Quiche adalah pai masin yang berasal dari Perancis, dibuat dengan telur, krim segar, keju dan sayur-sayuran yang dibakar di dalam kerak pai yang rangup. Makanan ini sangat versatil dan boleh diubahsuai mengikut citarasa dengan menambah pelbagai bahan seperti cendawan, bayam, brokoli atau keju pilihan anda.

Untuk menyediakan quiche, mulakan dengan membuat doh pai menggunakan tepung, mentega dan air sejuk. Kemudian, masukkan campuran telur yang telah dipukul bersama krim segar, keju dan sayur-sayuran pilihan ke dalam kerak pai. Bakar pada suhu 180°C selama 35-40 minit sehingga masak dan keemasan.

1. Resepi Quiche Tuna Cheezy

Bahan-bahan pastri

  • 220g tepung gandum
  • 125g mentega sejuk (didadu)
  • 4 sudu besar air sejuk ais
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1/4 sudu teh garam
  • 2 cawan kacang hijau (sebagai pemberat sahaja)

Cara buat pastri

  1. Masukkan tepung dan gula kastor dalam satu bekas. Gaul hingga rata.
  2. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi serbuk roti.
  3. Tuang air sedikit-sedikit dan gaul hingga tidak melekat di tangan.
  4. Bulatkan doh, balut dengan plastic wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.
  5. Canaikan doh setebal 1/2 inci dalam acuan tart bersaiz 8 inci. Cucuk doh dengan garfu.
  6. Alas doh dengan kertas minyak, taburkan kacang hijau di atasnya. Cara ini untuk menjadikan pastry masak cantik.
  7. Bakar doh selama 20-25 minit dengan suhu 170°c.
  8. Alihkan kertas minyak dan kacang hijau. Sambung bakar hingga permukaan pastri keperangan. Keluarkan dari oven.

Bahan-bahan inti

  • 1 tin tuna flakes
  • 1 labu bawang holland (dihiris bulat)
  • 4 tangkai daun bawang (dihiris)
  • 1 keping sliced cheese / 2 sudu besar keju parut
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam

Bahan-bahan kastard

  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan mayonis
  • Secubit garam

Bahan hiasan

  • Capsicum merah / hijau
  • 2 sudu besar hirisan daun bawang

Cara buat quiche

  1. Gaulkan tuna flakes dengan daun bawang dan serbuk lada hitam.
  2. Letakkan di atas pastri tadi. Susun hirisan bawang besar di atasnya.
  3. Tuang perlahan-lahan bancuhan kastard atas inti hingga penuh.
  4. Susunkan capsicum dan daun bawang. Siatkan keju dan taburkan atas bahan hiasan.
  5. Bakar pada suhu 170°c selama 30 minit atau hingga permukaan quiche keperangan.
  6. Setelah masak, sejukkan dahulu sebelum dipotong.

Sumber: Rosmaliza Omar dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Quiche Ayam

Bahan-bahan crust

  • 400g tepung gandum (ayak dua kali untuk lebih halus)
  • 220g salted butter sejuk (dipotong kiub)
  • 1 sudu makan penuh gula aising
  • 1 cubit garam
  • 5 sudu makan air sejuk berais

Cara buat crust

  1. Satukan tepung, garam dan gula hingga sebati. Masukkan butter, ramas hingga menjadi serbuk roti.
  2. Masukkan air sejuk sesudu demi sesudu dan uli doh sehingga tidak melekat pada permukaan.
  3. Bulatkan, balut dalam cling wrap dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit.
  4. Keluarkan doh dan letakkan sedikit ke dalam acuan yang telah digris dengan minyak. Tekan sehingga kemas. Cucuk doh dengan garfu.
  5. Bakar menggunakan teknik ‘blind bake’ pada suhu 180°c selama 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan biar seketika.

Bahan-bahan inti

  • Minyak untuk menumis
  • Bawang putih (didadu)
  • Bawang holland (didadu)
  • Dada ayam dipotong kecil, digaul dengan mixed herbs
  • Brokoli
  • Blackpepper
  • Cukup rasa
  • Garam
  • Honey tomato cherry (dipotong dadu)
  • Lada benggala (dipotong dadu)

Cara buat inti

  1. Pada api sederhana, tumis bawang sehingga kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam keluar air.
  3. Masukkan brokoli dan kacau sebati. Tambahkan blackpepper, cukup rasa dan garam mengikut citarasa masing-masing.
  4. Perlahankan api, masukkan tomato dan lada benggala. Masak sehingga layu dan tutup api.

Bahan-bahan kuah topping

  • 5 biji telur besar
  • 5 sudu makan susu full cream
  • 100g cheddar cheese parut
  • 100g mozarella parut (boleh gantikan cheese dengan sedikit tepung gandum untuk pekatkan adunan kuah)

Cara buat topping

  • Pukul rata semua bahan hingga sebati dan ketepikan.

Cara buat quiche

  1. Ambil loyang crust, masukkan inti ke dalamnya dan ratakan.
  2. Tuang kuah topping sehingga rata.
  3. Masukkan ke dalam oven dan masak pada suhu 200°c selama 30 minit.

Sumber: Puan Ilham ZK dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Quiche Ayam Mini

Bahan-bahan

  • Kulit popia
  • 400g ayam dada kecil-kecil
  • 100g tepung gandum
  • 20g mentega
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1/2 – 1 labu bawang holland
  • 10g lada hitam (optional)
  • 400g heavy cream / evaporated creamer
  • 40g keju
  • 6-8 ketul cendawan butang (mayang / dadu)
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 tangkai cili besar
  • Garam bukit

Cara buat inti

  1. Cairkan mentega di dalam kuali, kemudian letakkan minyak zaitun.
  2. Masukkan bawang, ayam dan cendawan. Diikuti dengan heavy cream, tepung gandum dan lada hitam.
  3. Akhir sekali masukkan daun bawang, daun sup, lada besar dan garam bukit.
  4. Masak sehingga pekat dan sebati. Tutup api.

Cara buat quiche

  1. Potong kulit popia pada 8 bahagian dan susun dalam dulang muffin.
  2. Panaskan oven, bakar pada sudu 190°c selama lebih kurang 10 minit.
  3. Keluarkan acuan quiche dan letakkan inti ke dalamnya, letakkan keju di atasnya.
  4. Bakar semula selama 5 minit. Siap.

Sumber: Rita Nadz dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Quiche Ayam Creamy

Bahan-bahan crust

  • 125g mentega
  • 40g gula aising
  • 1 biji kuning telur
  • 250g tepung gandum

Cara buat crust

  1. Campurkan mentega dengan gula aising menggunakan mixer sehingga menjadi creamy.
  2. Masukkan kuning telur dan mix lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan uli menggunakan tangan sehingga menjadi crumble.
  4. Tekan doh tadi ke dalam acuan tat.
  5. Bakar pada suhu 170°c selama 20-30 minit atau sehingga masak.

Bahan-bahan inti

  • 1/2 bawang besar (dicincang halus)
  • 1/4 lada benggala hijau (dicincang halus)
  • 1/2 cawan cendawan (dihiris)
  • 1 keping isi ayam (dipotong kecil)
  • 2 sudu teh sos tiram
  • 1/4 sudu teh serbuk lada putih

Bahan-bahan kuah

  • 1 cawan susu segar / cair
  • 1 biji telur
  • 1 cubit garam
  • 1 cubit serbuk lada hitam

Cara buat quiche

  1. Tumis bawang besar, lada benggala, cendawan dan isi ayam sehingga ayam separuh masak.
  2. Masukkan sos tiram dan serbuk lada putih. Biarkan ayam masak sepenuhnya.
  3. Campurkan bahan topping dan gaul sebati.
  4. Setelah crust masak, masukkan isi ayam, adunan kuah dan cheddar cheese yang diparut.
  5. Bakar pada suhu 170°c selama 30-35 minit atau sehingga masak.

Sumber: Mariam Haji Maidi dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Menu Pai Yang Popular?

Walaupun resepi quiche ini nampak seperti banyak bahan yang diperlukan dan agak renyah untuk dibuat, namun hasilnya pasti akan memuaskan hati anda. Selain quiche, ada banyak lagi menu pai lain yang boleh dicuba. Malah, ada juga yang lebih ringkas. Ini cadangan 5 lagi menu pai yang popular:

1. Spanakopita

Spanakopita merupakan pai sayur Yunani yang dibuat dengan lapisan pastri filo yang nipis dan diisi dengan bayam, keju feta, bawang dan telur.

2. Empanada

Empanada adalah sejenis pai yang popular di Spain dan Amerika Latin, diisi dengan daging kisar, bawang, lada benggala dan rempah ratus.

3. Cornish Pasty

Cornish Pasty adalah pai tradisional dari England yang diisi dengan daging lembu, kentang, lobak dan bawang yang dipotong dadu.

4. Shepherd’s Pie

Shepherd’s Pie merupakan hidangan British yang terdiri daripada lapisan daging lembu kisar yang dimasak dengan sayur-sayuran dan ditutup dengan kentang lenyek.

5. Chicken Pot Pie

Chicken Pot Pie adalah pai klasik Amerika yang diisi dengan ayam, lobak, kentang dan kacang pea dalam sos krim yang pekat.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply