Sambal nasi lemak adalah sos pedas yang menjadi pelengkap hidangan nasi lemak. Bahan-bahan utama termasuk cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan bakar, garam, gula, dan minyak masak. Terdapat juga variasi yang menambah ikan bilis goreng atau udang kecil untuk menambah rasa umami.
Cara memasak sambal nasi lemak bermula dengan mengoreng bahan-bahan seperti cili kering, bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Kemudian, masukkan belacan bakar dan tumis sehingga pecah minyak. Tambah garam dan gula mengikut citarasa, masak dengan api perlahan sehingga sambal pekat dan minyak terasing.
1. Resepi Sambal Nasi Lemak
Bahan-bahan
- Basuh cili dan rebus, gunting dan tapiskan biji cili
- Kisar cili dengan sedikit air, minyak dan bawang besar
- Belacan dan udang geragau
- Daun pandan
- Minyak untuk menumis secukupnya
- Bawang besar dan bawang putih
Cara buat sambal nasi lemak
- Potong bawang besar dan bawang putih.
- Tumis sampai layu, masukkan belacan, udang geragau, daun pandan. Tumis lagi sampai wangi barulah masukkan cili.
- Masak dgn api perlahan (kacau selalu).
- Tunggu sehingga pecah minyak, barulah masukkan, gula, garam, air asam jawa dan ajinomoto. Masak sehingga sambal jadi merah kehitaman, sebatikan rasa dan tutup api.
- Masak 3 jam untuk kuantiti sambal yang banyak, bagi untuk makan sendiri tunggu sampai sambal pecah minyak.
Sumber: Laelatul Amaroh dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Sambal Tumis Nasi Lemak
Bahan-bahan
- Cili kering rebus dahulu
- Bawang besar
- Belacan
- Ikan bilis
- Kisar semua bersama minyak sedikit dan ikan bilis
Cara buat sambal tumis nasi lemak
- Tumis bawang merah bersama bahan kisar. Campurkan asam keping, gula, garam, perasa, kicap, dan sos cili.
- Masak sehingga pecah minyak.
- Campur sedikit gula merah atau gula kabung.
Sumber: Siti Zaleha dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
3. Resepi Sambal Nasi Lemak Pedas
Bahan-bahan
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- Cili kering*
- Asam jawa
- Serbuk perasa
- Gula melaka
- Ikan bilis
Cara buat sambal nasi lemak pedas
- Kisar semua bahan bertanda * .Tumis mcm biasa.
- Letak asam jawa, garam, gula, perasa, dan gula melaka.
- Bila tumis sampai pecah minyak, baru letak bilis. Kacau sampai kering, baru nampak warna gelap.
Sumber: Sharina Cekna dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Apa Sambal Lain Yang Popular?
Rakyat Malaysia memang tidak sah makan jika tanpa sambal kegemaran. Selain sambal nasi lemak, banyak lagi sambal yang sedap dan menjadi kegemaran ramai. 5 diantaranya adalah:
1. Sambal Tumis
Sambal tumis adalah sejenis sambal yang biasa dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan nasi. Ia menggunakan bahan asas yang sama seperti sambal nasi lemak tetapi ditumis lebih lama sehingga pekat dan mempunyai rasa yang lebih manis.
2. Sambal Belacan
Sambal belacan merupakan sambal yang sangat popular di Malaysia. Ia dibuat dengan menggunakan cili segar, belacan bakar, bawang merah, limau nipis dan garam, kemudian ditumbuk halus atau dikisar.
3. Sambal Tempoyak
Sambal tempoyak adalah sambal yang dibuat menggunakan tempoyak (durian yang difermentasi), cili, bawang dan belacan. Sambal ini mempunyai rasa masam yang unik dan aroma durian yang kuat.
4. Sambal Ikan Bilis
Sambal ikan bilis adalah sambal yang dimasak bersama ikan bilis goreng. Ia merupakan hidangan yang popular di seluruh Malaysia dan sering dihidangkan sebagai lauk nasi lemak.
5. Sambal Udang
Sambal udang adalah masakan yang menggabungkan sambal dengan udang segar. Ia dimasak sehingga udang masak dan sambal meresap ke dalam udang, menghasilkan rasa yang manis dan pedas.