Nasi goreng kampung ialah hidangan nasi yang digoreng bersama bahan-bahan asas seperti bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan, telur, sayur-sayuran (seperti kacang panjang, sawi) dan ikan bilis. Perasa tambahan termasuk kicap, garam dan serbuk perasa mengikut citarasa.

Untuk memasaknya, tumis bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga wangi. Masukkan telur dan kacau sehingga separuh masak. Tambah nasi, kacang panjang, sawi dan ikan bilis. Gaul sebati dan masukkan perasa. Goreng sehingga semua bahan masak dan sebati.

1. Resepi Nasi Goreng Kampung Sedap

Bahan-bahan

  • Bawang besar (2 biji)
  • Bawang putih (5 ulas)
  • Belacan
  • Sedikit ikan bilis
  • Cili api 10 tangkai ( lagi pedas lagi sedap)

Bahan-bahan untuk nasi

  • 6 cawan Nasi
  • 5 biji telur
  • 1 ikat kangkung
  • Ikan bilis (digoreng)
  • Minyak untuk menumis

Cara buat nasi goreng kampung sedap

  1. Tumbukkan kesemua bahan. Bawang merah, bawang putih, cili api, ikan bilis dan belacan.
  2. Panaskan minyak tumis masukkan bahan tumbuk masak sehingga baik bau.
  3. Apabila bahan tumbuk dah naik bau, pecahkan telur bila telur dah agak nak garing gaul sebati. Tambahkan sedikit garam.
  4. Masukkan nasi dan gaul sebati.
  5. Masukkan kangkung (tips nak nasi goreng sedap goreng nasi dengan api yg kuat).
  6. Basuh ikan bilis bersih dan toskan airnya kemudian goreng sehingga garing.

Tips:  nak ikan bilis garing, waktu nak goreng pastikan minyak panas. Kemudian perlahan kan api dan sentiasa kacau supaya ikan bilis masak sebati. Kalau nak tahu ikan bilis  dah masak atau belum tunggu sampai minyak dah habis berdesir maknanya ikan bilis dah garing.

Sumber: Hawa Aziz dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Nasi Goreng Kampung  Versi Atuk Nenek

Bahan-bahan

  • Bawang merah  dan bawang putih – 4 biji dimayang
  • Cili kering 6-7 tangkai  (gunting separuh buang biji dan rendam air panas selama 10 minit
  • Telur 2 biji – digoreng “scramble” terlebih dulu
  • Ikan bilis – goreng garing
  • Mentega / planta untuk menggoreng
  • Garam
  • Nasi sejuk

Cara buat nasi goreng kampung

  1. Larutkan mentega atau planta.
  2. Tumiskan bawang merah  dan bawang putih hingga naik wangi.
  3. Masukkan cili kering dan tumis sehingga cili naik bau dan agak garing.
  4. Masukkan garam.
  5. Masukkan telur dan ikan bilis yang digoreng awal, gaulkan mesra bersama bahan tumisan.
  6. Masukkan nasi sejuk dan gaulkan rata. Goreng biar agak lama sedikit untuk naikkan bau.
  7. Siap.

Sumber: Ash Kynn dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resipi Nasi Goreng Kampung Pedas

Bahan-bahan

  • Ikan bilis
  • Cili padi
  • Bawang merah dan bawang putih
  • Telur
  • Nasi
  • Perasa
  • Kicap sotong (boleh ganti dengan garam)

Cara masak nasi goreng kampung pedas

  1. Ikan bilis goreng dan asingkan.
  2. Tumbuk cili padi, bawang merah,bawang putih dan sedikit belacan. Jangan terlalu lumat.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk sampai garing. Pecahkan telur dan biarkan sekejap jangan kacau.
  4. Agak-agak telur dah garing, kecilkan api.
  5. Masukkan nasi pastikan nasi tidak lembik.
  6. Masukkan ajinamoto atau serbuk perasa. Kicap sotong (boleh gantikan dengan garam), kemudian bukak api paling besar.
  7. Matikan api. dan tabur ikan bilis goreng tadi.

Sumber: Apple Green dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Menu Nasi Goreng Lain Yang Popular?

Selain Nasi Goreng Kampung, terdapat beberapa lagi menu nasi goreng yang sering menjadi pilihan. 5 diantaranya adalah:

1. Nasi Goreng Cina

Nasi goreng yang dimasak dengan cara berbeza, menggunakan bawang putih, sayur campur (jagung, lobak merah, kacang peas), telur dan sos tiram sebagai perasa utama. Hidangan ini popular di kedai mamak dan restoran.

2. Nasi Goreng Paprik

Variasi nasi goreng yang dimasak dengan sos paprik yang pedas manis, bersama sayur-sayuran seperti cili benggala, bawang besar dan daun bawang. Ia merupakan gabungan masakan Thai-Melayu yang popular.

3. Nasi Goreng Pataya

Nasi goreng yang dibungkus dengan telur dadar nipis di luarnya, dihias dengan sos cili manis di atas. Hidangan ini popular di restoran mamak dan gerai-gerai makanan.

4. Nasi Goreng USA

Nasi goreng yang dihidangkan dengan telur mata, kentang goreng dan sayur-sayuran. Nama ‘USA’ merujuk kepada gaya hidangan western yang digabungkan dengan masakan tempatan.

5. Nasi Goreng Tom Yam

Nasi goreng yang dimasak dengan perisa tom yam, biasanya menggunakan pes tom yam, daun limau purut, serai dan cili padi. Ia menggabungkan citarasa masakan Thai dengan masakan tempatan.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply