Sawi + Carrot dan Fishball

  1. Didihkan air, masukkan bawang, fishball dan karot. Agak-agak karot dah empuk masukkan sawi, garam, perasa dan secubit gula. Biarkan mendidih. Tutup api. Siap dan boleh hidang.
  2. *Bubuh sedikit gula untuk kekalkan kehijauan dan kesegaran warna sayur-sayuran.

Sumber: Bonda Zalina Amat Rosman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sayur Sawi + Bebola Ikan

Bahan-bahan

  • Sawi 6 pokok
  • Lada besar 1
  • *Bwg merah 3-4 biji
  • *Bwg putih 4 ulas
  • *Lada hitam 1 sudu besar

    Bahan bertanda * ditumbuk dan ditumis

Bahan Bebola ikan homemade

  • Ikan selayang 5-7 ekor tengok saiz
  • Buang tulang ikan-perisikan ada teknik dia mudah dan cepat
  • Tumbuk isi ikan sahaja dalam bekas lesung yang kita tumbuk bawang

Cara buat Sayur Sawi + Bebola Ikan

  1. Masukkan garam dan perasa.
  2. Lada sulah satu sudu kecil.
  3. Tepung gandum 4-5 sudu.
  4. Gaul-gaul sebati.
  5. Bulatkan dan masukkan dalam air tumis tadi.
  6. Biarkan 5 minit sampai mengelegak.
  7. Masukkan sawi dan suhun atau fucuk.
  8. Biarkan seketika.
  9. Selesai.

Sumber: Eizatul Fatanah Chik dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Masak Lemak Putih Sawi Cina

Bahan-bahan

  • Santan
  • Sawi
  • Ikan Bilis
  • Bawang merah
  • Cili merah
  • Bawang putih

Cara buat Masak Lemak Putih Sawi Cina

  1. Santan kemancar, perencah dan batang sayur didih dulu batang sayur dah lembut masukkan pati santan dan sayur serta garam, didihkan bagi sayur hijau tu layur.
  2. Pastikan sentiasa kacau untuk elak pecah minyak.

    Nota,  saya guna kelapa parut
  3. Jika santan kotak masak dengan air biasa dulu.
  4. Baru bubuh santan kotak yang di bancuh sikit dengan air panas sederhana untuk hasil yang baik, selamat mencuba.

Sumber: Ummu Naim Qalaq dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)

 

Hidangan Sayur Apa Lagi Yang Popular?

Jika anda tak gemarkan sawi, anda juga boleh mencuba menu sayur yang lain. Antara hidangan sayur lain yang sering mendapat perhatian adalah:

1. Bayam Goreng

Bayam adalah sayuran hijau yang sangat berkhasiat dan mudah didapati. Cara memasaknya sama seperti sawi, tetapi boleh ditambah cili padi untuk memberi rasa pedas.

2. Kangkung Belacan

Kangkung dimasak bersama belacan, bawang merah, bawang putih dan cili. Masakan ini sangat popular di Malaysia dan memberikan rasa yang pedas dan sedap.

3. Kailan Ikan Masin

Kailan dimasak bersama ikan masin, bawang putih dan minyak. Gabungan rasa masin dari ikan masin dengan kesegaran kailan menjadikan hidangan ini istimewa.

4. Pucuk Paku Goreng

Pucuk paku adalah sayuran tradisional yang digemari ramai. Ia biasanya digoreng bersama bawang merah, bawang putih dan cili padi untuk menambah rasa.

5. Sayur Pak Choy dengan Sos Tiram

Pak choy dimasak dengan sos tiram, bawang putih dan minyak bijan. Hidangan ini memberikan rasa manis dan sedap yang sesuai dimakan bersama nasi.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply