Nasi lemak adalah hidangan tradisional Malaysia yang terkenal, terdiri daripada nasi yang dimasak dengan santan dan daun pandan, memberikan rasa yang kaya dan wangi. Hidangan ini biasanya disertai dengan sambal, ikan bilis yang digoreng, telur rebus, kacang tanah, dan timun.
1. Resepi Nasi Lemak Sambal Johor
Bahan-bahan nasi lemak
- 4 cawan beras
- Santan pekat RM2
- Air sukat macam masak nasi biasa
- Halba
- Garam
- 2 helai simpul daun pandan
- Bawang & halia hiris (optional)
Cara buat nasi lemak
- Basuh beras terlebih dahulu.
- Masukkan semua bahan di atas dan masak seperti biasa.
Bahan-bahan sambal
- Lada kering
- Bawang merah
- Bawang putih
- Belacan
- Kunyit serbuk
- Air asam jawa
- Garam
- Gula pasir
- Ikan bilis goreng
- Bawang besar
Cara buat sambal
- Kisar lada kering, bawang merah dan bawang putih sehingga halus. Hiris bawang besar.
- Bakar belacan terlebih dahulu.
- Tumis bahan kisar dan belacan sehingga garing. Masukkan kunyit dan garam. Kacau sentiasa.
- Masukkan air asam jawa dan gula. Biar sekejap.
- Masukkan bawang besar dan boleh tutup api.
Sumber: Enn Abdullah dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Nasi Lemak Pandan Ayam Merah
Sukatan ini untuk 20 orang makan. Sila adjust mengikut bilangan yang diingini.
Bahan-bahan nasi lemak
- 8 pot beras Basmathi
- 9 1/2 pot air + pati santan / santan kotak
- 3 inci halia
- 2 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 batang serai (diketuk, ambil bahagian putih sahaja)
- Garam
- Gula
- 5 sudu minyak
- Daun pandan
- 1 st halba
- Pewarna hijau
Cara buat nasi lemak
- Masak nasi seperti biasa menggunakan pressure cooker.
- Jika guna rice cooker biasa, nasi akan jadi lembik.
Bahan-bahan ayam masak merah
- 1 ekor ayam
- Segenggam cili kering kerinting + 10-15 biji cili kering gemuk pendek*
- 2 labu bawang besar*
- 5 ulas bawang putih*
- 1/2 cm halia*
- Gula melaka / nisan
- Asam keping
- Gula putih
- 1 sudu sos tomato
- 1 sudu sos cili
- Bawang besar
Cara buat ayam masak merah
- Lumur kunyit dan garam pada ayam, goreng separuh masak.
- Kisar bahan bertanda *.
- Tumiskan bahan kisar sekali dengan daun pandan yang telah disimpul.
- Tumis sehingga pecah minyak. Bila kering, masukkan air sehingga pecah minyak lagi. Ulang sehingga 5 kali untuk mendapatkan sambal yang sangat sedap.
- Masukkan gula melaka, asam keping, gula putih dan ayam.
- Masukkan sos tomato dan sos cili, gaul sebati dan perasakan.
- Biarkan masak dan masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat.
Sumber: Puan Eha dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Nasi Lemak Kukus
Bahan-bahan nasi lemak
- Beras
- Santan
- Halia
- Bawang
- Daun pandan
Cara buat nasi lemak
- Masukkan beras yang dah dicuci ke dalam kuali.
- Hiriskan halia dan bawang dan masukkan ke dalam kuali.
- Perahkan santan. Jika guna santan kotak, tambahkan air. Masukkan santan sehingga beras tenggelam.
- Letakkan garam dan daun pandan.
- Pasangkan api perlahan dan masak sehingga beras kering. Sentiasa kacau. Sambil itu, panaskan pengukus.
- Pindahkan beras yang dimasak tadi ke dalam pengukus. Buat bulatan di bahagian tengah pengukus supaya wap masuk.
- 15 minit pertama, buka tutup pengukus dan gaulkan nasi bagi sekata. Tutup balik penutup dan sambung kukus lagi 15 minit atau sehingga masak.
Sumber: Siti Hawa Ahmad Shukri dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Hidangan Tradisi Yang Popular?
Selain nasi lemak, terdapat pelbagai lagi hidangan tradisi yang dapat dicuba. 5 diantaranya adalah:
1. Roti Canai
Roti canai adalah sejenis roti yang diperbuat daripada tepung, mentega, dan garam. Ia dipalam dan diputar sehingga menjadi lapisan nipis yang kemudian dipanggang di atas penggorengan panas, menghasilkan roti yang rangup di luar dan lembut di dalam.
2. Mee Goreng
Mee goreng merupakan hidangan mi yang digoreng dengan campuran sayur, daging, dan rempah. Ia biasanya menggunakan mi kuning yang digoreng bersama sos kicap dan perencah khusus, menghasilkan rasa yang pedas dan sedap.
3. Laksa
Laksa adalah sejenis sup mi yang kaya dengan kuah berkrim. Ia mengandungi mi, campuran ikan atau ayam, dan dipenuhi dengan rempah-rempah seperti lengkuas, serai, dan daun limau purut yang memberikan citarasa unik.
4. Rendang
Rendang adalah hidangan daging yang dimasak perlahan-lahan dengan santan dan pelbagai rempah. Proses memasak yang panjang ini memastikan daging menjadi lembut dan serap dengan perencah yang kaya dan mendalam.
5. Satay
Satay adalah hidangan sate yang diperbuat daripada daging ayam, lembu, atau kambing yang dicucuk dan dipanggang di atas api arang. Ia kemudian dihidangkan bersama sos kacang yang pekat dan lazat.