Nasi goreng ialah hidangan popular yang menggunakan nasi sebagai bahan utama. Bahan-bahan yang diperlukan termasuk nasi putih sejuk, bawang merah, bawang putih, lobak merah, sayur-sayuran (seperti kubis dan kacang panjang), telur, garam dan lada hitam. Boleh ditambah udang atau ayam mengikut citarasa.
Untuk memasaknya, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi. Masukkan sayur-sayuran dan tumis seketika. Masukkan telur dan kacau sehingga separuh masak. Masukkan nasi dan gaul rata. Perasakan dengan garam dan lada hitam. Kacau sehingga sekata dan hidangkan panas.
1. Resepi Nasi Goreng Kangkong
Bahan-bahan
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili kering
- Cili padi
- Belachann
(blend kasar semua bahan diatas) - Kangkong
- Fishcake
- Telur sebiji
- Ikan bilis
- Nasi
Cara buat Nasi Goreng Kangkong
- Panaskan minyak secukupnya hiris bawang merah kecil dan putih sikit untuk tumis.
- Selepas itu saya masukkan ikan bilis dan fishcake goreng dulu bagi perang sikit.
- Masukkan bahan yang diblend tadi masukkan garam.
- Masak hingga kering/pecah minyak dan masukkan nasi.
- Selepas itu pecahkan telur godek sikit tuang terus atas nasi dan kacau.
- Last masukkan kangkong dan kacau sebati dan pastikan masak hingga nasi berasap.
Sumber: Arm Ika dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
2. Resepi Nasi Goreng Cili Kering Tumbuk
Bahan-bahan
- Bawang merah 3 ulas
- Bawang putih 3 ulas
- Ikan bilis
- Cili kering ikut suka
Cara buat Nasi Goreng Cili Kering Tumbuk
- Tumbuk bawang2, ikan bilis dan cili kering dan garam.
- Tumiskan bahan tumbuk hingga garing.
- Masukan telur dan masukan nasi.
- Siap.
Sumber: Nadiah Kadir dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Nasi Goreng Squid Game
Bahan-bahan
- Bawang merah, bawang putih
- Lada merah, cilipadi hijau
- Ikan bilis
- Telur
- Garam/ajinomoto
- Serbuk kunyit
- Sotong
Cara buat Nasi Goreng Cili Kering Tumbuk
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, lada merah & sdikit cilipadi hijau.
- Panaskn minyak, goreng ikan bilis sampai garing dan ketepikan.
- Masukkan telur.
- Dah masak sikit, hancurkan telur, ketepikan juga.
- Masukkan bahan yang dah ditumbuk, tumis hingga wangi & sedikit garing.
- Masukkan garam, ajinomoto & sedikit serbuk kunyit.
- Masukkan sotong yang dah dikeringkn air dulu gaul rata semua bahan.
- Dan masukkn nasi kacau rata sehingga berwap.
Sumber: Har Ryea dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Nasi Goreng Telur Pecah
Bahan-bahan
- Nasi putih
- Bawang besar *
- Bawang putih *
- Cili kering yang direndam air panas *
- Ikan bilis*
Cara buat Nasi Goreng Cili Kering Tumbuk
- Tumbuk bahan bertanda*
- Dan tumis bahan yang kita tumbuk perasakan dengan gula, garam dan ajinomoto.
- Selepas itu masukkan nasi yang kita dah ramas.
- Telur goreng hancur siap dan letak tepi.
- Gaulkan dengan nasi.
Sumber: Ieyna Haslina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
5. Resepi Nasi Goreng Seafood Mudah
Bahan-bahan
- Bawang merah, bawang putih
- Cili padi
- Sotong
- Udang
- Sos ikan
- Kicap manis
- Serbuk cukup rasa
- Sayur
- Telur
Cara buat Nasi Goreng Seafood Mudah
- Tumbuk bawang merah, bawang putih dan sedikit cili padi.
- Panaskan minyak.
- Tumiskan bahan tumbuk tadi hingga wangi.
- Masukkan sotong dan udang.
- Masukkan sedikit sos ikan, sedikit kicap manis dan sedikit serbuk secukup rasa.
- Masukkan sayur dan telur.
- Masukkan pula nasi.
- Goreng sehingga nasi sebati dgn perencah dan siap.
Sumber: Puan Norimah Rahman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
6. Resepi Nasi Goreng Belacan/Ikan Bilis Tumbuk
Bahan-bahan
- Nasi putih
- Bawang kecil, bawang putih, cili merah, cili padi, ikan bilis dan belacan (semua ni kena tumbuk dengan lesung batu)
- Telur sebiji dua, fish cake, nak letak udang pun boleh tapi biasanya mak letak ikan bilis dgn telur
- Sayur kacang panjang@buncis, carrot dan kobis dihiris halus
- Garam secukup rasa
- Daun sup untuk hiasan
Cara buat nasi goreng belacan
- Tumis bahan tumbuk tadi dengan sedikit minyak (minyak jangan banyak nanti nasi goreng berminyak tak sedap).
- Dah tumis bahan hingga agak garing masukkan fish cake, pecahkan telur biar telur seketika dan baru gaul.
- Masukkan sayur dan garam secukup rasa, kemudian masukkan nasi kacau hingga rata, siap untuk dimakan.
Sumber: Jaja Noriza dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
7. Resepi Nasi Goreng Cina
Bahan-bahan
- Nasi putih (wajib nasi semalam punya yang dah sejuk)
- Telur
- Bawang putih
- Ayam atau daging (daging rebus dahulu sampai empuk)
- Minyak bijan (wajib letak, syarat sah nasi goreng cina)
- Sayur campur (boleh letak sayur lain)
- Maggi cukup rasa
- Garam gula
- Cili hijau potong
Cara buat nasi goreng cina
- Panaskan minyak masak.
- Pecahkan telur, tunggu sekejap dlm 10 saat baru kacau.
- Masukkan bawang putih dan sedikit minyak bijan.
- Masukkan ayam atau daging yg dah rebus.
- Kacau sekejap bagi kering air dari lauk tu.
- Taburkan Maggi cukup rasa.
- Masukkan sayur campur, kacau sekejap.
- Pastikan air dari sayur tu kering. Jangan lama sangat nanti sayur layu.
- Masukkan nasi putih.
- Tabur garam dan gula.
- Masukkan cili hijau yang di potong.
Sumber: Ju Mohamad dari Masak Apa Hari Ni
8. Resepi Nasi Goreng Kampung
Bahan-bahan
- Bawang besar (2 biji)
- Bawang putih (5 ulas)
- Belacan
- Sedikit ikan bilis
- Cili api 10 tangkai ( lagi pedas lagi sedap)
- Bahan-bahan untuk nasi
- 6 cawan Nasi
- 5 biji telur
- 1 ikat kangkung
- Ikan bilis (digoreng)
- Minyak untuk menumis
Cara buat nasi goreng kampung
- Tumbukkan kesemua bahan. Bawang merah, bawang putih, cili api, ikan bilis dan belacan.
- Panaskan minyak tumis masukkan bahan tumbuk masak sehingga baik bau.
- Apabila bahan tumbuk dah naik bau, pecahkan telur bila telur dah agak nak garing gaul sebati. Tambahkan sedikit garam.
- Masukkan nasi dan gaul sebati.
- Masukkan kangkung (tips nak nasi goreng sedap goreng nasi dengan api yg kuat).
- Basuh ikan bilis bersih dan toskan airnya kemudian goreng sehingga garing.
Tips: nak ikan bilis garing, waktu nak goreng pastikan minyak panas. Kemudian perlahan kan api dan sentiasa kacau supaya ikan bilis masak sebati. Kalau nak tahu ikan bilis dah masak atau belum tunggu sampai minyak dah habis berdesir maknanya ikan bilis dah garing.
Sumber: Hawa Aziz dari Masak Apa Hari Ni
Alternatif Kepada Nasi Goreng.
Jika anda sedang mengelak untu makan nasi, mungkin anda boleh cuba menu lain yang teknik masakannya sama seperti nasi goreng tetapi tidak menggunakan nasi.
1. Mee Goreng
Mee goreng adalah hidangan yang menggunakan mee kuning sebagai asas. Cara memasaknya hampir sama dengan nasi goreng tetapi menggunakan mee kuning sebagai ganti nasi. Ditambah dengan sos cili dan kicap manis untuk memberi rasa yang lebih sedap.
2. Bihun Goreng
Bihun goreng menggunakan bihun yang direndam dan digoreng dengan pelbagai sayur-sayuran dan protein pilihan. Rasanya lebih ringan berbanding nasi goreng dan mee goreng, sesuai untuk mereka yang mahu hidangan yang kurang berat.
3. Kuey Teow Goreng
Kuey teow goreng menggunakan kuey teow yang lebar dan rata, dimasak dengan sayur-sayuran dan protein pilihan. Hidangan ini popular di seluruh Malaysia dan mempunyai rasa yang tersendiri dengan campuran sos dan kicap.
4. Maggi Goreng
Maggi goreng menggunakan mee segera yang digoreng dengan gaya tersendiri. Walaupun menggunakan mee segera, cara masakannya berbeza daripada arahan pada bungkusan dan ditambah dengan pelbagai bahan tambahan untuk menghasilkan rasa yang unik.
5. Stir-Fried Rice Noodles
Hidangan ini menggunakan vermicelli beras yang digoreng dengan sayur-sayuran dan perasa. Teksturnya lebih halus berbanding bihun biasa dan sesuai untuk mereka yang mahukan alternatif kepada nasi goreng yang biasa.