Sambal kicap Johor adalah sejenis sos yang popular di negeri Johor, Malaysia. Bahan-bahan utama termasuk kicap manis, cili padi, bawang putih, limau kasturi dan sedikit garam untuk perisanya. Kadangkala ditambah juga dengan bawang merah untuk menambah rasa.

Cara penyediaannya sangat mudah di mana semua bahan-bahan dicincang halus dan dicampur dengan kicap manis. Kemudian, perah air limau kasturi dan tambah sedikit garam. Kacau sebati dan hidangkan. Sambal kicap ini biasanya menjadi pelengkap untuk hidangan seperti nasi goreng, mi goreng, atau sebagai sos celupan.

1. Resepi Sambal Kicap Johor Berapi

Bahan-bahan

  • Lada cili
  • Bwg Putih 4/5 ulas
  • Kicap
  • Gula
  • Secubit garam

Cara buat Sambal Kicap Johor Berapi

  1. Tumbuk lada bawang putih sehingga lumat.
  2. Masukkan kicap gula dan garam gaul sebati.
  3. Siap.

Sumber: Norfadzlin Norfadzlin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sambal Kicap Johor Mudah

Bahan-bahan

  • Cili padi – 1 bungkus
  • Bawang putih – 6 ulas
  • Limau sambal – 6 bj
  • Kicap
  • Gula

Cara buat Sambal Kicap Johor Mudah

  1. Blender semuanya.
  2. Lepas blender, perahkan limau dalam enam biji (ikut citarasa sendiri).
  3. Masukkan kicap dan gula secukup rasa. Kalau suka manis pedas boleh masukkan lebih.
  4. Dah siap.

Sumber: Fahrul Hilmi Misman dari  Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sambal Kicap (Minyak Bawang Putih)

Bahan-bahan

  • Bwg ptih seulas ketuk dan goreng hingga garing
  • Cili padi segenggam goreng sekali dengan bawang putih tadi dan angkat. Jangan buang minyak

Cara buat Sambal Kicap (Minyak Bawang Putih)

  1. Tumbuk, isi gula, sos cili dan kicap. Masukkan minyak gorengan tadi dalam sesudu.
  2. Gaul rata. Tidak perlu letak garam dah sebab sos dan kicap dah msin.

Sumber: Fara Lome dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sambal Kicap Johor Maktok

Bahan-bahan

  • Cili kampung segenggam
  • 2 biji cili Siam merah
  • Bawang Putih 2ulas
  • Kicap
  • Perahan air limau

Cara buat Sambal Kicap Johor Maktok

  1. Pakai cili kampung camper 2 biji cili siam yg merah menyala pedas gila.
  2. Tumbuk cili and garlic tadi. Masa tumbuk masukkan sesudu gula, sedikit garam dan perasa.
  3. Dah hancur, masukkan kicap dan perahan air limau.

Sumber: Ica Ashida dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Sambal Yang Popular?

Sambal kicap memang telah dikenali seluruh Malaysia. Namun tak semua makanan sesuai dimakan dengan sambal kicap. Ini ada 5 lagi cadangan sambal atau sos cicahan yang popular:

1. Sos Cili Thai

Sos cili Thai adalah campuran cili, bawang putih, bawang merah, gula, cuka dan garam yang dikisar halus. Sos ini mempunyai rasa yang manis dan masam serentak, menjadikannya pilihan popular untuk pelbagai hidangan.

2. Sambal Belacan

Sambal belacan adalah salah satu jenis sambal yang paling popular di Malaysia. Ia dibuat daripada cili merah, belacan bakar, bawang merah, bawang putih dan perasa secukupnya yang dikisar sehingga halus.

3. Sweet Chili Sauce

Sweet chili sauce adalah sejenis sos yang mempunyai rasa manis dan pedas. Ia diperbuat daripada cili merah, gula, cuka, bawang putih dan sedikit garam, kemudian dimasak sehingga pekat.

4. Sambal Tempoyak

Sambal tempoyak adalah sambal yang dibuat menggunakan tempoyak (durian yang difermentasi), cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan. Ia mempunyai rasa yang unik dengan gabungan masam dan pedas.

5. Sos Lada Hitam

Sos lada hitam adalah campuran lada hitam yang dikisar dengan bawang putih, kicap manis, minyak bijan dan beberapa perasa lain. Ia memberikan rasa yang pedas dan berbeza daripada sos-sos lain.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply