Rendang kerang adalah hidangan yang berasaskan kerang yang dimasak dengan rempah ratus seperti serai, halia, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit, cili kering dan santan kelapa. Masakan ini popular di kawasan pesisir pantai Malaysia dan mempunyai rasa yang kaya dengan gabungan rempah ratus tempatan.

1. Resepi Rendang Kerang Kisar

Bahan-bahan

  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Lengkuas sebesar ibu jari
  • Kunyit hidup (3 ibu jari)
  • Serai
  • Halia sebesar ibu jari
  • Cili kering
  • Asam keping
  • Air asam jawa
  • 1 sb kerisik
  • Santan
  • Daun kunyit
  • Kerang

Cara buat Rendang Kerang

  1. Kisar bawang besar, bawang putih, lengkuas dan halia. Tumis semua bahan dan cili kering sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan asam keping, jika tidak cukup masam boleh letakkan air asam jawa.
  3.  Setelah kuah mendidih dan pecah minyak, masukkan kerisik dan kacau.
  4. Setelah sebati, masukkan santan dan perlahankan api. Kacau sentiasa.
  5. Setelah pecah minyak, masukkan kerang dan daun kunyit. Perasakan dengan garam. Siap.

Sumber: Noor Ashila dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Rendang Kerang Kuah Pekat

Bahan-bahan

  • Isi kerang (direbus)
  • 2 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 4 batang serai*
  • Kunyit*
  • Lengkuas*
  • Halia*
  • Cili kering*
  • Daun kunyit (dihiris)
  • Daun limau purut (dihiris)
  • 2 sudu kerisik
  • Gula melaka
  • Perasa dan garam
  • Sedikit air asam jawa
  • Santan

Cara buat Rendang Kerang Kuah Pekat

  1. Kisar semua bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga garing.
  3. Masukkan gula melaka, kerisik, serbuk perasa, garam dan air asam jawa.
  4. Apabila sudah pecah minyak, masukkan santan. Tunggu sehingga kuah masak.
  5. Masukkan kerang, daun limau purut dan daun kunyit. Sesuaikan mengikut citarasa anda.

Sumber: Nooraini Ramly dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Rendang Kerang 2 Kilo

Bahan-bahan

  • 2 kg kerang
  • 2 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci lengkuas*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 5 batang serai*
  • 2 sb cili boh
  • 1 sb serbuk kari
  • 1 sb kerisik
  • Santan
  • 1 keping asam keping
  • Daun kunyit

Cara buat Rendang Kerang 2 Kilo

  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Tumis bahan kisar sehingga air kering, dan letakkan satu batang serai yang diketuk.
  3. Masukkan cili boh dan masak sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan serbuk kari dan masak lagi. Masukkan kerang, santan, asam keping, garam dan gula.
  5. Akhir sekali, masukkan kerisik dan daun kunyit.

Sumber: Wani Sulinan dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Menu Rendang Yang Popular?

1. Rendang Udang

Rendang udang adalah masakan yang menggunakan udang segar sebagai bahan utama. Udang dibersihkan dan dimasak bersama rempah ratus yang lazat sehingga kuahnya pekat dan meresap ke dalam isi udang.

2. Rendang Kupang

Rendang kupang adalah hidangan yang menggunakan kupang segar yang dimasak dengan rempah ratus tradisional. Kupang perlu dibersihkan dengan teliti sebelum dimasak untuk memastikan tiada pasir atau kekotoran.

3. Rendang Ayam

Rendang ayam adalah variasi rendang yang menggunakan ayam sebagai bahan utama. Ia dimasak dengan rempah yang sama seperti rendang daging tetapi masa memasak yang lebih singkat berbanding rendang daging.

4. Rendang Daging

Rendang daging adalah hidangan yang paling popular dalam kategori rendang. Ia menggunakan daging lembu yang dipotong dadu dan dimasak dengan pelbagai rempah ratus sehingga kuahnya kering dan daging menjadi empuk.

5. Rendang Pucuk Paku

Rendang pucuk paku adalah hidangan berasaskan sayuran yang menggunakan pucuk paku muda. Ia merupakan pilihan yang baik untuk penggemar sayur-sayuran dan boleh dijadikan hidangan sampingan.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply