Sambal kerang ialah hidangan yang terkenal di Malaysia yang menggabungkan kerang dengan sambal pedas. Bahan-bahan utama termasuk kerang kupas, bawang merah, bawang putih, cili merah, belacan, sedikit garam dan gula.
Untuk memasaknya, tumis bawang dan belacan sehingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Kemudian masukkan kerang yang telah dibersihkan, gaul rata dengan sambal dan masak sehingga kerang masak sepenuhnya. Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa.
1. Resepi Sambal Kerang Cik Mai
Bahan-bahan
- Rebus kerang (kupas ambil isi)
- 30 cili kering (gunting dan rebuskan)
- Masukkan cili kering dalam blender bersama 4 biji bawang besar sedikit belacan besar ibu jari, dan 1 sudu minyak masak letak 1 cawan air
Cara buat Sambal Kerang Cik Mai
- Panaskan minyak dalam kuali dah panas masukkan bahan blend tutup kuali supaya tak percik kecilkan api gas.
- Kacau sambal sekali sekala sampai keluar minyak dibahagian atas tumisan.
- Bila dah garing masukkan garam, aji dan gula.
- Ambil 1 sudu asam jawa ramaskan dengan sedikit air masak masukkan air asam jawa dalam kuali.
- Dah cukup rasa masam masin manis pedas masukkan isi kerang dah siap.
Sumber: Maizura Syed Husin AlJufri dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
2. Resepi Sambal Kerang Cara Kampung
Bahan-bahan
- Cili kering
- Bwg besar
- Bwg putih
- Halia
(Bahan atas satukan blander sampai lumat) - Kerang
- Santan 3sb
- Garam
- Gula
- Ajinomoto (optional)
Cara buat Sambal Kerang Cara Kampung
- Tumis bahan yang dah blander dah tumis masukkan garam, gula, dan ajinomoto.
- Masak sampai pecah minyak baru masukkan santan.
- Gaul sebati tunggu sampai 5minit baru masukkan kerang kacau tunggu sampai betul-betul masak, dah siap.
Sumber: Uya Masbah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Sambal Kerang Simple
Bahan-bahan
- 2kg kerang
- 2bh bawang besar
- 4sdb_cili boh/kering
- Sdikit_Air Asam jawa
- 2sdb_gula merah/melaka
- Minyak masak
- Garam
Cara buat Sambal Kerang Simple
- Tumbuk/blender bawang besar, cili kering.
- Panaskan minyak dan tumis bawang, cili kering sampai pecah minyak.
- Masuk air asam jawa, gula merah dan garam.
- Last masuk kerang kacau rata siap.
Sumber: PutRa FairuZairiy FZ dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Sambal Kerang Cilipadi
Bahan-bahan
- 2kg Kerang direbus dan asingkan isinya
- 10ulas Bawang merah*
- 5ulas Bawang putih*
- Segengam cilipadi*
- 4bj lada hidup*
- 1inci kunyit hidup*
- 2keping asam gelugor
- Minyak utk menumis
- Garam n perasa
- 1bj bawang besar dihiris
Cara buat Sambal Kerang Cilipadi
- Isi kerang digaul kunyit & garam dan digoreng separuh masak kemudian toskan.
- Kisar kasar semua bahan bertanda*
- Tumis bahan kisar tadi, campurkan asam keping dan perasakan.
- Bila tumisan dah betul-betul garing, masukkan kerang tadi dan hirisan bawang besar. Gaul rata.
Sumber: Hafizan Hashim Akok Open dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Sambal Kerang, Apa Makanan Laut Lain Yang Boleh Dimasak Bersama Sambal?
Selain Sambal Kerang, terdapat pelbagai makanan laut lain yang boleh dimasak bersama sambal. Antara 5 makanan laut tersebut adalah seperti berikut:
1. Sambal Kupang
Kupang yang dimasak dengan sambal pedas ini popular di kawasan pantai. Bahan-bahan yang diperlukan ialah kupang segar, bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan dan daun limau purut.
2. Sambal Lala
Hidangan ini menggunakan lala segar yang dimasak dengan sambal tumis. Bahan utama termasuk lala, bawang, cili, belacan, dan daun kesum untuk menambah aroma.
3. Sambal Siput Sedut
Siput sedut yang dimasak dengan sambal pedas ini sangat digemari di negeri-negeri pantai timur. Bahan-bahan termasuk siput sedut, rempah sambal biasa, dan kadangkala ditambah santan.
4. Sambal Belangkas
Belangkas yang dimasak dengan sambal merupakan hidangan istimewa di sesetengah kawasan pesisir. Bahan-bahan termasuk belangkas segar, bahan sambal asas, dan kadangkala ditambah petai.
5. Sambal Ketam
Ketam yang dimasak dengan sambal merupakan hidangan yang popular di restoran makanan laut. Bahan utama ialah ketam, bawang, cili, belacan dan kadangkala ditambah dengan kacang panjang.