Pengat pisang adalah hidangan pencuci mulut tradisional yang diperbuat daripada pisang yang dimasak dalam santan dengan gula melaka. Hidangan ini mempunyai rasa manis dan lemak yang seimbang, menjadikannya pilihan popular dalam hidangan tradisional Melayu.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah pisang raja atau pisang tanduk, santan, gula melaka, gula pasir, daun pandan, dan sedikit garam. Cara memasaknya mudah – pertama, masak santan bersama daun pandan hingga mendidih. Kemudian masukkan gula melaka dan gula pasir, kacau hingga larut. Akhir sekali, masukkan pisang yang dipotong serong dan masak hingga pisang lembut tetapi masih mengekalkan bentuknya.
1. Resepi Pengat Pisang Nangka
Bahan-bahan
- Pisang nangka
- Gula kabung/kerek
- Santan
- Daun pandan
- Garam
- Sagu
Cara buat Pengat Pisang Nangka
- Satukan semua bahan dalam periuk kecuali pisang & sagu, api slow takut pecah minyak nanti kuah jadi tak cantik.
- Apabila santan dah mendidih masukan pisang dan sagu.
- Masak sampai pisang lembut.
Sumber: Pae AF dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
2. Resepi Pengat Pisang dan Sagu
Bahan-bahan
- 5 biji pisang berangan dibelah dua
- 1 kotak santan KARA
- 1 biji ketul gula melaka
- 1/2 senduk gula putih
- 1 simpul daun pandan
- 5 sudu besar sagu yang telah direndam
Cara buat Pengat Pisang
- Campur kesemua bahan kedalam periuk.
- Panaskan periuk dan kacau sekali sekali sampai mendidih.
- Bila pisang sudah lembut, tutup api.
- Siap! Bolehlah dihidangkan.
Sumber: Nur Hamizah Bakhtiar dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
3. Resepi Pengat Pisang Manis Berlemak
Bahan-bahan
- Pisang nangka yang lembut
- Biji sagu
- Gula Melaka
- Gula pasir
- Santan segar
- Susu tin cair
- Daun pandan
Cara buat Pengat Pisang Manis Berlemak
- Didihkan air, masukkan gula melaka hingga cair. Masukkan juga gula pasir ikut selera memasing nak manis.
- Kepalkan biji sagu. Basuh dahulu. Kepalkan bulat-bulat. Nak tabur pun boleh.
- Dah masak jernih biji sagu, masukkan pisang yang dah dipotong-potong dan santan segar. Letak juga susu tin cair sedikit untuk bagi berlemak.
- Jangan lupa masukkan daun pandan sikit untuk bau yang harum.
- Sederhana kan api dapur supaya santan tak pecah. Kacau-kacau kuah sampai mendidih. Dah siap.
Sumber: Mamaa Sal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Pengat Pisang Nipah dan Tepung Gandum
Bahan-bahan
- Gula melaka
- 3 cawan air
- Santan
- 3 biji pisang nipah
- Garam
- Tepung gandum
Cara buat Pengat Pisang Nipat dan Tepung Gandum
- Cairkan seketul gula melaka + 3 cawan air.
- Masukkan santan setengah kotak.
- Masukkan 3 biji pisang nipah yg dah dipotong bulat dan secubit garam.
- Untuk tepung bancuh tepung gandum + garam + air. Bancuh macam nak buat cekodok.
- Selepas itu sudukan dalam kuah yang sedang mendidih (api kecil). Biar dalam 2 minit, baru kacau perlahan, dah masak tutup api.
Sumber: Mai Siti dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Pemanis Mulut Yang Popular Untuk Minum Petang?
Jika anda suka mencari yang manis-manis dikala petang hari, pasti berbaloi jika anda mencuba menu-menu yang akan dicadangkan ini. Antara pemanis mulut yang popular untuk minum petang adalah:
1. Bubur Pulut Hitam
Bubur pulut hitam adalah sejenis bubur yang dibuat daripada beras pulut hitam yang dimasak dengan santan dan gula melaka. Hidangan ini popular di seluruh Malaysia dan mempunyai rasa yang unik dan menyelerakan.
2. Bubur Cha Cha
Bubur cha cha merupakan hidangan pencuci mulut yang terdiri daripada ubi keledek, keladi, dan sagu yang dimasak dalam santan manis. Ia adalah hidangan yang sangat digemari ramai dan sering dihidangkan di restoran-restoran tempatan.
3. Sago Gula Melaka
Sago gula melaka adalah pencuci mulut yang diperbuat daripada mutiara sago yang dimasak hingga lutsinar, dihidangkan dengan sirap gula melaka dan santan. Hidangan ini merupakan perpaduan sempurna antara tekstur kenyal sago dengan manisnya gula melaka.
4. Sweet Corn Pudding
Sweet corn pudding adalah sejenis puding yang diperbuat daripada jagung manis, santan, dan tepung jagung. Hidangan ini popular di Malaysia walaupun namanya dalam bahasa Inggeris.
5. Bubur Kacang Hijau
Bubur kacang hijau adalah hidangan yang dibuat daripada kacang hijau yang dimasak dengan pandan dan gula, kemudian dihidangkan dengan santan. Ia merupakan hidangan pencuci mulut yang berkhasiat dan popular dalam masakan Melayu.