Roti John merupakan sejenis roti yang popular dalam hidangan gerai makanan segera di Malaysia. Ia adalah kombinasi roti bakar yang dipanggang dengan campuran telur, daging cincang, dan bawang, biasanya disajikan dengan sos cili atau sos tomato.

Cara penyediaannya adalah dengan mencampurkan daging cincang, telur, dan bawang cincang, kemudian digoreng sebelum diletakkan di atas roti yang dipanggang. Roti kemudiannya dipotong dan disajikan sebagai hidangan ringan atau sarapan.

1. Resepi Roti John Kebab

Bahan-bahan

  • 6 keping roti john pendek
  • 6 keping daging beger (potong dadu)
  • 1 biji bwg holland (potong dadu)
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • 8 sb sos cili
  • 3 sb sos tomato
  • Sedikit lobak merah (disagat/hiris)
  • 6 biji telur
  • 1/2 sk serbuk kari
  • 1/2 sk garam
  • Sediki ajinamoto
  • Sedikit daun bawang
  • Mentega

Cara buat Roti John Kebab

  1. Masak daging beger dengan sedikit minyak sehingga masak. Angkat & ketepikan.
  2. Tumis bawang holland sehingga layu. Masukkan serbuk lada hitam. Kacau seketika.
  3. Masukkan campuran sos dan dagjng beger. Kacau rata. Masukkan lobak merah. Kacau sehingga semua bahan masak & sebati .
  4. Belah tengah roti john. Sapukan dengan mentega.
  5. Pukul telur bersama serbuk kari, garam, ajinamoto dan daun bawang.
  6. Oleskan minyak ats kuali. Tuangkan bancuhan telur secukupnya. Letakkan roti semasa telur separuh masak.
  7. Bila bahagian bawah telur sudah masak & roti dah melekat. Terbalikkan roti & masak seketika saja. Angkat & ketepikan.
  8. Sapukan roti dgn mayonis. Letakkan sayuran & inti daging beger. Tuangkan sos & mayonis secukupnya. Dah siap.
    P/s: boleh letakkan sos lada hitam sekiranya ada semasa proses memasak daging beger & tambahkan sos lagi sekiranya perlu.

Sumber: Noor Hasliana Hashim dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Roti John/Inti Daging Berempah

Bahan-bahan

Inti daging

  • Daging lembu/ ayam kisar
  • Bawang putih (cincang)
  • Bawang besar (hiris)
  • Rempah kari daging
  • Sos tiram
  • Serbuk lada hitam

Roti John

  • Roti panjang (dibelah tengah jangan putus)
  • Telur
  • Inti daging
  • Sos cili
  • Sos blackpeper
  • Mayonis
  • Salad, timun, tomato

Cara buat  Roti John/Inti Daging Berempah

Inti daging

  1. Tumis bawang putih, dan bawang besar hingga wangi.
  2. Masukkan daging dan tumis hingga separuh masak.
  3. Masukkan rempah kari, sos tiram dan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
  4. Boleh ditutup api bila daging dah cukup masak.

Roti John

  1. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak dan api perlahan.
  2. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan dituang ke dalam kuali .
  3. Taburkan inti daging secukupnya.
  4. Letakkan roti yg telah dibelah.
  5. Masak sebentar dan dibalikkan
  6. Angkat roti.
  7. Hidangkan bersama sos, daun salad,timun dan tomato

Sumber: Aisyah My dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

3. Resepi Roti John Cheese Leleh Inti Lebih

Bahan-bahan

  • 4 biji telur (dipukul)
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu besar serbuk rempah kari
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 biji bawang putih (dipotong dadu)
  • Roti panjang (dibelah 2)
  • Kobis (dihiris nipis)
  • Kepingan cheese
  • Mayonis
  • Sos cili
  • Ayam cincang/daging cincang
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak

Cara buat Roti John Cheese Leleh Inti Lebih

  1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan daging kisar atau ayam cincang, serbuk kari, serbuk lada putih dan garam secukupnya. Kacau sebati dan biarkan sehingga ayam masak.
  2. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  3. Pukul telur sehingga berbuih dan masukkan inti ayam tadi. Kacau rata hingga sebati.
  4.  Potong roti kepada dua bahagian, tapiii jangan sampai putus ye.
  5. Sapukan permukaan roti dengan butter atau marjerin dan grillkan atas kuali sekejap dan angkat.
  6. Kemudian masukkan sedikit minyak di dalam pemanggang dan tuangkan inti secukupnya supaya ia melebar lebih besar daripada saiz roti. Biarkan seketika.
  7. Letakkan kepingan cheese di atas inti tadi.
  8. Ambil roti yang dibelah tadi dan terlangkupkan di atas inti. Tekan tekan sedikit dan biarkan masak sebentar.
  9. Bila dah masak, balikkan roti seketika dan angkat
  10. Letakkan mayonis, sos cili dan kobis yang telah dihiris nipis. Potong roti pada beberapa bahagian. Dah siap.

Sumber: Iza Abu Bakar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Roti John Gardenia

Bahan-bahan

  • 5 Roti gardenia 4 segi
  • Marjerin/butter
  • 2 keping daging burger ramly ayam/lembu (nak terus pakai mince beef/chicken pun boleh)
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 1/4 bawang holland dipotong halus (bawang merah pun boleh)
  • Sedikit garam
  • Daun sup/bawang
  • 2 butir telur
  • Kobis dipotong halus
  • Mayonis/thousand island
  • Sos cili

Cara buat Roti John Gardenia

  1.  Satukan daging burger, bawang, daun sup/bawang, serbuk kari dan garam. Hancurkan daging burger pakai sudu gardu dan satukan semuanya.
  2. Pada kuali, masuk sedikit butter, minyak pun boleh, masak adunan daging tersebut sampai masak. Hancur-hancurkan lagi daging dalam kuali tu pakai sudip biar jadi ketulan kecil.
  3. Masuk balik dalam mangkuk tadi, masukkan telur 2 butir dan gaul rata.
  4. Sapu roti dengan butter/majerin. Kedua-dua bahagian .
  5. Sementara itu boleh potong kobis halus-halus, letak dalam mangkuk, letak mayonis, thousand island (kalau ada) dan gaulkan. Ketepikan.
  6. Panaskan kuali. Ltk sedikit butter. Masukkan adunan daging tadi, lebih kurang 2 sudu besar, bentukkan 4 segi. Agak size sama dengan roti.
  7. Letak roti atas daging. Biar masak sekejap dan melekat di roti. Terbalikkan. Bagi roti bahagian bawah pula menggaring.
  8. Ulang sehingga siap. Adunan ni menghasilkan 5 keping roti john gardenia. Boleh gandakan adunan jika nak makan lebih.
  9.  Letak roti yang dah siap atas pinggan, letak adunan kobis mayonis tadi, letak sos, letak 1 kepingan roti john lain, dan potong tengah untuk kepuasan.

Sumber: Rita Zara dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Snek Yang Mengenyangkan?

Selain Roti John, terdapat banyak lagi snek petang yang mengeyangkan contohnya Cheese Naan, roti Canai, Focaccia, Garlic Naan dan Pizza Bread.

1. Cheese Naan

Cheese Naan adalah sejenis roti tradisi India yang diubah suai dengan keju. Ia merupakan roti yang dipanggang dalam dapur tanur yang dipenuhi keju yang cair dan sedap.

Roti ini dibuat dengan adunan tepung gandum, ragi, garam, dan air. Selepas dibentuk, ia dimasukkan ke dalam dapur tanur dan disalut dengan keju yang cair dan segar.

2. Roti Canai Cheese

Roti Canai Cheese adalah variasi klasik roti canai yang dimasukkan keju ke dalamnya. Ia menjadi pilihan popular dalam kedai mamak di seluruh Malaysia.

Proses penyediaannya bermula dengan membuat adunan roti canai biasa, kemudian dimasukkan keju sewaktu proses meregangkan dan membalik roti. Hasilnya adalah roti yang rangup di luar dan berkeju yang cair di dalam.

3. Focaccia Bakar

Focaccia Bakar adalah roti Itali yang disesuaikan dengan citarasa tempatan. Ia dipanggang dengan pelbagai bahan tambahan seperti herba, minyak zaitun, dan kadangkala keju.

Roti ini dibuat dengan tepung, ragi, garam, dan air. Selepas dibiarkan membesar, ia dipanggang dengan bahan tambahan dan disajikan panas-panas.

4. Garlic Naan

Garlic Naan adalah roti tradisi India yang dicampurkan dengan bawang putih yang dicincang halus. Ia mempunyai rasa yang kuat dan wangi.

Proses penyediaannya adalah sama seperti Naan biasa, tetapi ditambahkan bawang putih yang dicincang halus ke dalam adunan atau disapu pada permukaan roti sebelum dipanggang.

5. Pizza Bread

Pizza Bread adalah roti yang diubah suai dengan konsep pizza. Ia mempunyai pelbagai topping seperti sos tomato, keju, dan bahan tambahan lain.

Roti ini disediakan dengan menggunakan roti sebagai asas, kemudian disapu sos tomato, ditaburi keju dan bahan tambahan, kemudian dipanggang sehingga keju mencair dan roti menjadi garing.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply