Nasi goreng ayam ialah hidangan nasi yang digoreng bersama pelbagai sayuran dan dimakan dengan ayam goreng. Bahan-bahan yang diperlukan ialah nasi putih sejuk, daging ayam, bawang merah, bawang putih, cili, daun bawang, lobak merah, kacang panjang, telur, minyak masak, kicap cair dan garam secukup rasa.
Cara penyediaan dimulakan dengan menggoreng ayam terlebih dahulu. Kemudian untuk nasi goreng, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Tambah sayur-sayuran dan gaul rata. Masukkan nasi dan kacau sebati. Tambah kicap dan garam, kemudian pecahkan telur dan kacau sehingga sebati. Goreng sehingga nasi garing dan sempurna masak. Hidang bersama ayam goreng yang diletakkan sos diatasnya. Siap!
1. Resepi Nasi Goreng Ayam
Bahan-bahan
- Nasi putih
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili kering blend
- Ayam
- Telur sebiji
- Cili padi
- Kicap manis / kicap apa pun boleh
- Garam
- Gula
- Ajinamoto
- Kiub pati ayam (1/2)
- Sayur (apa-apa sayur yang sedap sawi, carot, kobis, kacang panjang
Cara buat Nasi Goreng Ayam
- First sekali ayam mentah dicuci bersih dan digaul garam serta kunyit kemudian di goreng (ayam goreng).
- Kemudian, tumis bahan tumisan iaitu bawang merah dan bawang putih dah garing wangi masukkan 2 atau 3 sudu cili kering blend.
- Dah pecah mintak masukkan kicap manis kemudian pecahkan telur sebiji dan kacau.
- Masukkan perasa iaitu garam, gula sikit, kiub pati ayam dan ajinomoto sikit.
- Dah nampak pekat dan cukup rasa baru masukkan nasi putih kemudian kacau lah sehingga sebati.
- Last sekali masukkan sayur yang disuka siap dihidang.
- Kemudian ambil ayam goreng diketuk dan cincang curahkan sos di atas ayam.
Sumber: Cik Merpati Putih dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Nasi Goreng Ayam Tumbuk
Bahan-bahan
Bahan tumbuk
- 5 ulas bawang putih
- 5 biji cili padi
- Sayur- sayuran
- Perasa (garam, gula, cukup rasa @ ajinomoto)
- Lebihan ayam tumbuk asing, letak dalam pinggan asing
- Nasi putih
Cara buat Nasi Goreng Ayam Tumbuk
- Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk (cili dan bawang). Tumis sehingga naik bau, kemudian masukkan sayur dan isi ayam tumbuk.
- Masukkan bahan perasa (garam, gula @cukup rasa). Kalau nak color menarik, boleh letak kicap manis atau masin. Ikut selera masing-masing.
- Masukkan nasi putih, gaul rata. Masak sehingga nasi betul-betul panas. Sedia untuk dihidang.
Sumber: Rena Dazryn dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Nasi Goreng Paprik Ayam
Bahan-bahan
- Nasi putih 2 mangkuk
- 3 ulas bwg putih ketuk
- Bwg holland Hiris
- Cili api ketuk
- Cili boh
- Sos tiram
- Nampla@sos ikan
- Telor sebiji
- Pak coy@sawi cina
- Kicap
Paprik Ayam
- Isi ayam
- Bwg holland hiris
- 3 ulas bwg putih ketuk
- 5 tangkai ciliapi ketuk
- Carrot hiris
- Kacang panjang potong memanjang
- Cili Boh
- Sos cili
- Sos tiram
- Nampla@sos ikan
- Sedikit gula
- Daun limau purut
Cara buat Nasi Goreng Paprik Ayam
- Panaskan minyak masukkan bawang putih, bawang Holland, cili api dan kacau.
- Masukkan cili boh tumis sampai cili masak masukkann sos tiram dan nampla pecahkan telur.
- Masukkan nasi kacau rata letak kicap api bagi besar. Masukkan sawi kacau rata. Tutup api.
Paprik Ayam
- Panaskan minyak masukkan bawang putih masukan cilI boh tumis sampai cili masak.
- Masukkan isi ayam gaul rata kemudian masukkan sos tiram dan sos cil kacau rata.
- Campakkan daun limau purut, nampla@sos ikan dan masukkan carrot kacau rata.
- Last masukkan kacang panjang ,cili api dan bawang holland.
Sumber: Emee Sham dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Nasi Goreng Ayam Goreng Kunyit
Bahan-bahan
- Nasi siap masak (buat 1 1/2 pot sahaja)
- Ayam Goreng Kunyit (buat 1 mangkuk kecik siap letak kacang panjang + carrot + onion)
- 30gm ikan bilis*
- 5 ulas bawang putih*
- 4 biji cili api hijau Thai*
- 2 biji cili api merah Thai*
- 2 sudu besar Sos Tiram
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil garam bukit himalaya pink halus
(adjust ikut kesesuaian rasa)
Cara buat Nasi Goreng Ayam Goreng Kunyit
- Tumis bahan bertanda * sampai garing.
- Masukkan sos tiram.
- Masukkan ayam goreng kunyit.
- Masukkan telur bagi separuh masak dulu then boleh masukkan nasi.
- Gaul rata api kena besar..
Sumber: Khairuzetti Zaini Collections dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Variasi Nasi Goreng Yang Popular?
Nasi goreng ayam ini boleh dinikmati tidak kira umur, jika anda suka pedas boleh letak sedikit cili padi. Namun jika sudah bosan dengan menu yang sama, apa kata jika anda cuba nasi goreng variasi lain pula. Anta nasi goreng yang popular adalah:
1. Nasi Goreng Special
Nasi goreng yang dimasak dengan campuran udang, sotong dan sayur-sayuran. Hidangan ini popular di restoran-restoran mamak dan kedai makan tempatan.
2. Nasi Goreng Paprik
Nasi goreng yang dimasak dengan sos paprik Thailand yang pedas manis, biasanya dihidangkan dengan ayam goreng paprik.
3. Nasi Goreng Kampung
Nasi goreng yang dimasak dengan ikan bilis, kangkung, cili padi dan belacan. Mempunyai rasa yang lebih pedas dan traditional.
4. Nasi Goreng Cina
Nasi goreng yang dimasak dengan sayur kobis, lobak merah dan bawang putih, biasanya menggunakan kicap putih untuk memberi warna yang lebih cerah.
5. Nasi Goreng Tom Yam
Nasi goreng yang dimasak dengan perasa tom yam yang pedas dan masam, biasanya ditambah dengan udang atau ayam.