Sagu gula melaka adalah hidangan pencuci mulut tradisional yang terkenal di Malaysia. Ia merupakan kombinasi butiran sagu yang dimasak sehingga lutsinar, dihidangkan dengan sirap gula melaka pekat dan santan yang lemak.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah butiran sagu, gula melaka, santan, daun pandan dan sedikit garam. Cara penyediaannya mudah di mana sagu direndam dalam air sejuk, kemudian direbus sehingga lutsinar. Gula melaka dipanaskan dengan air dan daun pandan sehingga mencair. Santan pula dipanaskan dengan sedikit garam dan daun pandan.
1. Resepi Sagu Gula Melaka Dengan Jagung
Bahan-bahan
- Sagu
- Pewarna
- 1 tin susu cair
- 2 sudu gula merah
- 1 ketul gula Melaka
- 1 helai daun pandan
- 1 cubit garam
- 1/2 tin air
- Isi jagung
Cara buat sagu gula melaka
- Masak sagu sehingga kembang menjadi jernih.
- Cuci sagu dan letak pewarna. Biarkan selama 20 minit dan cuci lalu bawah air paip.
- Untuk kuah, masukkan susu cair, air, gula merah, gula Melaka, daun pandan, jagung dan garam. Masak seketika.
- Akhir sekali, campurkan semua. Sejukkan dan boleh dihidang.
Tips: Pastikan air betul-betul mendidih baru masukkan sagu supaya sagu tidak hancur.
Sumber: Nur Aqilah Jufri dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Sagu Gula Melaka
Bahan-bahan
- 500g sagu
- 2 liter air
- Pewarna
- Gula melaka
- Gula merah
- Daun pandan
- Sedikit garam
- Air
- Gula kabung
- Susu cair
Cara buat sagu gula melaka
- Didihkan air dalam periuk nasi. Masukkan sagu dan kacau sekali sekala.
- Apabila sagu sudah separuh masak, kacau dan letakkan pewarna yang diinginkan.
- Kacau dan tutup lagi sehingga periuk nasi bertukar kepada ‘warm’. Biar sehingga sagu menjadi jernih.
- Ambil sagu dan masukkan ke dalam tapis dan lalukan air paip sambil membuang lebihan kanji dan biji hitam.
- Masak gula melaka, gula merah, daun pandan, garam, gula kabung dan air.
- Masukkan susu cair dan masak seketika.
- Campurkan dengan sagu dan sejukkan. Boleh dihidang sejuk.
Sumber: Mimee Ismael dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Sagu Gula Melaka Simple
Bahan-bahan
- 1 cawan sagu
- 3 cawan air
- Gula melaka
- Gula pasir
- Susu Cair
Cara buat sagu gula melaka
- Masak sagu sehingga sagu jernih.
- Tambahkan air, masak sehingga sagu kembang dan sejukkan.
- Tuang sagu ke dalam loyang dan letakkan pewarna yang disukai.
- Masak gula melaka dan gula pasir mengikut tahap kemanisan yang anda suka.
- Campurkan gula yang telah dimasak, sagu dan susu cair.
- Sejukkan di dalam peti dan sedia untuk dihidang.
Sumber: Iffy Iruzza dari Masak Apa Hari Ni
4. Resepi Sagu Gula Melaka Santan
Bahan-bahan
- 2 cawan sagu (direndam 1/2 jam)
- 5 cawan air (boleh tambah jika perlu)
- Sedikit gula
- Daun pandan (disimpul)
- Pewarna
Cara buat sagu gula melaka
- Bersihkan sagu, masak sagu ketika air mendidih.
- Kacau sentiasa sehingga sagu kembang dan jernih.
- Masukkan pewarna dan gula. Kacau sebati dan biarkan sejuk.
Bahan-bahan kuah sagu
- 2 tin susu cair @ santan
- 2 cawan air
- Daun pandan (disimpul)
- 4 keping gula melaka
- Gula pasir
- Gula melaka serbuk
Cara buat kuah sagu
- Panaskan susu cair @ santan.
- Masukkan air dan daun pandan. Masak sekejap.
- Dalam periuk lain, masukkan sedikit air, semua gula dan daun pandan.
- Masak hingga gula cair dan pekat.
- Campurkan sagu, campuran gula dan kuah santan. Boleh dihidangkan sejuk.
Sumber: Nurul Suhaila Lela Kembar dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Pencuci Mulut Enak Yang Popular?
Selain rasa yang enak, rupa yang menarik juga dapat membangkitkan selera. Ini ada 5 lagi pencuci mulut yang bukan sahaja enak malah, sedap mata memandang.
1. Bubur Cha Cha
Bubur cha cha adalah pencuci mulut yang mengandungi pelbagai jenis ubi seperti ubi keledek, keladi dan labu yang dipotong dadu, dimasak dalam santan bersama sagu mutiara dan daun pandan.
2. Pengat Pisang
Pengat pisang adalah hidangan yang menyelerakan di mana pisang dimasak dalam santan dan gula melaka sehingga pisang menjadi lembut dan kuah menjadi pekat.
3. Bubur Kacang Hijau
Bubur yang diperbuat daripada kacang hijau yang dimasak dengan santan, gula dan daun pandan sehingga kacang menjadi lembut dan kuahnya pekat.
4. Pulut Hitam
Sejenis bubur yang dibuat menggunakan beras pulut hitam yang dimasak dengan air, daun pandan dan gula, kemudian dihidangkan dengan santan.
5. Cendol
Pencuci mulut yang terdiri daripada campuran mi cendol yang diperbuat daripada tepung beras, dihidangkan dengan sirap gula melaka, santan dan ais.