Nasi minyak merupakan hidangan tradisional yang popular dalam masakan Melayu. Ia adalah sejenis nasi yang dimasak dengan rempah-rempah dan minyak, menghasilkan warna kuning keemasan dan aroma yang sangat menggugah selera.

Bahan utama nasi minyak termasuk beras basmathi, minyak, bawang merah, bawang putih, halia, rempah nasi minyak (seperti jintan putih, jintan hitam, bunga cengkih), dan garam. Untuk memasaknya, rempah-rempah digoreng hingga wangi, kemudian dicampur dengan beras dan air, kemudian dimasak hingga nasi menjadi lembut dan sedap.

1. Resepi Nasi Minyak Cantik

Bahan-bahan nasi minyak

  • 6 pot beras Basmathi
  • 5 ulas bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kayu manis
  • 10 biji buah pelaga
  • 1 senduk oren Sunquick
  • 1/2 tin susu cair
  • 4 sb minyak sapi
  • 1 st garam
  • 2 helai daun pandan
  • Pewarna kuning

Cara buat nasi minyak

  1. Basuh beras dan rendam selama 30 minit.
  2. Hiris nipis bawang kecil dan bawang putih. Campurkan bersama buah pelaga, bunga lawang dan kayu manis.
  3. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumis bahan tadi. Bila dah kekuningan masukkan beras yang sudah ditos, kemudian masukkan air 7 pot.
  4. Masukkan oren sunquick, susu cair, garam dan daun pandan. Biarkan sehingga masak.
  5. Sesudah nasi masak, titiskan pewarna kuning dan tunggu sehingga 20 minit baru kacau nasi.

Sumber: Marina Seman dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Nasi Minyak Mudah

Bahan-bahan nasi minyak

  • 4 cawan beras Basmathi
  • 5 cawan air
  • 3 sb minyak sapi
  • 1 biji bawang holland
  • Sedikit halia dan bawang putih
  • Daun pandan/ serai
  • 1 tin susu sejat krimer
  • Kismis / kacang / daun ketumbar
  • Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
  • Garam / kiub pati ayam
  • Pewarna kuning

Cara buat nasi minyak

  1. Cairkan minyak sapi, tumis bawang holland dan rempah sekawan. Masukkan daun pandan, serai dan susu.
  2. Masukkan beras yang sudah dibasuh dan tambah air secukupnya. Letakkan garam atau kiub pati ayam.
  3. Bila sudah mendidih, masukkan dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
  4. Bila nasi sudah masak, titiskan pewarna, taburkan daun ketumbar dan kismis. Tutup semula periuk dan tunggu nasi masak.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Nasi Minyak Sedap

Bahan-bahan nasi minyak

  • 1 mangkuk beras
  • 1 mangkuk air
  • 2 biji bawang jepun (dihiris kasar)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris kasar)
  • 1 sdb bawang siap kisar (gabungan bawang besar, bawang putih, halia)
  • 3 biji buah pelaga
  • 1/2 batang kayu manis
  • 3 biji bunga cengkih
  • 2 helai daun pandan
  • 2 biji tomato (dihiris)
  • 1 senduk minyak sapi
  • 1/2 sb rempah beriyani
  • Tairu – 2sb tepung dibancuh dengan 1/2 cawan air. Perah 1 hiris lemon dan biarkan

Cara buat nasi minyak

  1. Buat tairu dulu dan biarkan. Panaskan minyak sapi, tumis semua bahan kecuali nasi dan air hingga kekuningan.
  2. Masukkan air dan tairu, biarkan mendidih. Masukkan beras. Siap!

Sumber: Maria Bentalib dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Alternatif Yang Ada Selain Nasi Minyak?

Selain Nasi Minyak, terdapat juga menu nasi lain yang menarik menjadi santapan waktu makan tengahari. 5 diantara nasi tersebut adalah:

1. Nasi Beriani

Nasi beriani adalah hidangan beras yang dimasak dengan rempah-rempah kaya dan daging. Ia biasanya menggunakan beras basmathi yang dimasak dengan campuran rempah seperti kunyit, jintan, dan bunga cengkih, serta dihidangkan bersama daging seperti ayam atau kambing.

2. Nasi Arab

Nasi Arab mempunyai rasa dan teknik memasak yang serupa dengan nasi minyak. Ia biasanya menggunakan beras basmathi yang dimasak dengan rempah-rempah seperti bunga cengkih, kayu manis, dan biji pelaga, yang memberikan citarasa yang khas dan mendalam.

3. Nasi Hujan Panas

Nasi hujan panas adalah variasi nasi yang menarik dengan campuran pelbagai bahan seperti sayur-sayuran dan protein. Ia dimasak dengan teknik yang hampir sama dengan nasi minyak, menggunakan rempah-rempah untuk memberikan rasa yang kaya.

4. Nasi Pandan

Nasi pandan mempunyai aroma daun pandan yang unik. Ia dimasak dengan menambahkan daun pandan ke dalam beras semasa proses memasak, memberikan warna hijau dan bau yang tersendiri.

5. Nasi Tomato

Nasi tomato mempunyai warna merah yang menarik disebabkan oleh sos tomato yang digunakan semasa proses memasak. Ia menggunakan teknik yang sama dengan nasi minyak dalam penggunaan rempah-rempah dan cara memasak.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply