Pulut panggang ini merupakan salah satu kuih tradisi melayu. Masih dijual sehingga sekarang. Anda boleh nampak pulut panggang ini dijual pada waktu pagi. Pulut panggang ini lagi sedap kalau dapat makan yang tekstur gebu dan pedas. Kami nak kongsikan resepi pulut panggang ini.
Jom kita try!
1. Resepi Pulut Panggang
Bahan-bahan
- Pulut 1 kg (boleh dapat 35 biji)
- Santan pekat
- Basuh pulut, rendam dengan air panas 2 jam kemudian kukus.
Dah siap kukus tuang pati santan
Bahan Inti
- 500 gm kelapa parut
- Cili kering dikisar dengan sebji bawang besar serta 5btg serai yang dihiris halus
- Stgh gm udang kering/udang kepai
- Gula dan garam secukupnya
Cara buat Pulut Panggang
- Tumis bahan yang dikisar.
- Masuk gula dua sudu. Tumis hingga naik minyak.
- Masuk udang. Kacau sebentar. Kemudian masuk kelapa parut.
- Masuk garam dan kacau lagi.
- Bila dah kering angkat dan boleh lah membungkus pulut.
Sumber: Heryantee Rashid dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
2. Resepi Inti Serunding Kelapa
Bahan-bahan
- 2 biji kelapa parut biasa
- 1 mangkuk cili kering blender + bwng merah+ bwng putih*
- 1/2 cwn udang kering blender*
- 5 btng serai blender*
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
- Aji secukup rasa
- 1sdb kunyit serbuk
Cara buat Inti Serunding Kelapa
- Campur semua bahan di atas kecuali gula dan garam.
- Gaul sebati.
- Letak atas dapur guna api kecil mengelakkan daripada hangit dah panas baru masukkan gula dan secukup rasa.
- Masak sampai kelapa tadi jadi kering, mengambil masa lebih kurang 3 jam.
- Jangan lupa sentiasa di kacau untuk mengelakkan daripada serunding hangit kena rajin kacau selalu.
- Letak garam jangan terlalu masin nanti tak sedap.
Sumber: Rohanah Tahirin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Pulut Panggang Ikan
Bahan-bahan
Bahan pulut
- 2 cwn beras pulut rendam 2 jam
- 1 cwn santan pekat
- 1 sudu kecil garam
Bahan inti ikan
- 5 ekor ikan sardin @selayang
(rebus dengan asam keping) - 2 biji bwg merah kecik
- 1 inci halia
- 1 sudu kecil halba
- 1 cwn santan pekat
- Garam n gula
Cara buat Pulut Panggang Ikan
Bahan pulut
- Kukus pulut 15 minit.
- Santan kacau dengan garam.
- Masukkan pulut ke dalam bekas santan tadi dan kacau sebati.
- Kukus balik 20 minit.
- Angkat sejukkan.
- Sediakan daun pisang, letak pulut atas daun pisang tekan dengan plastik, letak inti dan gulung bagi kemas.
- Semat dengan lidi.
Bahan Inti Ikan
- Perisi ikan dan tumbuk.
- Bawang dan halia dihiris halus masukkan dalam kuali.
- Masuk ikan yang ditumbuk tadi.
- Masukkan santan.
- Masak sampai kering dah agak kering masukkan halba.
- Rasa dengan garam dan gula.
Sumber: Zaimah Zakaria dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Pulut Panggang Udang
Bahan-bahan
Bahan inti
- 1/2 biji kelapa
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- Serai sebatang
- 1/2 st jintan manis
- 3 sb cili mesin
- 2 sb minyak
Semua bahan diatas diblend (kecuali udang,kelapa dan cili mesin) - 1 cawan udang kering direndam
Bahan pulut
- 2 cawan pulut susu
- 2 cawan santan yang dicampur
- Garam/sedikit gula
Cara buat Pulut Panggang Udang
Bahan inti
- Tumis bahan blend. Bila dah garing dan wangi masukkan cili mesin tumis sehingga betul masak.
- Masukkan kelapa goreng sehingga agak kering,
- Masukkan garam, gula dan akhir sekali masukkan udang. Kacau biar agak kering.
Bahan pulut
- Dua cawan pulut susu rendam satu setengah jam kemudian tos air dan kukus selama 20 minit.
- Kemudian gaul dengan dua cawan santan yang dicampur garam/sedikit gula.
- Biar pulut sejuk boleh di balut dengan daun pisang yang disapu sedikit minyak.
- Letak pulut(tekan dengan daun pisang supaya rata ) dan diletak inti dan bakar.
Sumber: Aisif Alisha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Banyak kan resepi pulut panggang ini, kalau teringin nak makan, boleh ikut resepi yang telah kami kongsikan ini.
Jom lihat juga resepi kuih talam suji yang juga kuih lejen.
Selamat mencuba!