Quesadilla adalah sejenis makanan tradisional Mexico yang terdiri daripada tortilla yang diisi dengan keju dan bahan-bahan lain seperti daging, sayuran atau cendawan, kemudian dilipat separuh dan dipanggang atau digoreng sehingga keju cair dan tortilla menjadi rangup. Nama “quesadilla” berasal daripada perkataan Sepanyol “queso” yang bermaksud keju, mencerminkan bahan utama hidangan ini.
Walaupun quesadilla biasanya dihidangkan sebagai makanan utama atau snek, terdapat variasi pencuci mulut yang menggunakan isian manis seperti buah-buahan, coklat atau krim keju manis. Quesadilla pencuci mulut ini menjadi popular di restoran-restoran Mexico dan Tex-Mex kerana ia mudah disediakan dan menawarkan pengalaman rasa yang unik dengan kombinasi tortilla yang rangup dan isian manis yang lembut.
Cara Buat Quesadilla
1. Resepi Chicken Ham & Cheese Quesadilla
Bahan-bahan
- 2 keping Mission Wrap
- 2 keping chicken ham
- 2 biji telur
- Cheddar toppings
- Butter utk masak
- Pepper
Cara buat Chicken Ham & Cheese Quesadilla
- Tebarkan wraps pada pan.
- Letakkan telur dan chicken ham di atas wrap tersebut.
- Terbalikkan wrap.
- Terbalikkan sekali lagi dan letakkan cheese dan pepper di atas wrap.
- Siap.
Sumber: Elaine Tan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Quesadilla My Style
Bahan-bahan
Inti
- 2 keping daging burger dihancurkan kasar
- ½ batang timun dipotong dadu*
- ¼ capsicum merah & hijau dipotong dadu*
- ½ biji bawang besar dipotong dadu*
- ½ sudu kecil serbuk jintan
- 2 sudu besar sos korea Adabi
- 1 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar mayonis
- 2 sudu besar minyak masak
Quesadilla
- 4 keping tortilla.
- 4 keping cheedar cheese
- Minyak untuk grill
Cara buat Quesadilla My Style
- Tumis bahan yang bertanda * sehingga layu.
- Masukkan daging burger goreng sekata.
- Masukkan semua jenis sos.
- Perasakan dengan serbuk jintan dan kacau sebati.
- Tutup api dan masukkan mayonis, kacau sekata.
Quesadilla
- Spray/gris minyak atas nonstick pan.
- Masukkan ½ bahagian tortilla ke dalam pan.
- Letakkan kepingan cheese yg dikoyak kecil.
- Letakkan inti dan ratakan.
- Koyakkan baki cheese tadi.
- Tutup baki bahagian tortilla tadi.
- Grill/bakar Quesadilla tadi di kedua-dua permukaan sehingga sedikit garing utk dapatkan effect rangup.
- Dah masak, sejukkan sebentar dan boleh dipotong (jika suka). Sedia untuk dihidang.
Sumber: Eila Rostam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Tortilla Lapis Ayam dan Cheese (Quesadilla)
Bahan-bahan
- 2 keping tortilla
- 1 keping dada ayam rebus, dicarik
- Keju cheddar atau parmesan diparut
- 1 biji tomato, dipotong nipis
- 1 biji bawang besar, dipotong dadu
- 1 sudu besar mayonis
- Mayonis dan sos cili
Cara buat Tortilla Lapis Ayam dan Cheese
- Ratakan sekeping tortilla dengan sos cili dan mayonis.
- Tabur isi dada ayam yang dicarik, tomato dan bawang besar ke atas tortilla.
- Tabur keju diatasnya. Ambil sekeping lagi tortilla dan letak diatas sebagai penutup.
- Masukkan kedalam oven dan bakar selama 10 minit pada suhu 200C atau sehingga roti keperangan.
- Keluarkan dari oven, dan potong kepada 4 bahagian. Sedia dihidangkan panas-panas.
Sumber: Eny Yusnizar Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Quesadilla Magic
Bahan-bahan
- 2 keping tortilla
- Ayam yang di rebus
- Mozarella cheese
- Cheese cheddar sauce (optional)
- 2 sudu besar sos perap bbq magic
Cara buat Quesadilla Magic
- Ayam di rebus terlebih dahulu.
- Sapukan sos perap di atas tortilla secukup rasa.
- Taburkan mozarella cheese.
- Taburkan ayam rebus tadi secukup rasa.
- Ulang step 3.
- Bakar atas pan tanpa minyak dan lipat dua.
*kalau nak masuk oven/microwave pon boleh* - Tuang/cicah sos cheese.
- Siap untuk di makan.
Sumber: Nur Lela dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Menu Sampingan Lain Dari Luar Negara
1. Churros
Churros adalah pencuci mulut berbentuk panjang yang digoreng dan disalut dengan gula kayu manis. Doh churros yang diperbuat daripada tepung, air dan garam diperah melalui beg paip khas untuk menghasilkan bentuk beralur, kemudian digoreng sehingga keemasan dan rangup. Hidangan ini sering dihidangkan dengan sos coklat panas, karamel atau dulce de leche untuk dicelup.
2. Tres Leches Cake
Tres Leches Cake adalah kek span yang direndam dengan campuran tiga jenis susu – susu segar, susu pekat manis dan krim berat. Kek ini mempunyai tekstur yang lembap dan lembut kerana penyerapan susu, dan sering dihiasi dengan krim putar dan kayu manis. Ia merupakan pencuci mulut yang sangat popular di Amerika Latin dan digemari kerana rasa yang kaya dan manis.
3. Flan
Flan adalah pencuci mulut kastard yang dipanggang dengan lapisan karamel di bahagian atas. Dibuat daripada telur, susu, gula dan vanila, flan mempunyai tekstur yang lembut dan gebu dengan rasa karamel yang pahit-manis. Pencuci mulut ini berasal dari Sepanyol tetapi telah menjadi hidangan tradisional di seluruh Amerika Latin dan sangat popular di restoran-restoran Mexico.
4. Sopapillas
Sopapillas adalah sejenis pastri goreng yang ringan dan berongga, diperbuat daripada doh tepung yang dicanai nipis dan digoreng sehingga mengembang. Hidangan ini biasanya disalut dengan gula serbuk atau madu dan kadang-kadang diisi dengan madu, sirap maple atau jem buah. Sopapillas popular sebagai pencuci mulut di Amerika Barat Daya dan Mexico kerana teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam.
5. Empanadas Dulces
Empanadas Dulces adalah versi manis daripada empanada tradisional, berupa pastri yang digoreng atau dipanggang dengan isian manis. Isian biasa termasuk buah-buahan seperti epal atau labu, keju manis, coklat atau dulce de leche. Pastri ini sering disalut dengan gula atau glaze dan merupakan pencuci mulut popular di banyak negara Amerika Latin dengan variasi yang berbeza mengikut wilayah.