Puding trifle adalah hidangan pencuci mulut yang terdiri daripada lapisan-lapisan kek span, puding vanila, krim putar, dan buah-buahan. Bahan-bahan asas yang diperlukan ialah kek span vanilla, susu, telur, gula, vanila esen, krim putar, buah-buahan segar atau tin, dan jeli berperisa.
Untuk menyediakan puding trifle, mula-mula potong kek span kepada kepingan nipis dan susun di dasar bekas kaca. Kemudian sediakan puding vanila mengikut arahan pada bungkusan dan tuang ke atas kek. Selepas sejuk, tambah lapisan buah-buahan, diikuti dengan krim putar. Ulang lapisan sehingga bahan habis dan hiaskan bahagian atas dengan buah-buahan.
1. Resepi Puding Trifle (Swiss Roll)
Bahan-bahan
- Swiss roll (perasa pandan)
- 1 tin fruit cocktail (asingkan air dan buah)
- Kristal Jelly (cap Nona 2 kotak)
- 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
- 4 sudu besar tepung kastad – sukatan membukit
Cara buat puding trifle
Lapisan 1
- Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan pilihan.
- Padatkan agar tak ada ruang.
- Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.
- Air fruit coktail mungkin berbaki, tak perlu habiskan.
Lapisan 2
- 1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air)
- Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat.
- Tuang diatas lapisan 1 tadi.
Lapisan 3
- Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.
Lapisan 4
- Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih.
- Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).
Sumber: Suriea Mohd Noor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi English Trifle Puding
Bahan-bahan
- Kek chiffon gulung
- 1 tin fruit cocktail
- 1 kotak jeli Nona
- 1 cawan tepung kastard
- 1 tin susu cair
- 1 tin air(guna tin susu cair)
- 1 cawan gula pasir
- Secubit garam
- Buah-buahan segar
- Non diary whipped cream
Cara buat english puding trifle
- Potong kek gulung dan susun dlm bekas/acuan apa pun.
- Siram air fruit cocktail pada kek gulung tadi sekadar kek basah.
- Untuk kastard: Masak dalam periuk susu cair, air,gula dan garam tadi dengan api perlahan dan kacau hingga pekat berkilat. Tutup api.
- Letak sos kastard tadi atas kek.
- Kemudian tabur fruit cocktail.
- Pukul whipped cream hingga kental dan letak atas fruit cocktail.
- Letak kek gulung lagi, kemudian sos kastard, selepas itu fruit cocktail, atas sekali bancuh jeli Nona dan curahkan atas buah.
- Paipkan whipped cream dan hiaskan ikut citarasa anda.
Sumber: Jaja Noriza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Rainbow Puding Trifle (Versi Mini Cup)
Bahan-bahan
- 10 Plastic cup
- 1 pek Roll cake
- 3 pek Kristal Jeli
- 250g Cream cheese
- 1/2 cawan whipped cream
- Buah-buahan (dipotong kecil)
-buah naga
-buah strawberi
Cara buat rainbow puding trifle
- Potong kek dan masukkan di dasar cup paling bawah.
- Masak jeli ikut arahan paket, dan masukkan ke dalam cup sebagai lapisan kedua.
- Boleh masukkan apa2 jenis buah-buahan dalam jeli.
- Sementara tunggu jeli mengeras, putar sekali cream cheese dan whipped cream sehingga pekat.
- Setelah jeli mengeras letakkan cream cheese di atas dan hias dengan buah.
- Simpan di dalam peti ais, sedap dimakan sejuk.
Sumber: Hurun’Iin Malik dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Puding Marie Trifle
Bahan-bahan
Lapisan Bawah Biskut Marie
- Biskut marie
- 10grm agar2 serbuk
- 1 ltr air
- 1 cwn gula
Lapisan Kastard
- 1/2 cwn tepung kastard
- 1/3 cwn gula pasir
- 1/2 cwn susu cair
- 2 cwn air
Lapisan Coklat
- Separuh adunan agar2 tadi
- 1 sb serbuk koko
Cara buat puding marie trifle
Lapisan Bawah Biskut Marie
- Masukkan agar2 dan air dalam periuk.
- Masak atas api sederhana. Kacau sebati.
- Masukkan gula dan kavau sehingga mendidih. Matikan api
- Susun biskut marie dalam acuan.
- Tuang separuh adunan agar2 dalam acuan biskut marie tadi.
- Ketepikan.
Lapisan Kastard
- Masukkan semua bahan2 dalam periuk.
- Masak guna api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak berketul.
- Masak sehingga likat dan kilat. Tutup api.
- Tuang kastard atas agar2 dan biskut marie tadi.
- ketepikan.
Lapisan Coklat
- Panaskan separuh lagi agar2 tadi atas api sederhana.
- Masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Matikan api.
- Tuang adunan agar2 koko atas kastard tadi.
- Simpan dalam peti sejuk.
- Bila adunan dah sejuk bolehlah dikluarkan dari acuan.
Sumber: Azrina Ien dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Menu Pencuci Mulut Yang Lembut Dan Enak?
Ada masanya kita mencari pencuci mulut yang boleh dimakan sejuk-sejuk, lembut dan enak. Sekali suap sahaja pasti cair didalam mulut. Ini 5 pencuci mulut seperti yang dinyatakan diatas:
1. Mousse Coklat
Mousse coklat adalah pencuci mulut yang dibuat daripada coklat masak yang dicairkan dan dicampur dengan krim putar untuk menghasilkan tekstur yang ringan dan berbuih. Ia biasanya dihias dengan serpihan coklat atau stroberi.
2. Crème Brûlée
Pencuci mulut Perancis yang terdiri daripada lapisan krim bakar yang lembut dengan permukaan gula karamel yang rangup. Ia disediakan menggunakan krim pekat, telur, gula dan vanila esen.
3. Tiramisu
Pencuci mulut Itali yang popular ini dibuat dengan lapisan biskut lady fingers yang dicelup dalam kopi, dilapisi dengan campuran krim mascarpone dan ditabur dengan serbuk koko.
4. Panna Cotta
Pencuci mulut Italia yang dibuat daripada krim yang distabilkan dengan gelatin. Ia selalunya dihidangkan dengan sos buah-buahan atau karamel di atasnya.
5. Cheese Cake
Kek keju adalah pencuci mulut yang dibuat daripada lapisan biskut yang dikisar sebagai tapak dan diisi dengan campuran krim keju, telur, gula dan perisa pilihan.