Putu mayam merupakan sejenis makanan tradisional yang berasal dari Malaysia dan India Selatan. Ia terbuat daripada tepung beras yang dipicit melalui alat khas berbentuk penyaring, kemudian dikukus sehingga menjadi hidangan berliku-liku seperti benang.
Bahan utama putu mayam terdiri daripada tepung beras, sedikit garam, dan air. Cara penyediaannya melibatkan pencetakan adunan tepung melalui alat khas, kemudian dikukus sehingga masak dan disajikan bersama gula merah parut atau kelapa parut.
1. Resepi Putu Mayam
Bahan-bahan
- Tepung beras 4 cawan
- Air panas
Cara buat Putu Mayam
- Tepung beras dikukus selama 10 minit.
- Bancuhkan dengan air panas mengelegak hingga lembut.
- Masukkan kedalam acuam maruku atau laksa dan tekan ke atas daun pisang.
- Kukus selama 3-5 minit sahaja.
Sumber: Azahari Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Putu Mayam dan Serawa
Bahan-bahan
Putu Mayam
- Tepung beras
- Garam sikit
- Air panas
Serawa
- Gula merah
- Tepung gandum yang dah disangai sikit (untuk pekatkan kuah)
- Garam sikit
- Daun pandan
Cara buat Putu Mayam dan Serawa
Putu Mayam
- Kacau guna senduk. Dah sejuk sikit baru uli pakai tangan.
Serawa
- Masak sampai semua sebati & ikut kepekatan yang disukai.
Sumber: Rosaliza Aliah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Homemade Putu Mayam (Guna Bihun Faiza)
Bahan-bahan
- Bihun faiza
- Gula
- Kelapa putih
- Garam
Cara buat Homemade Putu Mayam (Guna Bihun Faiza).
- Masa dengan cara mengukus.
- Sebelum kukus celup dengan air atau rendam sekejap. Sekejap sahaja sebab dia halus. Jangan lama-lama macam rendam bihun biasa nanti hancur.
- Gula. Saya gunakan gula perang CSR. Nak guna gula merah yang orang biasa guna untuk buat kuih pun boleh. Guna gula putih biasa pun boleh juga.
- Kelapa putih.Tambah sedikit garam supaya rasa lebih lemak.
- Siap!
Sumber: Adibah Anis Ishak dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Putu Mayam Hijau
Bahan-bahan
- 2 cwn tpg beras
- 2 cwn air panas
- Garam
- 1sdb mnyk msk
- Pewarna (bagi yang suka)
Cara buat Putu Mayam Hijau
- Mula-mula kukuskan tepung beras bersama garam, kukus kering lebih kurang dalam 5 minit.
- Bila tepung tu dah panas.angkat dari pengukus cepat-cepat bancuh dengan air panas yang dicampur dengan minyak (kena panas tepung+air).
- Masukkan sikit-sikit dulu, takut terlebih lembik ,bancuh sampai jadi doh, doh agak lembik sikit ya kalau doh keras tambah air panas@boleh dipicit dalam acu.
- Pastikan doh tidak berketul, kalau tidak susah nanti nak picit.
- Panaskan pengukus, boleh mulakan proses membuat, pastikan air dah mengelegak baru kukus putu, lebih kurang2@3 minit saya lapik pakai daun pisang, sapu dengan sedikit minyak untuk tak nak bagi putu melekat.
- Boleh dimakan bersama kelapa parut dan gula perang, kelapa kukus dulu dengan sedikit garam.
Sumber: Suria Wanie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Menu Kuih Lain Dengan Kaedah Kukus.
Selain putu mayam, terdapat beberapa lagi kuih yang menggunakan kaedah sama iaitu kukus. 2 diantaranya adalah:
1. Putu Piring
Putu piring adalah sejenis kuih tradisional yang dibuat daripada tepung beras dan dikukus dalam acuan kecil berbentuk cawan. Ia biasanya disajikan bersama gula merah dan kelapa parut.
2. Idli
Idli merupakan sejenis kuih kukus dari India yang diperbuat daripada tepung beras dan dal. Ia mempunyai rupa bulat dan biasanya dihidangkan bersama sambar atau chutney.