Pengat ubi kayu ialah hidangan pencuci mulut tradisional yang diperbuat daripada ubi kayu yang dipotong dan dimasak dalam santan yang manis. Bahan-bahan yang diperlukan ialah ubi kayu, santan, gula melaka, gula pasir, daun pandan, dan sedikit garam.
Untuk memasaknya, potong ubi kayu kepada saiz sederhana dan rebus sehingga empuk. Kemudian, masak santan bersama gula melaka, gula pasir, daun pandan dan garam. Apabila mendidih, masukkan ubi kayu yang telah direbus dan masak dengan api perlahan sehingga pekat.
1. Resepi Pengat Ubi Kayu Tanpa Santan
Bahan-bahan
- 3 tongkol ubi kayu putih
- 3 senduk besar gula pasir
- 5 helai daun pandan
- 1 sudu teh garam
Cara buat pengat ubi kayu
- Rebus ubi dengan garam. Sukatan air hanya untuk tenggelamkan ubi sahaja.
- Rebus sehingga lembut dan gebu. Toskan.
- Hanguskan gula dengan api perlahan.
- Setelah keperangan, letakkan 2 cawan air dan daun pandan.
- Masak sehingga gula betul-betul cair.
- Kemudian, masukkan ubi dan masak sekejap.
- Kacau sebati dan boleh sesuaikan mengikut rasa.
Sumber: Razzyatt Urutan Tradisional dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Pengat Ubi Kayu
Bahan-bahan
- Ubi kayu
- 1 kotak santan
- 2 kotak air masak (guna kotak santan)
- Garam
- Gula kabung
- Gula putih
- Sagu (cuci dan rendam sebentar)
- Daun pandan
Cara buat pengat ubi kayu
- Buang kulit ubi, cuci dan potong kepada 2 bahagian.
- Rebus dengan air dan daun pandan sehingga empuk. Ubi tak perlu dikacau.
- Masukkan gula kabung dan garam.
- Kacau perlahan dan masukkan santan.
- Bila pengat dah mula mendidih, masukkan sagu. Tambah air jika perlu.
- Masak dengan api perlahan sambil kacau perlahan sehingga sagu jernih dan ubi empuk.
Sumber: Cik Puan Ima Azimah dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Pengat Ubi Kayu Simple
Bahan-bahan
- Ubi kayu
- Santan
- Nisan atau gula melaka
- Sedikit garam
Cara buat pengat ubi kayu
- Buang kulit dan potong ubi.
- Satukan semua di dalam periuk dan masak selama 15 minit.
Sumber: Dahlia Rahman dari Masak Apa Hari Ni
4. Resepi Pengat Ubi Kayu
Bahan-bahan
- Ubi kayu
- Santan
- Nisan / gula melaka
- Daun pandan
- Gula pasir
- 1 cubit garam
Cara buat pengat ubi kayu
- Rebus ubi hingga separuh masak.
- Buang air rebusan pertama.
- Tambahkan air dan santan, nisan dan daun pandan/.
- Masak sehingga pekat atau ubi masak.
- Perasakan dengan garam dan gula.
Sumber: Mi Mie dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Pencuci Mulut Tradisional Yang Popular?
Sesetengah orang agak sensitif jika memakan ubi kayu kerana dipercayai boleh mengakibatkan angin dalam perut. Justeru itu, ini ada 5 lagi cadangan menu pencuci mulut tradisional yang dikenali ramai.
1. Bubur Pulut Hitam
Bubur pulut hitam adalah sejenis bubur yang diperbuat daripada beras pulut hitam yang dimasak bersama santan, gula melaka dan daun pandan sehingga menjadi pekat dan berlemak.
2. Bubur Cha Cha
Bubur yang diperbuat daripada ubi keledek pelbagai warna, ubi kayu, sagu mutiara dan kacang merah yang dimasak dalam santan yang manis dan diperbuat dengan campuran gula melaka.
3. Sago Gula Melaka
Hidangan yang menggunakan sagu mutiara yang dimasak sehingga kenyal, dihidangkan dengan sirap gula melaka dan santan yang pekat.
4. Pulut Serawa
Pulut serawa adalah hidangan yang menggabungkan pulut putih yang dikukus dan dihidangkan dengan kuah manis santan yang diperbuat daripada gula melaka. Ia merupakan hidangan tradisional yang popular di majlis-majlis keramaian.
5. Pengat Pisang
Hidangan pencuci mulut yang diperbuat daripada pisang masak yang dimasak dalam campuran santan, gula melaka, dan daun pandan sehingga kuahnya pekat dan wangi.