Panna cotta ialah pencuci mulut dari Itali yang dibuat menggunakan krim masak, gula, gelatin dan perasa vanilla. Hidangan ini popular di seluruh dunia kerana rasanya yang lemak manis dan cara penyediaannya yang mudah.
Untuk menyediakan panna cotta, panaskan krim masak bersama gula dan vanilla sehingga mendidih. Kemudian campurkan gelatin yang telah direndam dan kacau sehingga sebati. Tuang campuran ke dalam acuan dan sejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
1. Resepi Panna Cotta Sirap Rose
Bahan-bahan
- 2 gelas air
- 1 cawan teh krimer sejat
- Setengah cawan teh Whipping cream (optional)
- 2 sudu besar kordial sirap rose saji
- 1 peket kecil serbuk agar-agar
- 6 sudu besar gula
- 5 sudu besar penuh susu tepung dibancuh dengan satu gelas air
Cara buat panna cotta sirap rose
- Masukkan semua bahan di dalam periuk satu persatu. Api sedang sambil kacau sebati.
- Masak dengan api perlahan hingga terbit buih kecil (mendidih kecil) selama lebih kurang 10 minit.
- Asingkan satu gelas adunan untuk perisa rose lapisan atas. Tuang adunan putih dalam bekas kacil lalu bekukan.
- Baki adunan putih tadi bancuh bersama kordial rose SAJI dan tuang di lapisan atas bekukan. Siap.
TIPS:
Untuk dapat hasil yang betul-betul lembut mencair di mulut ceduk 1 senduk kecil dan segera bekukan dibawah kipas, jika hasil lembut dan halus dimulut bila makan itu bermakna hasil dah sempurna. Tapi jika keras seperti agar2 sila tambah setengah cawan teh air dalam periuk tadi. kacau sebati. Sedia dibekukan.
Sumber: Aisyah Humaira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Mango Panna Cotta
Bahan-bahan
- 4 cawan susu dutch lady
- 1 kotak whipping cream 200ml
- 6 sudu kecil gelatin
- 5 sudu gula
- 1sudu esen vanilla
Topping sos mango
- 1 biji mangga
- Sedikit perahan limau nipis
- Sedikit air
- Gula secukupnya
- *Kisar kesemua bahan topping sehingga sebati.
Cara buat mango panna cotta
- Panaskan susu bersama whipping cream+esen vanilla+gula sehingga larut .
- Tutupkan api.
- Masukkan gelatin (gelatin cairkan bersama sedikit air panas).
- Masukan ke dalam bekas pilihan.
- Sejukkan dalam peti ais.
- Dah beku, boleh letak topping + ptongan mangga.
Sumber: Norshuhada Samsuddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Strawberry Cheese Panna Cotta
Bahan-bahan
- Cream cheese 125g
- Gula 50g
- UHT Whipping cream 250g
- Gelatin 4g
- Air 25ml
Cara buat strawberry cheese panna cotta
- Cairkan gelatin bersama air dalam microwave menggunakan cara “double boil”.
- Pukul cream cheese bersama gula sehingga kelihatan berkrim.
- Kemudian masukkan whipping cream dan gelatin yang telah dicairkan. Gaul sehingga sebati. Masukkan buah-buahan pilihan anda.
- Masukkan ke dalam bekas pencuci mulut kecil dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 3-4 jam @semalaman.
Sumber: Norazizah Abdul hamid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Panna Cotta Coklat
Bahan-bahan
- 1 sudu besar gelatin
- 1 sudu besar serbuk koko
- 2 cawan susu segar
- 1/2 cawan whipping cream
- 3 sudu besar gula kastor
- 1 sudu teh esen vanilla
Cara buat panna cotta coklat
- Larutkan gelatin ke dalam 4 sudu air panas.
- Campurkan serbuk koko, susu segar, whipping cream, gula dan esen vanilla ke dalam periuk. Kacau hingga mengelegak kecil dan tutup apinya.
- Masukkan gelatin dan kacau rata.
- Tuang ke dalam bekas remekin dan sejukkan di dalam peti ais selama 4 jam.
- Hiaskan bersama blueberry, anggur dan mangga semasa dihidangkan.
Sumber: Sheliza Abdul Aziz dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Menu Pencuci Mulut Lain Selain Panna Cotta.
Terdapat banyak jenis pencuci mulut sama ada dari dalam dan luar negara. Ini 5 lagi pencuci mulut yang berasal dari luar negara tapi agak popular di Malaysia:
1. Crème Brûlée
Pencuci mulut Perancis yang klasik ini menggunakan krim masak, telur, gula dan vanilla. Permukaannya dihiasi dengan lapisan gula karamel yang rangup.
2. Chocolate Mousse
Hidangan pencuci mulut yang ringan dan berbuih ini diperbuat daripada coklat, telur, krim masak dan gula. Teksturnya yang lembut menjadikannya pilihan popular di restoran mewah.
3. Tiramisu
Pencuci mulut Itali yang terdiri daripada lapisan biskut yang dicelup dalam kopi, dilapisi dengan campuran krim mascarpone dan ditabur dengan serbuk koko.
4. Crème Caramel
Pencuci mulut klasik yang dibuat daripada campuran telur, susu, krim masak dan gula, dihiasi dengan sos karamel di bahagian atas.
5. Cheesecake
Kek keju yang dibuat dengan campuran krim keju, telur, gula dan biskut yang dihancurkan sebagai lapisan dasar. Boleh dihidangkan dengan pelbagai perisa dan hiasan.