Pucuk paku masak lemak merupakan hidangan tradisional Melayu yang menggunakan pucuk paku muda sebagai bahan utama. Masakan ini biasanya dimasak dengan santan, cili, dan perencah tradisional yang memberikan citarasa yang kaya dan sedap.

Bahan-bahan utama termasuk pucuk paku muda, santan pekat, cili hijau atau cili merah, bawang merah, bawang putih, dan garam secukup rasa. Cara memasak bermula dengan menumis bahan perencah sehingga wangi, kemudian masukkan pucuk paku dan santan, hingga masak dan mendidih.

1. Resepi Pucuk Paku Masak Lemak Udang

Bahan-bahan

  • Cili api
  • Kunyit hidup
  • Udang
  • Pucuk paku
  • Santan
  • Air
  • Garam
  • Maggi cukup rasa

Cara buat Masak Lemak Pucuk Paku Udang

  1. Tumbuk cili api & kunyit hidup. Masukkan bahan ditumbuk tadi ke dalam periuk.
  2. Hidupkan api masukkan udang dan masukkan air & santan.
  3. Kacau lagi sampai menggelegak (kene kacau selalu jangan sampai pecah minyak) dan boleh masukkan pucuk paku.
  4. Perasakan garam & maggi cukup rasa. Kacau lebih kurang siap.

Sumber: Norfadilah Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kerabu Perut Pucuk Paku

Bahan-bahan

  • Perut rebus sampai empuk
  • Pucuk paku celur
  • Taugeh celur

Bahan blander

  • 7 biji cili api
  • 2 biji cili besar
  • 4 batang Serai
  • 1 inci Lengkuas
  • 1 inci Halia
  • 3 biji bawang besar
  • Belacan
  • Kerisik
  • Sekotak santan 200ml
  • Garam
  • Perasa

Bahan penyedap

  • Beras goreng ditumbuk
  • Air limau

Cara buat Kerabu Perut Pucuk Paku

  1. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.

Sumber: Ctie Zubaidah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Tumis Pucuk Paku

Bahan-bahan

  • Pucuk paku basuh dan toskan
  • 15 ulas lada kecik *
  • 1 ulas bwg putih *
  • Seinci kunyit hidup *
  • 4-5 ulas bwg kecik *
  • Sejemput ikan bilis (basuh sekejap)*

Cara buat Tumis Pucuk Paku

  1. Tumbuk bahan bertanda *
  2. Kemudian tumis hingga kekuningan letak pucuk paku dan gaul rata.
  3. Letak air sikit untuk jadi kuah jangan letak banyak sangat air.
  4. Biar 5 minit letak garam aji, gaul rata lagi.

Sumber: Shyla Samad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Tumis Cencalok Pucuk Paku

Bahan-bahan

  • 1 ikat pucuk paku
  • 2 sudu besar cencalok
  • 1 sudu teh serbuk belacan
  • 9-11 biji cili padi ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1/2 biji bawang holand dimayang
  • 1 kiub pati ikan bilis maggi
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara buat Tumis Cencalok Pucuk Paku

  1. Basuh cuci pucuk paku dan toskan.
  2. Panaskan minyak masak.
  3. Tumiskan bawang putih dan bawang besar holand.
  4. Dah agak naik bau masukkan cili padi dan cencalok serta serbuk belacan
  5. . Goreng sampai garing api kecil ya.
  6. Akhir sekali masukkan pati ikan bilis dan pucuk paku tadi. Kacau sebati beberapa minit. Siapp!

Sumber: Zee Basir dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Lagi Masakan Tradisional Yang Popular?

Selain masak lemak pucuk paku, terdapat banyak lagi masakan tradisional di Malaysia. 5 antara yang popular adalah:

1. Gulai Peria

Gulai peria merupakan hidangan sayur berbentuk gulai yang menggunakan peria sebagai bahan utama. Masakan ini mempunyai rasa pahit yang ringan diimbangi dengan kuah santan yang kaya.

2. Sayur Lodeh

Sayur lodeh adalah hidangan berkuah santan yang mengandungi pelbagai jenis sayuran. Ia menjadi hidangan popular dalam masakan Melayu yang mempunyai citarasa kaya dan berkrim.

3. Sambal Terung

Sambal terung merupakan hidangan sayur yang dimasak dengan sambal yang pedas dan lazat. Ia menggunakan terung sebagai bahan utama yang dimasak dengan rempah dan perencah tradisional.

4. Kerabu Pucuk Paku

Kerabu pucuk paku adalah hidangan sejuk yang menggunakan pucuk paku sebagai bahan utama. Ia disajikan dengan perencah seperti kelapa parut, cili, dan bahan tambahan lain.

5. Lemak Ikan Patin

Lemak ikan patin merupakan hidangan berkuah santan yang menggunakan ikan patin sebagai bahan utama. Ia mempunyai citarasa yang kaya dan lazat dalam masakan Melayu.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply