Otak-otak adalah sejenis makanan tradisional yang diperbuat daripada ikan yang telah dikisar halus dan dicampur dengan santan, tepung sagu, telur, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, daun kunyit, daun limau purut, cili, belacan dan rempah ratus. Makanan ini popular di Malaysia terutamanya di negeri Johor dan Melaka.

Cara membuatnya adalah dengan mengadun semua bahan sehingga sebati. Kemudian, adunan dibungkus dengan daun pisang atau daun kelapa dan dibakar sehingga masak. Boleh juga dikukus jika lebih suka tekstur yang lebih lembut.

1. Resepi Otak-Otak Ayam

Bahan-bahan

  • Ayam setengah kilo blend lumat.
  • 4 ulas Bawang merah
  • 1 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah sedikit cili padi
  • Halia sedikit (agak2 besar ibu jari)
  • kunyit hidup sedikit (agak besar ibu jari)
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar serbuk perasa
  • Sehelai daun limau purut
  • Sehelai daun kunyit
  • Santan setengah cawan
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar gula
  • Asam jawa

Cara buat Otak-Otak Ayam

  1. Blend kesemua bahan di atas.
  2. Boleh bungkus dengan daun pisang.
  3. Boleh bakar atau kukus.

Sumber: Nurul Akmar Ab Hamid Anne dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Otak-Otak

Bahan-bahan

  • Setengah kilo ikan tengiri/kembung/sardin
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu ketumbar
  • 3 batang serai
  • 3 biji buah keras
  • 3 sudu cili kering/serbuk cili
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • Sedikit lada hitam

Cara buat Otak-Otak

  1. Kisar semua bahan kecuali tepung jagung.
  2. Mula-mula ambil isi ikan kisar/tumbuk isi ikan tadi ikan mentah ye tak perlu rebus. Asingkan.
  3. Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang dikisar sampai naik bau.
  4. Masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan santan. Kacau sampai pekat. Sejukkan.
  5. Kemudian masukkan isi ikan dan gaul rata. tambah garam, serbuk perasa dan gula.
  6. Boleh balut dalam daun kelapa atau daun pisang kemudian bakar sampai masak.
  7. Siap.

Sumber: Murni Rahmat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Otak-Otak Asli Terengganu

Bahan-bahan

  • Ikan tenggiri
  • Kelapa muda 1 biji
  • Rempah gulai 2 peket kecil cap bunga ros
  • Rempah masak 1peket kecil cap bunga ros
  • Bawang merah 7-9 biji
  • Kelapa gula dari sebiji kelapa
  • Sedikit asam jawa
  • Halia lebih kurng 1 inci
  • Lengkuas lebih kurang 1 inci
  • Gula

Cara buat Otak-Otak Asli Terengganu

  1. Bawang merah.  halia lengkuas ditumbuk lumat begitu juga kelapa muda.
  2. Kemudian satu semua bahan kat atas, tambahkn sedikit garam dan rasakan.
  3. Kemudian letak dalam daun kelapa (pastikn daun kelapa dibasuh dahulu dan dilap) dan bakar.

Sumber: Wafar Karim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Otak-Otak Ikan

Bahan-bahan

  • Sediakan ikan kembong @ tenggiri ambil isi ikan & potong memanjang
  • Daun kelapa potong 1 1/2 jengkal

Bahan untuk inti otak-otak

  • 1 biji Bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 4 sudu besar lada kisar
    (Kisar*)
  • 1 biji kelapa parut
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu serbuk perasa
  • 2 sudu rempah masak
    (Satukan semua bahan ke dalam kuali)

Cara buat Otak-Otak Ikan

  1. Gaul rata dengan api sederhana besar. masak sampai nampak agak kering ( tak nampak air akibat blend bahan kisar tadi), siap.
  2. Sediakan daun kelapa untuk membungkus.
  3. Mula-mula  letak dulu isi ikan dalam daun kelapa.
  4. Letak inti menutupi keseluruhan isi ikan tadi.
  5. Ambil satu lagi daun kelapa untuk menutup otak otak dan tutup bertindih kedua-dua daun.
  6. Stapler/ketip hujung kiri dan kanan daun.
  7. Teruskan proses mengisi ikan dan inti sehingga selesai.
  8. Panaskan kuali leper dan bakarlah otak-otak  dengan api kecil supaya otak-otak  tak hangus dan isinya masak sekata.

Sumber: Nani Roki dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Lima Menu Lain Selain Otak-Otak.

Otak-otak memang enak dijadikan santapan petang atau ketika ada majlis makan-makan bersama keluarga. Tapi selain otak-otak, ada banyak lagi menu berasaskan ikan yang diproses. 5 antaranya adalah:

1. Keropok Lekor

Keropok lekor adalah makanan tradisional yang berasal dari Terengganu. Ia diperbuat daripada ikan segar yang dikisar bersama dengan tepung sagu, garam, dan perasa. Kemudian dibentuk seperti sosej dan digoreng sehingga garing.

2. Satar

Satar adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada ikan tenggiri yang telah dikisar dan dicampur dengan kelapa parut, bawang merah, bawang putih dan rempah ratus. Dibungkus dengan daun nipah berbentuk tiga segi dan dibakar.

3. Fish Ball

Fish ball atau bebola ikan adalah makanan yang diperbuat daripada ikan yang dikisar halus dan dicampur dengan tepung, garam dan perasa. Kemudian dibentuk menjadi bebola dan direbus atau digoreng.

4. Keropok Keping

Keropok keping adalah sejenis makanan ringan yang diperbuat daripada ikan segar yang dikisar bersama tepung dan perasa. Ia dihiris nipis, dijemur hingga kering dan digoreng sehingga mengembang.

5. Nugget Ikan

Nugget ikan adalah makanan yang diperbuat daripada ikan yang telah dikisar halus dan dicampur dengan tepung roti, telur, bawang putih dan rempah ratus. Kemudian dibentuk, disalut dengan tepung roti dan digoreng sehingga keemasan.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply