Pulut dakap ialah sejenis hidangan tradisional yang menggunakan pulut (beras pulut) sebagai bahan utama. Ia adalah sejenis kuih-muih yang dibuat dengan melembutkan pulut dan dibalut dengan daun pisang, kemudian diisi dengan kelapa parut yang telah dimasak dengan gula melaka.

Untuk menyediakan pulut dakap, bahan-bahan yang diperlukan ialah beras pulut, santan, garam, daun pandan, kelapa parut, dan gula melaka. Cara penyediaannya dimulakan dengan merendam beras pulut selama beberapa jam, kemudian dikukus dengan campuran santan dan daun pandan. Setelah masak, pulut diratakan di atas daun pisang, diisi dengan campuran kelapa parut dan gula melaka, kemudian digulung dan dikukus sekali lagi.

1. Resepi Pulut Dakap / Pulut Pisang Raja

Bahan-bahan

  • 1/2kg beras pulut susu
  • 1 biji kelapa dan dapatkan 4 cawan santan
  • Pisang raja di belah dua dan tabur dengan sedikit gula
  • Daun pisang layur dan lap bersih

Cara buat Pulut Dakap / Pulut Pisang Raja

  1. Panaskan santan tambah garam dan 2 sudu minyak.
  2. Bila mendidih masukkan beras pulut dan kacau sampai kering santan, kecilkan api.
  3. Tutup dengan plastik nasi lemak.
  4. Tunggu sampai masak.
  5. Kukus sampai masak.
  6. Daun pisang bertukar warna dan nampak lembut berminyak.

Sumber: Khadijah Saad Kak Jah dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Pulut Dakap Kelantan (Ketupat Dakap)

Bahan-bahan

  • 1kg beras pulut
  • Setengah kilo gula
  • 400g santan
  • Sedikit garam

Cara buat Pulut Dakap Kelantan (Ketupat Dakap)

  1. Rendam 1 kg beras pulut empat jam/semalaman.
  2. Kukus selama 45 minit.
  3. Masak setengah kilo gula bersama 400g santan, dan tambah sedikit garam.
  4. Angkat pulut, tuangkan air gula bercampur santan,dan kacau bersama pulut.
  5. Kukus semula selama 20 minit.
  6. Bungkus, boleh masukkan serunding daging kemudian ikat berdua.
  7. Kukus ketupat selama 20 minit.

Sumber: Ila Teratai dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi  Pulut Dakap Pisang Zaman Dulu

Bahan-bahan

  • Beras pulut 1kg
  • Santan pekat 500gm
  • Air 1 gelas
  • Gula dua cawan
  • Garam halus 3 sudu kecik
  • Daun pisang hijau
  • Pisang tanduk, pisang kebatu, pisang nipah pisang kelat siam atau kelat lega (boleh pilih yang mana suka)
  • Tali rapia atau tali getah

Cara buat Pulut Dakap Pisang Zaman Dulu

  1. Basuh beras pulut rendam dalam air selama 3 jam kemudiam kukus pulut sampai naik wap.
  2. Kemudian masak santan, gula, dan garam sampai mendidih kemudian tutup api angkat periuk santan letak dibawah. Ambil pulut yang telah di kukus tadi letak semula  dalam periuk santan kacau sampai sebati kemudian panaskan atas api semula kacau sampai nampak keluar minyak sikit-sikit.
  3. Ambil daun pisang letakkan pulut dan pisang, tutupkan dengan pulut balut kemudian ikat dengan tali rapia atau pun tali getah.
  4. Dah siap boleh kukus atau pun rebus.

Sumber: Azura Yusoff dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Menu Pulut Yang Popular?

Selain pulut dakap, ada beberapa lagi menu popular yang menggunakan pulut. Antaranya adalah:

1. Pulut Serunding

Hidangan pulut yang dihidangkan dengan serunding ayam atau daging yang telah dimasak kering dan berempah. Ia merupakan kombinasi pulut lemak yang lembut dengan serunding yang rangup dan berperisa.

2. Pulut Kuning

Pulut yang dimasak dengan kunyit sehingga berwarna kuning dan dihidangkan dengan rendang ayam atau daging. Ia popular di majlis-majlis keramaian dan kenduri.

3. Pulut Panggang

Pulut yang diisi dengan inti seperti kelapa, udang kering atau serunding, kemudian dibalut dengan daun pisang dan dipanggang sehingga daun pisang keperangan dan mengeluarkan aroma yang harum.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply