Pengat labu adalah hidangan pencuci mulut tradisional Melayu yang diperbuat daripada labu yang dimasak dalam santan dan gula melaka. Bahan-bahan yang diperlukan ialah labu, santan, gula melaka, gula pasir, daun pandan, dan sedikit garam.
Untuk memasaknya, potong labu menjadi kiub sederhana, kemudian masak santan bersama daun pandan sehingga mendidih. Masukkan gula melaka, gula pasir dan garam, kacau sehingga gula cair. Akhir sekali, masukkan labu dan masak dengan api sederhana sehingga labu empuk dan kuah pekat.
1. Resepi Pengat Labu Campur Biji Sagu
Bahan-bahan
- Labu
- Sagu( basuh, toskan)
- 1 kotak santan (jenama Kara)
- Air secukupnya
- Sedikit garam
- Gula putih
- Gula Melaka
- Daun pandan
Cara buat Pengat Labu Campur Biji Sagu
- Potong labu bentuk kiub. Saiz agak tak terlalu kecil atau besar.
- Cincang gula melaka, simpulkan daun pandan.
- Masukkan daun pandan, air, garam, gula dan juga gula melaka yang dicincang tadi. Panaskan periuk.
- Setelah gula melaka larut. Masukkan labu dan santan.
- Setelah, labu separuh masak, baru masukkan sagu.
- Masak sehingga labu masak dan biji sagu menjadi jernih.
- Siap boleh di hidang kan sejuk atau panas.
Sumber: Ida Akmal Idameor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Pengat Labu Bertangkai
Bahan-bahan
- Labu yang sudah di rebus* (boleh di lenyek@blender)
- Tepung pulut*
- Air*
- Tepung pulut sedikit
- Pewarna hijau
- Air
Cara buat Pengat Labu
- Campurkan semua sekali bahan bertanda* gaul sampai jadik doh.
- Bulatkan kecil, dibentuk menggunakan lidi sate.
- Untuk tangkai sama juga. Campurkan bahan bertanda* gaul sampai jadi doh dan bentukkan memanjang seperti tangkai labu.
- Lekatkan dekat labu tadi, dah siap buah labu tadi bolehlah direbus dalam air panas.
- Bila dah timbul angkat buah labu masukkan dalam air sejuk biar jangan melekat.
- Akhir sekali, masakkan air, santan, gula melaka & daun pandan. Masukkan buah labu tadi..
- Dah masak tutup api. Siap.
Sumber: Norfadilah Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Pengat Labu Telur
Bahan-bahan
- Sebiji labu kuning (dipotong kecil)
- 4 keping nisan kerek @ nisan Terengganu
- Secubit garam
- Santan kotak 500 ml
- Segenggam sagu halus
Cara buat Pengat Labu Telur
- Rebus sagu halus sehingga kembang kemudian tapis dan siram air paip supaya hilang kanjinya. Ketepikan.
- Potong nisan kerek dan masak bersama santan dan secubit garam. Tambah air sebanyak 500 ml (ukur guna kotak santan tadi).
- Bila nisan kerek dah hancur masukkan labu. Pecahkan telur ke dalam mangkuk kecik. Pukul dengan garfu seketika.
- Tuang perlahan kedalam kuah pengat yang mendidih. Pastikan sebelah tangan lagi kacau kuah pengat supaya telur tak berketul.
- Bila labu dah empuk, masukkan sagu biji yang ditapis tadi. Siap.
Sumber: Zainab Abu Bakar dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
4. Resepi Pengat Labu Campur Butir Nangka
Bahan-bahan
- Buah labu (direbus)
- Tepung gandum
- Tepung pulut
- Air
- Secubit garam
- Gula pasir
- Gula merah
- Santan
- Susu cair
- Daun pandan
Cara buat Pengat Labu Campur Butir Nangka
- Tepung gandum + tepung pulut +air + secubit garam. Gaul sebati bagi dua bahagian. Letak pewarna ikut suka.
- Nak bentukkan ikut suka. Panaskan air dalam periuk atau kuali.
- Agak mendidih masukan butir nangka tu. Kalau dah terapung tu namanya dah masak, angkat dan toskan.
- Air rebus labu tadi, masukan gula pasir + gula merah.
- Masukan butir nangka tadi, agak nak didih masukan santan+ susu cair sikit. Letak garam secubit.
- Letak daun pandan. Dah didih tu matikan api. Boleh dihidangkan.
Sumber: Faizlinda Yacob dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Apa Lagi Menu Pencuci Mulut Berkuah Yang Menarik?
Sesetengah orang tidak berapa gemar makanan yang kering. Jadi menu cadangan kali ini akan senaraikan beberapa pencuci mulut yang dihidangkan beserta kuah. Antaranya adalah:
1. Pengat Pisang
Pengat pisang adalah hidangan tradisional yang menggunakan pisang raja atau pisang tanduk sebagai bahan utama, dimasak dalam santan dan gula melaka sehingga mendapat rasa manis yang sedap.
2. Bubur Cha Cha
Bubur cha cha merupakan hidangan pencuci mulut yang mengandungi ubi keledek, keladi, dan sagu mutiara yang dimasak dalam santan dengan pemanis gula melaka.
3. Pulut Hitam
Pulut hitam adalah sejenis bubur yang dibuat daripada beras pulut hitam yang dimasak dengan daun pandan dan santan, kemudian dihiasi dengan santan pekat.
4. Sago Gula Melaka
Sago gula melaka adalah hidangan pencuci mulut yang dibuat daripada mutiara sago yang dimasak sehingga lutsinar, dihidang dengan sirap gula melaka dan santan.
5. Bubur Gandum
Bubur gandum adalah hidangan yang dibuat daripada gandum yang dimasak dengan santan, gula melaka dan daun pandan sehingga mendapat tekstur yang sempurna. Copy