Nasi goreng cina adalah sejenis hidangan nasi yang dimasak dengan telur, sayur-sayuran seperti lobak merah, kobis, kacang panjang dan bawang. Bahan utama termasuk beras yang telah dimasak, bawang putih, bawang merah, lobak merah, kobis, kacang panjang, telur, kicap cair, garam dan lada hitam.
Untuk memasaknya, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan telur dan kacau sehingga separuh masak. Tambah sayur-sayuran dan goreng seketika. Masukkan nasi, kicap, garam dan lada hitam. Kacau rata sehingga semua bahan sebati dan nasi panas.
1. Resepi Nasi Goreng Cina
Bahan-bahan
- 3 cawan nasi sejuk – dileraikan
- 1/2 cawan sayur campur
- 10 batang kacang buncis – hiris halus
- 3 biji bawang merah – dihiris
- 2 ulas bawang putih – dicincang
- 2 biji telur
- 1 sb minyak bijan
- Minyak masak
- Garam / serbuk pati ayam
Bahan gaul bersama
- 200 gram isi ayam
- 1/2 st lada hitam – ditumbuk
- 1 st serbuk lada putih
- 1 sb minyak bijan
Cara buat nasi goreng Cina
- Panaskan minyak masak bersama minyak bijan, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
- Kemudian, masukkan bahan yang telah digaul bersama tadi. Kacau.
- Setelah ayam masak sedikit, tolak ketepi kuali dan masukkan telur. Biarkan telur sedikit mengeras barulah kacaukan ia.
- Masukkan nasi, sayur campur, kacang buncis dan perasakan ia. Gaul rata dan masak sekejap.
- Sesuaikan rasa, jika semua okay bolehlah matikan api. Siap!
Nota:
- Suka pedas boleh lebihkan lada hitam dan masukkan cili padi.
- Jika suka boleh masukkan capsicum merah, hijau dan kuning.
Sumber: Tiesha Abdul Rahman dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
2. Resepi Nasi Goreng Cina
Bahan-bahan
- Nasi putih (wajib nasi semalam punya yang dah sejuk)
- Telur
- Bawang putih
- Ayam atau daging (daging rebus dahulu sampai empuk)
- Minyak bijan (wajib letak, syarat sah nasi goreng cina)
- Sayur campur (boleh letak sayur lain)
- Maggi cukup rasa
- Garam gula
- Cili hijau potong
Cara buat nasi goreng Cina
- Panaskan minyak masak.
- Pecahkan telur, tunggu sekejap dlm 10 saat baru kacau.
- Masukkan bawang putih dan sedikit minyak bijan.
- Masukkan ayam atau daging yg dah rebus.
- Kacau sekejap bagi kering air dari lauk tu.
- Taburkan Maggi cukup rasa.
- Masukkan sayur campur, kacau sekejap.
- Pastikan air dari sayur tu kering. Jangan lama sangat nanti sayur layu.
- Masukkan nasi putih.
- Tabur garam dan gula.
- Masukkan cili hijau yang di potong.
Sumber: Ju Mohamad dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Nasi Goreng Cina Kanak-kanak
Bahan-bahan
- Nasi sejuk
- Udang, kupas kulit – kalau tiada udang boleh ganti dengan isi ayam
- Seikat daun bawang – hiris halus
- Sebatang lobak merah – hiris dan potong halus
- Dua ulas bawang putih – cuci bersih dan ketuk
- Sebiji telur
- Minyak masak, garam dan lada sula
Cara buat nasi goreng Cina
- Pecahkan telur dan kacau sehingga keseluruhannya berwarna kuning, biarkan selama dua minit kemudian angkat dan simpan tepi.
- Tambahkan sesudu minyak masak ke dalam kuali tadi dan tumiskan bawang putih bersama kulit.
- Masulkan udang dan biarkan ianya masak.
- Masukkan lobak merah.
- Masukkan daun bawang.
- Masukkan telur hancur.
- Masukkan nasi putih dan gaul.
- Masukkan sedikit lada sulah dan garam halus mengikut citarasa.
Tips : Bagi mendapatkan nasi goreng sedikit lembut, tambahkan sesudu air ke atas nasi goreng yang sedang dimasak. Wap yang terhasil akan melembapkan nasi goreng.
Sumber: Zurina Zulkefli dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Menu Nasi Goreng Yang Popular?
Semoga resepi yang kami kongsikan pda kali ini dapat memberi sedikit idea untuk anda. Nasi goreng memang ada peminatnya yang tersendiri. Jadi ini 5 lagi menu nasi goreng yang popular di Malaysia:
1. Nasi Goreng Kampung
Nasi goreng kampung merupakan hidangan nasi goreng yang dimasak dengan sos kicap, petai, kacang panjang, bawang merah goreng dan telur goreng. Cara memasaknya hampir sama dengan nasi goreng cina tetapi menggunakan rempah kampung.
2. Nasi Goreng Paprik
Nasi goreng paprik adalah hidangan nasi goreng yang dimasak dengan sos paprik yang pedas, sayur-sayuran dan ayam. Hidangan ini mempunyai rasa pedas yang khas.
3. Nasi Goreng Cili Padi
Nasi goreng cili padi merupakan variasi nasi goreng yang dimasak dengan cili padi, bawang dan sayur-sayuran. Hidangan ini terkenal dengan rasa pedasnya yang kuat.
4. Nasi Goreng Daging
Nasi goreng daging adalah hidangan nasi goreng yang dimasak dengan daging lembu yang dipotong kecil, sayur-sayuran dan rempah ratus. Hidangan ini popular di restoran mamak.
5. Nasi Goreng USA
Nasi goreng USA adalah hidangan nasi goreng yang dimasak dengan telur mata, sayur campur dan sosej ayam. Hidangan ini popular di kedai mamak dan restoran tempatan. Copy