Popia Nestum ialah sejenis kuih yang dibuat dengan gabungan kulit popia dan bijirin sarapan Nestum. Ia merupakan variasi moden daripada popia tradisional yang menjadi kegemaran ramai di Malaysia, terutamanya semasa majlis-majlis keraian dan juadah petang.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah kulit popia, Nestum dan susu tepung. Cara penyediaannya mudah di mana kulit popia digulung, dipotong pendek kepada beberapa bahagian dan setelah siap digoreng garing, salutkan kulit popia ke dalam adunan nestum dan susu tepung.
1. Resepi Popia Nestum
Bahan-bahan
- 1 cawan nestum perasa original-kisar
- 1/2 cawan horlicks
- 1/2 cawan gula halus
Cara buat popia nestum
- Kesemua bahan satukan dan ketepikan.
- 1 pek kulit popia. Boleh guna brand everbest sebab mudah nak asingkan.
- Sedikit tepung gandum yangg dibancuh dengan air sebagai gam pada kulit popia.
- Kulit popia gulung gunakan straw. Gulung jangan ketat takut nanti popia tak rangup.
- Kulit popia yangg digulung boleh digunting serong 1.5cm, kemudian di goreng.
- Bila dah agak sejuk, bolehlah digaul dengan serbuk nestum tadi
Sumber: Fareeza Lieza dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Popia Nestum Crunchy
Bahan-bahan
- 1 paket kulit popia
- Minyak masak secukupnya
- 1 cawan Gula halus /gula biasa (dikisar)
- 2 cawan Nestum
- 3 cawan Horlick /susu tepung
Cara buat popia nestum crunchy
- Potong kulit popia kepada 2 bahagian, gulung secara melintang. Gamkan hujung kulit popia menggunakan air atau telur.
- Potong serong kulit popia yang dah siap gulung. Biarkan dibawah kipas kejap selama 10 minit.
- Goreng dalam minyak yang banyak sampai warna dia tukar kekuningan. Jangan sampai wrna coklat takut jadi hangit.
- Angkat dan toskan, biar sampai kulit popia betul-betul sejuk.
- Sementara tu gaul gula, nestum dan horlick dalam satu bekas.
- Dah sejuk kulit popia tu, boleh gaul dengan campuran nestum.
Sumber: Darwisyah Norizan dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Popia Nestum
Bahan-bahan
- Kulit popia 15pcs
- 1 cwn nestum
- 1/2 cwn horlicks
- 1/3 cup gula kastor
- 2tsb tepung gandum
Cara buat popia nestum
- Potong kulit popia 2 bahagian dan gulung guna straw lekatkan dengan gam (guna bancuhan tepung gandum).
- Gunting kulit popia yang dah digulung secara menyerong.
- Goreng kulit popia hingga kekuningan dan garing (anggaran 30saat).
- Kisar nestum, horlicks dan gula kastor, campurkan bahan kisar dengan kulit popia yang dah siap digoreng.
- Popia nestum sedia utk dimakan.
Sumber: Cik Shafyra dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Menu Kuih Yang boleh Dihasilkan Tanpa Perlu Dimasak?
Mudah dan ringkas kan resepi popia nestum ini. Boleh dijadikan sebagai kudapan untuk menonton TV. Selain popia nestum, ada beberapa lagi menu yang boleh dihasilkan tanpa melalui proses memasak yang rumit. Antaranya adalah:
1. No-Bake Oreo Balls
No-Bake Oreo Balls adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada biskut Oreo yang dihancurkan dan dicampur dengan krim keju. Campuran ini dibentuk menjadi bebola kecil dan disalut dengan serbuk coklat putih atau coklat gelap.
2. Cornflakes Madu
Cornflakes Madu ialah snek ringkas yang diperbuat daripada bijirin cornflakes yang digaul dengan madu dan mentega. Campuran ini kemudiannya dibentuk menjadi kepingan-kepingan kecil dan dibiarkan mengeras.
3. Red Velvet Balls
Red Velvet Balls adalah kuih yang diperbuat daripada kek red velvet yang dihancurkan dan dicampur dengan krim keju. Ia kemudian dibentuk menjadi bebola kecil dan disalut dengan serbuk coklat putih.
4. Nutella Balls
Nutella Balls ialah kuih yang diperbuat daripada biskut yang dihancurkan dan dicampur dengan Nutella. Campuran ini dibentuk menjadi bebola kecil dan disalut dengan serbuk koko atau coklat.
5. Marie Cheese Balls
Marie Cheese Balls adalah kuih yang diperbuat daripada biskut Marie yang dihancurkan dan dicampur dengan krim keju. Campuran ini dibentuk menjadi bebola kecil dan disalut dengan keju parut atau serbuk kelapa.