Nasi briyani ialah hidangan nasi yang berasal dari Asia Selatan, yang telah menjadi popular di Malaysia. Nasi ini dimasak dengan campuran rempah seperti kunyit, kayu manis, bunga lawang, kapulaga, cengkih, dan daun pandan yang memberi aroma yang khas. Ia biasanya dimasak bersama ayam atau daging yang telah dimarinasi dengan campuran rempah dan yogurt.

Untuk memasaknya, beras basmati direndam selama 30 minit, kemudian ditapis. Rempah ditumis dalam minyak sehingga wangi, diikuti dengan bawang goreng, bawang putih, dan halia. Ayam atau daging yang telah dimarinasi dimasukkan dan dimasak sehingga separuh masak. Beras kemudiannya dimasukkan bersama air dan dimasak sehingga nasi masak sepenuhnya.

1. Nasi Briyani Pakistan

Bahan bahan

  • 5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
  • 1 kg ayam, daging atau kambing (lebih sedap dengan tulang daging)
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kayu manis
  • 8 buah pelaga
  • 10 bunga cengkih
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 3 biji bawang besar – potong dadu
  • 5-6 biji buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
  • 2 labu bawang putih – tumbuk
  • 3 inci halia – tumbuk
  • 1 ½ cawan yoghurt
  • 2 helai daun salam
  • Minyak msaak zaitun
  • 4 biji telur – rebus, kupas & kelar
  • 4 biji kentang kecil – kupas & rebus
  • ½ cawan susu (pilihan)
  • Saffron & pewarna kuning
  • Garam
  • Gula

Bahan hiasan

  • Bawang goreng
  • Daun ketumbar (hiriskan)
  • 4 biji cili hidup hijau (dipotong 1 inci)
  • Daun pudina
  • Badam & kismis (pilihan)

Bahan salad

  • Daun selada(lettuce)
  • Tomato
  • Bawang besar
  • Timun (dibuang biji)
  • Lada loceng hijau(green bel pepper)
  • Garam & gula
  • Minya masak zaitun
  • Perahan lemon
  • Daun ketumbar

*Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.

Bahan sos yoghurt

  • Yoghurt
  • Bawang besar (dipotong bulat)
  • Daun ketumbar (dihiris halus)
  • Garam

Cara penyediaan ayam

  1. Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Digalakkan untuk masukkan juga daun pandan untuk menaikkan bau wangi.
  3. Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.
  4. Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak sambil mengacau agar rata sehingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit.
  5. Akhir sekali masukkan daun salam, garam dan gula.
  6. Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.

Cara penyediaan nasi

  1. Basuh beras, rendam selama 20 minit dan toskan.
  2. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, daun salam dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
  3. Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.
  4. Tutup api dan toskan lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.

Cara penyediaan Nasi Briyani Pakistan

  1. Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi.
  2. Sudukan susu secara rawak ke atas nasi.
  3. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.
  4. Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato yang dipotong dadu, bawang goreng, cili hijau yang dipotong 1 inci, daun ketumbar dan daun pudina yang dihiris.
  5. Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi.
  6. Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.
  7. Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.
  8. Masukkan periuk ke dalam periuk nasi dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau dapur gas.
  9. Keluarkan periuk dari periuk nasi dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.

Sumber: Eryn TJ dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Nasi Briyani Perencah Maggi

Bahan-bahan

  • 4 cawan beras basmathi
  • 2 sudu makan marjerin/butter
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 2 simpul daun pandan
  • 1/2 paket Perencah nasi briyani maggi
  • 1/2 cawan susu cair
  • 4 1/2 cawan air
  • 1 sudu makan garam

Bahan-bahan kisar

  • 2 biji sedang bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • Sedikit halia

Cara penyediaan Nasi Briyani Perencah Maggi

  1. Rendamkan beras basmathi selama 15 – 30 min dan toskan.
  2. Tumis bahan yang telah dikisar bersama marjerin/butter + minyak sapi.
  3. Masukkan rempah tumis bersama daun pandan
  4. Kemudian masukkan perencah briyani, tidak perlu terlalu tumis.
  5. Apabila sudah sedikit mendidih, masukkan air bersama susu cair dan letakkan garam dan tunggu sebentar untuk ia mendidih.
  6. Masukkan beras dan godak sesekali untuk meratakannya.
  7. Apabila nasi sudah kering, tutupkan api dan biarkan selama 30 minit.
  8. Setelah itu, boleh tambah bawang goreng, daun sup dan kacang gajus di atas untuk hiasan dan penambah rasa.

Sumber: Norzurah Samudin dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resipi Nasi Briyani Thai (Khou Mok)

Kami pasti jarang orang tahu resepi Nasi Briyani Thai yang juga dipanggil Nasi Khou Mok.

Bahan rempah

  • 2 sudu kecil serbuk kari ayam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu secil serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis

Bahan tumis nasi

  • Akar ketumbar (diketuk)
  • Rempah 4 sekawan
  • ⅓ cawan susu cair
  • 2 sudu rempah Khou Mok
  • 2 sudu minyak sapi/marjerin
  • Hirisan bawang merah
  • Hirisan bawang putih
  • Hirisan halia

Kuah rebusan ayam

  • Rempah khou mok
  • 5 cawan air: 1 cawan (sos)
  • 2 cawan (sup)
  • 2 cawan (masak nasi)

Bahan perapan ayam

  • Rempah Khou Mok
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili
  • Garam

Bahan sos

  • Cili merah
  • Limau/cuka
  • Cili padi
  • Garam
  • Gula
  • Bawanh putih
  • Daun ketumbar
  • Air rebusan ayam+rempah

Bahan pelengkap

  • Salad
  • Tomato
  • Timun
  • Kuah
  • Sos
  • Ayam Goreng Rempah Khou Mok

Cara masak Nasi Briyani Thai (Khou Mok)

  1. Sediakan rempah Khou Mok dahulu.
  2. Rendam beras basmathi (30 minit awal). Sementara itu, sediakan bahan tumisan nasi.
  3. Masukkan minyak sapi dalam kuali. Tumis rempah 4 sekawan, bawang dan halia. Masukkan rempah bagi masak sebentar. Masukkan air dan akar ketumbar. Masukkan ayam. Biar ayam separuh masak, keluarkan ayam dan toskan.
  4. Selepas itu, perapkan ayam dengan bahan-bahan perapan. Biarkan sekejap sebelum digorengkan.
  5. Keluarkan kuah disediakan tadi untuk sos dan sup.
  6. Untuk sup, hanya tambah garam bagi cukup rasa.
  7. Untuk baki kuah tadi, masukkan dalam periuk nasi bersama beras,susu cair, secubit garam dan masak.
  8. Kisarkan semua bahan sos untuk rasa yang seimbang. Boleh masak sekejap untuk memekatkan sos, mengikut citarasa.
  9. Setelah siap, boleh dihidangkan bersama salad, tomato dan timun.

Sumber: Su’aidah Ameen dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Sajian Nasi Dari Timur Tengah?

Diharapkan agar resepi Nasi Briyani ini menepati citarasa anda. Selain nasi briyani, sebenarnya jika diolah sedikit resipinya boleh menjadi satu sajian yang lain. Ini 5 diantara menu nasi yang hampir sama dengan nasi briyani namun berbeza dari segi penyediaan dan rasa:

1. Nasi Arab Mandy

Nasi Arab Mandy ialah hidangan nasi yang dimasak dengan rempah timur tengah dan dimasak dalam periuk khas. Ia disajikan dengan daging kambing yang telah direbus dengan campuran rempah khas seperti kapulaga, kunyit, jintan, dan lada hitam.

2. Nasi Mandi

Nasi Mandi merupakan hidangan popular dari Yaman yang dimasak dengan campuran rempah yang unik. Ia dimasak dengan kaldu daging dan rempah seperti kapulaga, kayu manis, dan safron yang memberikan warna dan aroma yang istimewa.

3. Nasi Kabsah

Hidangan ini berasal dari Arab Saudi dan dimasak dengan campuran rempah yang kaya. Nasi dimasak dengan kaldu daging, tomato dan campuran rempah seperti jintan putih, lada hitam, dan kunyit.

4. Nasi Bukhari

Nasi Bukhari adalah hidangan yang berasal dari Asia Tengah. Ia dimasak dengan campuran rempah seperti jintan manis, lada hitam, dan kunyit, serta ditambah dengan kismis dan kacang untuk tekstur yang berbeza.

5. Hyderabadi Biryani

Variasi nasi briyani ini berasal dari Hyderabad, India. Ia terkenal dengan penggunaan rempah yang lebih kompleks dan teknik memasak berlapis, di mana nasi dan daging disusun berlapis-lapis semasa proses memasak.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply