Overnight oats ialah sejenis hidangan sarapan yang dibuat dengan mencampurkan oat dengan susu atau yogurt, dibiarkan semalaman di dalam peti sejuk. Hidangan ini sangat mudah disediakan dan berkhasiat tinggi.

Bahan-bahan asas termasuk oat, susu atau yogurt, madu, dan buah-buahan pilihan. Cara membuatnya sangat mudah – campurkan semua bahan ke dalam bekas kedap udara, kacau rata, dan simpan dalam peti sejuk selama 6-8 jam atau semalaman.

1. Resepi Overnight Oat Rangup

Bahan-bahan

  • Oat
  • Yogurt (sebaiknya guna Greek Yogurt)
  • Susu segar
  • Anggur & nenas (boleh guna buah lain juga)
  • Madu/syrup
  • Gajus (kekacang lain juga boleh)
  • Chia seed

Cara buat Overnight Oat Rangup

  1. Letakkan oat 1/3 ke dalam bekas.
  2. Tuangkan susu sehingga oat tenggelam.
  3. Letakkan yogurt, buah, madu dan kekacang.
  4. Simpan di dalam chiller semalaman. Boleh dimakan keesokan harinya.

Sumber: Fieza Amir dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Overnight Oat Masam Manis

Bahan-bahan

  • Instant oat
  • Yogurt
  • Susu segar
  • 1 sb chia seed
  • Epal / strawberry / blueberry / anggur

Cara buat Overnight Oat Masam Manis

  1. Masukkan oat, diikuti dengan yogurt.
  2. Tuangkan susu dan kacau rata.
  3. Letakkan buah yang sudah dipotong.
  4. Letakkan di dalam peti sejuk selama satu malam. Sedia untuk dimakan.

Sumber: Siti Syakirah dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Cara Buat Overnight Oat Simple

Bahan-bahan

  • 1 cawan rolled oat
  • 1 cawan susu penuh krim
  • 1 cawan yogurt
  • Kismis hitam & buahan segar
  • 1/2 sudu chia seed

Cara buat Overnight Oat Simple

  1. Ambil botol kaca atau bekas yang sesuai.
  2. Masukkan rolled oat kemudian tuangkan susu.
  3. Masukkan chia seed dan yogurt.
  4. Taburkan kismis dan sejukkan semalaman.
  5. Bila nak makan baru potong buah dan campurkan ke dalam oat.

Tips:

  1. Bila nak makan baru kacaukan bahan-bahan.
  2. Gunakan rolled oat untuk oat yang tidak lembik walaupun berhari-hari di dalam peti.

Sumber: Azura Aziz dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Menu Sihat Selain Overnight Oat?

Selain overnight oat, banyak menu sihat lain yang ringkas dan mudah untuk dicuba. 5 antaranya adalah:

1. Chia Seed Pudding

Pudding chia dibuat dengan mencampurkan biji chia bersama susu atau susu soya dan perisa pilihan. Hidangan ini kaya dengan omega-3, protein dan serat. Boleh ditambah dengan buah-buahan segar dan madu untuk rasa yang lebih enak.

2. Granola Bowl

Hidangan sarapan yang terdiri daripada campuran granola buatan sendiri dengan yogurt dan buah-buahan. Granola biasanya dibuat daripada oat panggang, kacang-kacangan, dan madu.

3. Smoothie Bowl

Hidangan yang dibuat daripada buah-buahan yang dikisar halus sehingga menjadi pekat, kemudian dihias dengan pelbagai topping seperti buah-buahan segar, biji-bijian, dan oat.

4. Greek Yogurt Parfait

Hidangan berlapis yang mengandungi yogurt Greek, granola, dan buah-buahan segar. Boleh ditambah dengan madu atau sirap maple untuk kemanisan tambahan.

5. Quinoa Breakfast Bowl

Hidangan sarapan yang dibuat menggunakan quinoa yang dimasak, dicampur dengan susu, buah-buahan, dan kacang-kacangan. Quinoa merupakan sumber protein yang baik dan bebas gluten.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply