Roti Gardenia merupakan jenama roti yang popular di Malaysia dan Singapura, dikenali dengan roti putih yang lembut. Bahan-bahan asas untuk membuat roti ini termasuk tepung gandum, yis, gula, garam, mentega, dan air.
Untuk membuatnya, campurkan tepung, yis dan garam dalam mangkuk besar. Tambah air suam dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Biarkan doh mengembang selama 1 jam, kemudian uli sekali lagi dan bentukkan mengikut acuan roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 25-30 minit.
1. Resepi Roti Gardenia Pizza
Bahan-bahan
- 4 keping roti
- Sos tomato
- Mix vege
- Sosej
- Mozarella cheese (parutan)
- Mayonis
Cara buat roti gardenia pizza
- Sapukan sos tomato di atas roti.
- Taburkan mix vege.
- Potong sosej dan letakkan di atas vege.
- Letakkan cheese.
- Tuangkan mayonis.
- Panaskan oven dan bakar pada suhu 150°c api atas bawah selama 20 minit. Sedia untuk dihidang.
Kredit: Butik Schanteq dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Roti Gardenia Korean Garlic Cheese
Bahan-bahan
- 1 buku roti
- 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 150g butter
- 1 biji telur
- 1 sudu madu
- Sedikit parsley
Bahan-bahan inti
- 150g tartura cheese
- 2 sudu susu pekat
- 3 sudu susu cair
Cara buat roti gardenia korean garlic cheese
- Cairkan butter dan masukkan bawang putih.
- Setelah butter sejuk, masukkan telur dan gaul.
- Tambahkan madu dan parsley. Ketepikan.
- Gaul sebati semua bahan inti.
- Masukkan inti ke dalam roti yang dilipat dua. Tekan keliling roti dengan garfu.
- Celupkan roti ke dalam adunan butter tadi.
- Bakar pada suhu 160°c selama 15 minit. Sedia untuk dihidang.
Sumber: Idawati Md Yusof dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Roti Gardenia Lasagna
Bahan-bahan
- 400g daging kisar
- 1 tin sos spageti bolognese
- Sos cili
- 1 biji bawang besar (dicincang)
- 5 ulas bawang putih (dicincang)
- Serbuk lada hitam
- Garam
Bahan-bahan sos putih
- 5 sudu besar butter
- 3 sudu tepung gandum
- 500ml susu segar
- 2 keping cheese
Cara buat roti gardenia lasagna
- Tumis bawang besar dengan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan daging kisar dan masak sehingga empuk.
- Masukkan sos prego dan sos cili, kacau rata.
- Perasakan dengan garam dan sos lada hitam. Siap dan ketepikan.
- Untuk sos, cairkan butter dan masukkan tepung gandum. Kacau sehingga tidak berketul.
- Guna api perlahan dan masukkan susu dan cheese. Kacau sehingga cheese cair. Siap untuk sos.
- Gelek roti sehingga nipis dan celup dengan susu. Susun dalam loyang.
- Susun roti, inti daging dan sos secara berselang seli.
- Tuang sos putih untuk lapisan atas sekali. Taburkan dengan mozarella cheese.
- Bakar pada suhu 150°c selama 30-40 minit minit. Sedia untuk dihidang.
Sumber: Nor Zehan dari Masak Apa Hari Ni
4. Resepi Roti Gardenia Cheese Leleh
Bahan-bahan
- 5-6 keping roti
- 250g cream cheese
- Susu pekat
- Air suam
- Nestum
Cara buat roti gardenia cheese
- Kisar cream cheese dengan susu pekat dan air suam.
- Susun roti dalam bekas, curah cheese yang dikisar tadi.
- Tabur nestum, ulang sehingga habis roti.
- Akhir sekali, curah lebihan cheese dan nestum atas sekali.
- Simpan di peti sejuk semalaman atau boleh makan terus.
Sumber: Nor Suhaila dari Masak Apa Hari Ni
Apa Alternatif Bagi Roti Gardenia?
Bagi yang sukakan kelainan, terdapat juga roti selain roti gardenia. Tekstur roti gardenia yang terlalu lembut kadang kala hanya sesuai dimakan dengan sapuan berperisa. Ini ada 5 cadangan roti lain jika anda cuba mempelbagaikan tekstur roti.
1. Mini Croissant
Sejenis pastri berlapis yang dibuat dengan mentega dan tepung gandum. Ia memerlukan kemahiran untuk menghasilkan lapisan-lapisan yang sempurna dan biasanya diisi dengan coklat atau krim.
2. Roti Canai
Roti tempatan yang sangat popular di Malaysia, dibuat daripada tepung, mentega dan air. Proses membuatnya memerlukan kemahiran untuk menguli dan melempar doh sehingga nipis.
3. Danish Pastry
Pastri manis yang berasal dari Denmark, dibuat dengan doh berlapis dan diisi dengan krim atau buah-buahan. Ia memerlukan teknik melapis doh dengan mentega yang betul.
4. Focaccia
Roti rata dari Itali yang dibuat dengan minyak zaitun dan herba. Pembuatannya melibatkan proses menguli doh dan membiarkannya naik sebelum dibakar dengan herba di atasnya.
5. Brioche
Roti Perancis yang kaya dengan mentega dan telur, menjadikannya lebih lembut dan berperisa. Proses pembuatannya memerlukan masa yang lebih lama kerana doh perlu dibiarkan mengembang beberapa kali.