Roti chicken floss ialah sejenis roti yang diisi dengan ayam yang telah dikeringkan sehingga menjadi seperti benang halus (floss), selalunya dihiasi dengan mayonis dan sosej ayam. Roti ini popular di kedai-kedai roti di Malaysia dan merupakan pilihan untuk sarapan atau snek.

Bahan-bahan utama termasuk tepung roti, yis, gula, garam, mentega, telur, ayam cincang yang dikeringkan, mayonis dan sosej ayam. Cara membuatnya dimulakan dengan membuat doh roti asas, kemudian setelah menguli dan membiarkan doh naik, bentukkan doh dan masukkan isian ayam floss. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°C selama 15-20 minit.

1. Resepi Roti Chicken Floss Goreng

Bahan-bahan A

  • 1 cawan tepung Bestari
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 1/4 cawan air

Bahan-bahan B

  • Roti putih
  • Chicken floss
  • Serbuk roti

Cara buat roti chicken floss goreng

  1. Bancuh semua bahan A seperti bancuhan pisang goreng. Ketepikan.
  2.  Potong roti kepada dua bahagian menjadi segi tiga. Lipat menjadi dua bahagian dan masukkan chicken floss ke dalamnya. Lipat semula dan gamkan bahagian tepi roti dengan bancuhan tepung tadi.
  3. Celup roti ke dalam tepung dan gaul bersama serbuk roti.
  4. Panaskan minyak dan gorengkan roti sehingga masak. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Zainoor Aliza Ali dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan

 

2. Resepi Roti Chicken Floss Gebu

Bahan-bahan

  • 350g tepung roti / high protein
  • 160ml air sejuk (air suam kalau uli tangan)*
  • 2 sudu besar gula*
  • 1 biji telur*
  • 1 sudu besar instant yis
  • 1 sudu kecil ovalette
  • Sedikit garam
  • 2 sudu besar marjerin

Bahan-bahan sapuan roti

  • 1 cawan mayonis
  • 2 sudu besar susu pekat manis

Cara buat roti chicken floss

  1. Campurkan semua bahan bertanda * ke dalam satu bekas dan kacau rata.
  2. Masukkan tepung, garam dan ovalette. Uli sehingga doh rata.
  3. Masukkan marjerin dan uli lagi sehingga doh licin dan elastik. Perap selama 1 jam.
  4. Bila doh sudah naik 2 kali ganda, timbang sebiji doh 50 gram. Boleh dapat 12-14 biji.
  5. Bulatkan dan letak di atas baking paper / paper cup. Perap lagi sehingga 30-40 minit.
  6. Bakar roti pada suhu 170-180°c selama 20 minit api atas bawah.
  7. Potong roti yang sudah siap dibakar di tengah dan masukkan sedikit mayonis ke dalam roti dan sapu di atas roti.
  8. Taburkan chicken floss di atas roti.

Sumber: Khairunnisa Mohammad dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Roti Chicken Floss Sukatan Cawan

Bahan-bahan

  • 3 cawan tepung roti
  • 1 cubit garam
  • 1 sudu besar yis kering
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 biji telur gred A
  • 1 cawan susu full cream sejuk
  • 60ml minyak masak

Cara buat roti chicken floss

  1. Campurkan semua bahan kecuali minyak masak dan uli.
  2. Masukkan minyak masak dan uli lagi sehingga doh tidak melekat di tangan. Doh tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembij.
  3. Perap selama setengah jam.
  4. Tumbuk doh tadi dan bulatkan di dalam loyang mengikut saiz yang diingini.
  5. Biarkan doh naik sedikit. Panaskan oven pada suhu 180°c.
  6. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak. Setelah masak, biarkan roti sebentar.
  7. Apabila roti sudah suam, bancuh mayonis dengan sedikit susu pekat dan sapukan pada permukaan roti.
  8. Letakkan chicken floss di atas permukaan roti tadi. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Saya Lieynda dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Roti Chicken Floss Lembut

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung gandum serbaguna cap Lily
  • 3/4 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar instant yis
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 cawan mayonis
  • 2 sudu besar susu pekat manis

Cara buat roti chicken floss

  1. Campurkan semua bahan kecuali marjerin, mayonis dan susu pekat manis ke dalam 1 bekas. Uli hingga rata dan licin sedikit.
  2. Masukkan marjerin dan uli lagi sehingga doh licin dan elastik. Perap selama 1 jam.
  3. Bila doh sudah naik 2 kali ganda, bahagikan doh kepada 8-10 bahagian.
  4. Bulatkan doh dan letak atas baking paper / paper cup. Perap lagi selama 30 minit.
  5. Bakar roti pada suhu 170-180°c selama 20 minit api atas bawah.
  6. Campurkan mayonis dengan susu pekat manis dan gaul rata.
  7. Potong tengah roti yang sudah dimasak dan masukkan campuran mayonis ke dalam roti dan sapu di atas roti.
  8. Taburkan chicken floss di atas roti. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Khairunnisa Mohammad dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Roti Yang Popular?

Senang kan kalau dah pandai buat roti chicken floss ni? Silap-silap kalau dah pandai boleh jual pula. Jika anda berminat untuk membuat roti lain, ini ada 5 lagi menu cadangan yang boleh anda cuba dirumah:

1. Roti Tuna Mayo

Roti ini diisi dengan isian tuna yang dicampur dengan mayonis, timun dan salad. Bahan-bahan yang diperlukan ialah roti putih, tuna tin, mayonis, timun, dan salad. Cara penyediaannya mudah dengan mencampurkan tuna bersama mayonis dan sayur-sayuran, kemudian diletakkan di antara kepingan roti.

2. Roti Cheese Chicken

Roti yang diisi dengan ayam cincang yang dicampur dengan keju. Bahan-bahan yang diperlukan termasuk roti, ayam cincang, keju cheddar, mayonis, dan salad. Cara memasaknya adalah dengan menggoreng ayam cincang, kemudian dicampur dengan keju sebelum dimasukkan ke dalam roti.

3. Chicken Club Sandwich

Sandwich berlapis tiga yang diisi dengan ayam panggang, telur, salad, dan mayonis. Bahan-bahan utama ialah roti putih, ayam panggang, telur goreng, salad, dan mayonis. Penyediaan melibatkan penyusunan lapisan-lapisan bahan di antara roti yang telah dipanggang.

4. Egg Mayo Sandwich

Sandwich yang diisi dengan telur rebus yang dicampur dengan mayonis. Bahan-bahan yang diperlukan ialah roti putih, telur, mayonis, garam dan lada sulah. Cara penyediaan bermula dengan mengrebus telur, mencincangnya halus dan mencampurnya dengan mayonis sebelum disapukan pada roti.

5. Chicken Sandwich

Sandwich klasik yang diisi dengan kepingan ayam goreng, salad dan sos. Bahan-bahan termasuk roti putih, ayam goreng, salad, mayonis dan sos pilihan. Penyediaan melibatkan menggoreng ayam sehingga masak, kemudian disusun dalam roti bersama bahan-bahan lain.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply