Quinoa adalah sejenis biji-bijian berasal dari Amerika Selatan, khususnya kawasan Andes. Ia merupakan makanan berkhasiat tinggi yang mengandungi protein lengkap, serat, dan pelbagai mineral penting seperti zat besi dan magnesium.

Untuk memasak quinoa, bilas biji quinoa terlebih dahulu untuk menghilangkan lapisan saponin. Gunakan nisbah air kepada quinoa iaitu 2:1, didihkan air, masukkan quinoa, tutup dan masak selama 15 minit sehingga air diserap sepenuhnya.

1. Resepi Quinoa Goreng

Bahan-bahan

  • 50g Red Quinoa
  • 2 ulas bwg putih
  • 2 biji telur ayam omega
  • 1 sudu Olive Oil (untuk menumis)
  • Cili padi
  • Lada hitam
  • Garam

Cara buat Quinoa Goreng

  1. Masukkan olive oil dan tumis bawang.
  2. Masukkan telur, lada hitam dan garam.
  3. Masukkan cilipadi.
  4. Siap.

Sumber: Suzana Dina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Quinoa

Bahan-bahan

  • Quinoa
  • Olive oil
  • Brokoli
  • Salad
  • Kacang kuda
  • Almond
  • Kurma

Cara buat Quinoa

  1. Panaskan 2 sudu besar olive oil.
  2. Masukkan satu cawan quinoa (api sederhana).
  3. Kacau hingga ia bertukar warna perang dan bila dah bunyi pop pop, masukkan 2 cawan air.
  4. Tutup periuk, biarkan selama 10-15 minit.
  5. Selepas itu gaulkan dengan bahan yang anda inginkan, yang ini saya campurkan daun salad, brokoli, sayur campur, kacang kuda, almond, gajus dan kurma.

Sumber: Gee Sulaiman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Quinoa Wraps Chicken Slice + Egg Mayo Salad Mission Brand

Bahan-bahan

  • Wrap quinoa brand mission
  • 2biji telur rebus
  • Lada sulah ajishio
  • Lada hitam secubit
  • Mayonis kewpie (pink)
  • Chicken slice (rebus)
  • Salad
  • Timun jepun
  • Tomato

Cara buat Quinoa Wraps Chicken Slice + Egg Mayo Salad Mission Brand

  1. Lenyek telur hingga hancur, masukkan lada sulah ajishio, lada hitam dan kewpie mayo.
  2. Gaul rata.
  3. Panaskan wrap anggaran 2min atas pan atau mocrowave.
  4. Susun salad, timun, tomato, chicken slice atas wrap dan letakkan telur hancur dan gulung wrap tersebut.
  5. Sedia utk dimakan.

Sumber: Suzazilah Bt Abdul Rahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Quinoa Burger

Bahan-bahan

  • Quinoa 1 pot beras putih
  • Isi ayam
  • Black pepper
  • Carrot
  • Bega cheese (jika ada)

Cara buat Quinoa Burger

  1. Quinoa basuh bersih dan kemudian rebus quinoa bersama sukatan air 2 pot beras tadi.
  2. Carrot potong dadu kecil kemudian rebus beras nasi tadi.
  3. Ayam blend hancur dan ketepikan.
  4. Jika bahan 1 dan 2 dah masak, tunggu suam sekejap kemudian campurkan dengan ayam yang dah blend tadi.
  5. Masukkan black pepper.
  6. Masukkan sedikit bega cheese (jika suka).
  7. Bila bahan dah sebati semua, boleh buat bentuk macam nugget.
  8. Lastly kukus sampai masak.
  9. Kalau nampak warna pucat sangat, nak crunchy sikit bolehlah  goreng sikit guna kuali non stick. Then siap.

Sumber: Siti Nor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Menu Diet Yang Popular?

Tak sangka kan, sewaktu diet banyak juga makanan pengganti nasi yang ada. Makanan pengganti nasi ini mempunyai khasiat dan kesan kekenyangan yang sama seperti nasi. Jadi mereka yang sukar tinggalkan nasi tidak perlu risau untuk diet. Hanya perlu sesuaikan diri sahaja. 5 lagi makanan pengganti nasi adalah:

1. Buckwheat Salad

Buckwheat adalah sejenis biji-bijian semula jadi yang kaya nutrisi dan mempunyai rasa yang unik. Ia kerap disediakan sebagai salad sejuk dengan sayur-sayuran segar, herba, dan sos pencicah.

2. Millet Pilaf

Millet merupakan sejenis bijirin kecil yang lazat dan bergizi. Ia boleh dimasak sebagai pilaf dengan campuran sayur-sayuran, rempah, dan herba segar untuk menghasilkan hidangan yang menyelerakan.

3. Amaranth Porridge

Amaranth adalah biji-bijian kuno yang kaya protein dan mineral. Ia boleh dimasak sebagai bubur sarapan dengan tambahan buah-buahan, kacang, dan sedikit madu.

4. Farro Risotto

Farro ialah sejenis gandum tua yang mempunyai tekstur kenyal dan rasa yang kuat. Ia kerap disediakan sebagai risotto dengan campuran cendawan, keju, dan herba segar.

5. Barley Salad

Barley adalah bijirin yang kaya serat dan mempunyai rasa yang sedap. Ia boleh disediakan sebagai salad sejuk dengan sayur-sayuran, kacang, dan sos zaitun.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply