Okonomiyaki adalah sejenis hidangan Jepun yang menyerupai pancake goreng. Bahan-bahan utama termasuk tepung gandum, telur, kobis yang dihiris halus, daun bawang, halia, udang, sotong dan sayur-sayuran pilihan. Ia lazimnya dihiasi dengan sos okonomiyaki khas, mayones Jepun, serbuk rumpai laut dan serpihan bonito.
Cara membuatnya adalah dengan mencampurkan semua bahan ke dalam mangkuk besar, kemudian menuangkan adunan ke atas griddle atau kuali leper yang telah dipanaskan. Masak setiap bahagian selama 5 minit sehingga keemasan, kemudian hiaskan dengan sos dan perasa pilihan.
1. Resepi Okonomiyaki
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 cawan air
- ½ sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil serbuk ikan bilis (boleh ganti dengan ½ kiub pati ayam)
- ½ batang lobak merah-sagat halus**
- 2 cawan kubis-sagat halus**
- Hirisan sotong/sosej/udang/crabstick/daging atau ayam (ikut suka)
- Sedikit garam dan gula.
Bahan topping
- Sos okomiyaki/takoyaki (kalau tak jumpa di pasaraya boleh ikut resepi di bawah)**
- Mayonis
- Serbuk seaweed/nori (jika ada) – saya tak letak pun
- Dried bonito flakes (ikan yang disalai dan dikeringkan) – boleh beli kat Jusco bahagian makanan jepun.
Cara buat Okonomiyaki
- Campurkan semua bahan dalam satu belas dan gaulkan hingga sebati.
- Panaskan kuali leper dan masukkan adunan.
- Angkat dan letak topping
Sumber: Shima Iklas dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Okonomiyaki Homemade
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- 1 1/2 sudu tepung jagung
- 2 cawan air sejuk
- 1 sudu serbuk perisa ayam/ 1 kiub ayam2 sudu kicap cair
- 1/4 kobis
- Daun bawang (mayang halus)
- Ayam/udang/sosej di potong kecil
- Blackpepper sos
- Mayonis
- Bonito flakes
Cara buat Okonomiyaki Homemade
- Campurkan semua bahan ke dalam batter yang diblend tadi. Gaulkan sebati.
- Then masakkan atas nonstick pan/kuali ajaib. balikkan selepas 4 ke 5 minit.
- Bila dah masak angkat ke dalam pinggan dan boleh dizzlekan dgn sos blackpepper dan mayonis.
- Lastly taburkan bonito flakes.
Sumber: Shara Yacob dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Okonomiyaki Ala Aeon
Bahan-bahan
Bahan-bahan pancake
- 2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan air
- 1 biji telur
- Sayur kobis dipotong kecil / dicincang
- Daun kucai / daun bawang
- Sotong dipotong kecil
- Udang dipotong kecil
- Garam secukup rasa (lebih kurang 1 sdt)
- Gula sikit (lebih kurang 1/2 sdt)
Bahan-bahan topping
- Sos takoyaki halal
- Bonito flakes
- Aonori
- Mayonis (orang Jepun guna Kewpie kalau tak salah)
Cara buat Okonomiyaki Ala Aeon
- Campurkan semua bahan pancake. Masak macam buat lempeng tu tapi bukan nipis sangat. Saiz terpulang. Saya letak minyak nipis je, bagi basah pan.
- Masak tak perlu lama sangat sebab taknak sotong liat.
- Setelah masak, sapukan sos takoyaki halal, dan tabur bonito flakes dengan aonori ikut citarasa. Ramai yang suka bonito flakes tu banyak. Kemudian drizzle mayonis. Siap!
Sumber: Husna Nasarudin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Sos Okonomiyaki
Bahan-bahan
- 1 cawan sos tomato
- 3/4 cawan kicap cair
- 1/4 cawan air asam jawa
- 2 cm halia – tumbuk halus
- 1 ulas bawang putih – tumbuk halus
- 1/2 cawan gula
Cara buat Sos Okonomiyaki
- Campur semua bahan dalam periuk.
- Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
- Kecilkan api dan reneh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki.
- Sejukkan sos.
- Tapiskan ke dalam botol sos untuk mudah drizzle (guna tapis paling halus/tapis teh sebab nanti lubang botol tersumbat pulak dengan bawang putih/halia).
notakaki:
Kalau buat guna kicap Jepun/ Kikkoman warna dia gelap sikit compare dengan kicap cair biasa. So kalau guna kicap biasa boleh letak sikit kicap pekat untuk bagi warna gelap sikit.
Kalau nak guna kicap Kikkoman/jepun, cari yang tulisan RUMI sahaja.
Sumber:Ibu Resepi
Apa Lagi Sajian Ringan Yang Berasal Dari Jepun?
Jika Okonomiyaki sudah cukup sedap bagi anda, ada 5 lagi sajian yang seumpamanya tapi sedikit berbeza mengikut pada bahan yang digunakan dan cara ia dimasak. 5 sajian tersebut adalah:
1. Yakisoba
Yakisoba adalah mi goreng ala Jepun yang dimasak dengan sayur-sayuran seperti kubis, lobak merah dan bawang. Ia disiram dengan sos yakisoba khas dan boleh ditambah dengan protein pilihan seperti ayam atau udang.
2. Takoyaki
Takoyaki adalah bebola-bebola yang diperbuat daripada adunan tepung gandum dan diisi dengan sotong atau hidupan laut. Ia dimasak dalam acuan khas berbentuk separuh sfera dan dihiasi dengan sos takoyaki, mayones dan serpihan rumpai laut.
3. Monjayaki
Monjayaki adalah variasi okonomiyaki yang berasal dari Tokyo. Ia mempunyai tekstur yang lebih cair dan menggunakan bahan-bahan yang sama, tetapi cara memasaknya berbeza di mana adunan diratakan lebih nipis di atas griddle.
4. Hiroshimayaki
Hiroshimayaki adalah versi okonomiyaki dari Hiroshima yang disusun berlapis. Ia mengandungi mi, telur goreng, dan lapisan okonomiyaki biasa yang disusun dengan teliti dan dimasak secara berasingan sebelum digabungkan.
5. Teppanyaki
Teppanyaki adalah kaedah memasak di atas plat besi panas di mana pelbagai bahan seperti sayur-sayuran, seafood dan ayam dimasak secara langsung di hadapan pelanggan dan dihidangkan dengan pelbagai sos istimewa.