Puding roti merupakan sejenis hidangan pencuci mulut yang lazat yang dibuat daripada roti terlebih dahulu. Ia merupakan cara kreatif untuk menggunakan semula roti yang telah menjadi keras atau tidak digunakan, dengan mencampurkannya dengan bahan-bahan seperti telur, susu, gula, dan perasa tambahan.
Untuk menyediakan puding roti, roti dikoyak atau dipotong kecil kemudian dicampur dengan campuran telur, susu, gula, dan perasa seperti vanila. Campuran ini kemudian dipanggang dalam ketuhar sehingga ia menjadi pekat dan kekuningan, menghasilkan hidangan manis yang lazat dan berkrim.
1. Resepi Puding Roti menggunakan air fryer
Bahan-bahan puding roti
- 6 keping roti (potong kasar)
- 1/2 cawan gula (boleh kurangkan jika tak mahu manis)
- 2 cawan susu uht
- 2 sb butter (dicairkan)
- 1/2 tepung gandum
- 2 biji telur
- 1/2 esen vanila
- Cip coklat/kismis
Cara buat puding roti
- Masukkan kesemua bahan di dalam bekas dan gaul.
- Jika kurang kuah, boleh tambahkan susu. Jika terlebih kuah, tambahkan tepung atau roti.
- Minyakkan loyang menggunakan butter dan tabur tepung sekeliling loyang.
- Tuang adunan tadi ke dalam loyang dan masukkan ke dalam air fryer yang dipanaskan.
- Bakar pada suhu 180°c selama 30 minit, kemudian 140°c pada 20 minit.
- Sejukkan dahulu sebelum dipotong. Siap.
Sumber: Azrina Mohd dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Puding Roti dengan Sos Kastard
Bahan-bahan puding roti
- 7 keping roti (dipotong petak)
- 1 biji telur*
- 1 1/2 cawan susu segar*
- 4 sb gula*
- 1 penutup esen vanila*
- Secubit garam*
- 1 sb marjerin/butter
- Hiasan – cip coklat/kismis/ceri/hirisan badam
Cara buat puding roti
- Sapukan marjerin di sekeliling loyang.
- Susunkan roti yang sudah dipotong petak.
- Kisar bahan bertanda * dan tuang ke atas roti.
- Tekan-tekan roti dan pastikan semua roti menyerap adunan tadi.
- Taburkan bahan hiasan.
- Bakar pada suhu 160°c selama 35 minit.
Bahan-bahan sos kastard
- 3sb tepung kastard
- 1 1/2 cawan susu segar
- 3 sb gula
Cara buat sos kastard
- Campurkan semua bahan, masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.
- Tuangkan ke atas roti yang siap dibakar.
Sumber: Saiful Nasuha dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Puding Roti Butter
Bahan-bahan puding roti
- 5 keping roti putih
- 3 cawan santan cair/ susu cair
- 1 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan gula
- 2 biji telur
- 1 sb marjerin/ butter
- Esen vanila
- Secubit garam
- Kismis
Cara buat puding roti
- Carikkan roti dan rendam dengan santan/susu cair. Ketepikan.
- Kisar santan dan bahan lain hingga sebati. Masukkan bahan kisar ke dalam roti tadi dan gaul rata.
- Gris marjerin pada loyang. Tuang adunan tadi dan taburkan kismis.
- Panaskan oven dan bakar pada suhu 170°c selama 50 minit.
- Tunggu sejuk sedikit, boleh potong dan hidang.
Sumber: Siti Zahida Hasan dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Juadah Pencuci Mulut Yang Popular?
Jom cuba kelainan dengan membuat juadah pencuci mulut western. Ya, bukan hidangan utama sahaja ada menu western. Pencuci mulut pun ada tau! Ini antara pencuci mulut western yang boleh anda cuba dirumah:
1. Bread and Butter Pudding
Bread and Butter Pudding merupakan hidangan pencuci mulut tradisional yang popular di Britain. Ia disediakan dengan melapis roti yang dikerat dengan mentega dan ditabur dengan bahan-bahan seperti kismis atau badam sebelum dituang dengan campuran telur dan susu.
2. Apple Crumble
Apple Crumble adalah hidangan pencuci mulut yang menggunakan epal yang dipotong dan ditaburi dengan adunan tepung, mentega, dan gula. Ia kemudian dipanggang sehingga membentuk lapisan renyah di atas buah epal yang lembut dan manis.
3. Custard Tart
Custard Tart merupakan kek berbentuk tart yang dipenuhi dengan kuah pekat yang diperbuat daripada telur, susu, dan gula. Ia mempunyai asas pastri yang rangup dan isian kuah yang lembut dan manis.
4. Rice Pudding
Rice Pudding adalah hidangan pencuci mulut yang dibuat daripada beras dimasak dalam susu dan gula. Ia mempunyai tekstur yang lembut dan creamy, sering ditambah dengan perasa seperti vanila atau kulit limau.
5. Fruit Trifle
Fruit Trifle adalah hidangan pencuci mulut yang mengandungi lapisan kek, jem, custard, krim dipukul, dan buah-buahan segar. Ia disusun dalam mangkuk kaca yang membolehkan setiap lapisan dapat dilihat dengan jelas.