Puding karamel ialah sejenis pencuci mulut yang diperbuat daripada serbuk agar-agar, susu, gula dan esen vanila. Hidangan ini mempunyai dua lapisan – lapisan atas yang lembut seperti puding dan lapisan bawah yang merupakan karamel manis.
Untuk menyediakan puding karamel, panaskan gula dalam periuk sehingga mencair dan bertukar warna perang keemasan untuk membuat karamel. Kemudian, campurkan susu, serbuk agar-agar, gula dan esen vanila, gaul sebati dan tapis. Tuang campuran ini ke dalam acuan yang telah dilapisi karamel. Kukus selama 45 minit dengan api sederhana sehingga masak.
1) Resepi Puding Karamel Tanpa Telur
Bahan-bahan
- 1 paket serbuk agar-agar jernih (10gm)
- 4 cawan air
- 1 tin susu cair
- 1 cawan susu pekat
- 3 sudu tepung kastard
- Sedikit esen vanila
- 3 sudu gula pasir
- 2 sudu air
Cara buat Puding Karamel Tanpa Telur
- Masukkan gula pasir ke dalam kuali dengan api yang kecil
- Biarkan cair sehingga menjadi perang kemudian tutup api dan masukkan air
- Kemudian masukkan ke dalam loyang
- Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati
- Panaskan di atas api yang besar. Masak puding sehingga mendidih dan pekat
- Biarkan puding suam sebentar kemudian masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi
- Masukkan dalam peti sejuk sehingga 2-3 jam
- Terbalikkan loyang tadi di atas pinggan kemudian potong
Tips:
- Pastikan puding dimasak sehingga betul-betul mendidih dan kelihatan pekat
Sumber: Nordiana Ab Kadil dari Masak Apa Hari Ni
2) Resepi Eggless Creme Caramel
Resipi ini sesuai untuk yang tak suka bau hanyir telur.
Bahan-bahan
Bahan untuk gula karamel
- 5 sudu besar gula
Bahan untuk puding
- 1 paket agar-agar (10g)
- 1 tin susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 4 mug air
- 2-3 titis stevia atau 3/4 cawan gula
- 3 sb tepung kastard
- 1 sk esen vanila
Cara buat Eggless Creme Caramel
- Panaskan gula dalam loyang atas api perlahan hingga gula jadi keperangan
- Goyangkan loyang supaya gula caramel tadi sekata di sekeliling loyang
- Ketepikan (loyang saiz 8 inci)
Cara buat pudding
- Satukan semua bahan untuk puding dalam periuk
- Kacau bahan-bahan tadi atas api sederhana guna whisk atau senduk. Jangan bagi adunan berketul
- Kacau hingga adunan mendidih dan sedikit pekat
- Tapis dan tuang ke dalam loyang berisi karamel tadi
- Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam peti ais 3-4 jam sebelum di makan
Tips:
- Semasa masak bahan puding, guna periuk yang tebal dan kacau selalu atas api perlahan supaya adunan tidak mudah hangus di bahagian bawah dan tidak berketul
- Jika tidak mahu letak gula langsung untuk bancuhan puding pun boleh sebab karamel sudah cukup manis
Sumber: Marina Ismail dari Masak Apa Hari Ni
3) Resepi Puding Karamel @ Puding Gula Hangus
Bahan-bahan
Bahan karamel
- ½ cawan gula pasir
Bahan pudding
- 5 biji telur gred A
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat (boleh kurangkan jika mahu)
- 1 cawan air
- sedikit esen vanilla
Cara-cara buat Puding Gula Hangus
- Masukkan 1/2 cawan gula dalam kuali
- Masak sehingga bertukar keperangan. Jangan sampai hangus
- Masukkan ke dalam loyang 7 inci
- Dalam bekas lain, masukkan 5 biji telur, esen vanilla, air
- Masukkan susu cair, susu pekat
- Kacau sebati. Jangan pukul terlalu lama (Puding jadi berongga)
- Tapiskan bila masuk dalam loyang
- Kukus 25-30 minit atau sehingga masak
- Sejukkan baru terbalikkan atas pinggan
Sumber: Khairun Nisa dari Masak Apa Hari Ni
Apa lagi Pencuci Mulut Lembut Dan Manis Yang Popular?
Di harap anda semua dapat mencuba resepi ini walaupun pertama kali buat, mesti jadi! Sangat sesuai untuk sajian minum petang. Gabungan pencuci mulut lembut dan manis ini pasti sukar ditolak oleh sesiapa pun. Selain puding karamel, terdapat beberapa lagi pencuci lembut dan manis yang popular. Antaranya adalah:
1. Puding Roti Kastard
Puding roti kastard ialah pencuci mulut yang dibuat menggunakan roti putih yang dipotong dadu, dicampur dengan kastard yang diperbuat daripada susu, telur, gula dan esen vanila, kemudian dibakar sehingga masak.
2. Tiramisu
Tiramisu ialah pencuci mulut dari Itali yang dibuat dengan lapisan biskut yang dicelup dalam kopi, dilapisi dengan campuran krim mascarpone dan ditabur dengan serbuk koko.
3. Panna Cotta
Panna Cotta merupakan pencuci mulut dari Itali yang diperbuat daripada krim masak, susu, gula dan gelatin. Ia boleh dihidangkan dengan sos buah-buahan atau karamel.
4. Crème Brûlée
Crème Brûlée ialah pencuci mulut Perancis yang terdiri daripada lapisan kastard yang lembut dan lapisan atas gula yang dibakar sehingga keras dan berkaramel.
5. Trifle
Trifle ialah pencuci mulut yang terdiri daripada beberapa lapisan termasuk kek span, buah-buahan, kastard dan krim putar. Ia dihias dengan buah ceri dan serpihan coklat di atasnya.