Mushroom soup ialah sup berkrim yang diperbuat daripada cendawan sebagai bahan utama. Bahan-bahan yang diperlukan termasuk cendawan butang, bawang, mentega, tepung gandum, stok sayuran, susu, krim masakan, garam dan lada hitam.
Cara masak: Tumis bawang dengan mentega sehingga lembut, masukkan cendawan dan tumis sehingga keperangan. Tambah tepung gandum dan kacau rata. Masukkan stok sayuran, susu dan krim masakan. Biarkan mendidih dan kacau sehingga pekat. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
1. Resepi Mushroom Soup
Bahan-bahan
- 300ml air
- 500ml susu kotak
- 1 kiub pati ayam
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)
- Sedikit garam
- 1/2 cawan tepung gandum (dibancuh dengan air)
- 1 sudu mentega
- 4 biji cendawan king oyster (potong dadu)
- Oregano kering
Cara buat mushroom soup
- Masak air dan susu sehingga mendidih.
- Masukkan kiub pati ayam dan lada hitam. Kacau sebati.
- Masukkan pula cendawan dan mentega. Kemudian tepung dah sudah dibancuh. Kacau supaya tidak berketul.
- Taburkan garam dan masak sehingga mendidih. Boleh tambahkan air jika kuah pekat.
- Taburkan oregano dan sedia untuk dihidang.
Sumber: Farhana Mispan dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Mushroom Soup Pekat Berlemak
Bahan-bahan
- 10 paket Enoki Mushroom
- 2 biji bawang besar (potong dadu)
- 2 sudu besar serbuk lada hitam
- 2 sudu besar oregano
- 2 sudu besar garam
- 2 liter susu kotak
- 3 kiub ayam
- Air
- Minyak masak
- 300g tepung gandum
- 5 sudu besar marjerin
Cara buat mushroom soup
- Panaskan minyak masak, tumis bawang besar sehingga layu dan masukkan semua cendawan. Kacau hingga cendawan layu.
- Tambahkan air, serbuk lada hitam, kiub ayam, oregano dan garam. Tunggu hingga mendidih.
- Kemudian, masukkan campuran tepung gandum dan marjerin.
- Kisar semua bahan sehingga halus. Masukkan susu kotak dan kacau sehingga masak.
- Panaskan marjerin di dalam kuali dan masukkan tepung gandum. Masak sehingga keperangan. Angkat dan masukkan ke dalam periuk sup.
Sumber: Zuriffah Omar dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Mushroom Soup
Bahan-bahan
- Cendawan (potong nipis)
- 100g mentega
- 1 ketul kiub ayam
- Serbuk lada hitam
- 1 biji bawang Holland (potong nipis atau dadu)
- 2 cawan susu low fat
- 2 sudu besar tepung gandum
- Air
- Garam
Cara buat mushroom soup
- Cairkan mentega, masukkan bawang dan tumis sehingga layu.
- Masukkan cendawan dan kacau rata sehingga layu. Tambahkan tepung dan kacau rata.
- Masukkan kiub pati ayam dan serbuk lada hitam.
- Tuang susu dan kacau rata. Masukkan air dan biar mendidih sebentar, Tutup api.
- Masukkan bahan ke dalam blender dan kisar. Jika ada hand blender, terus kisar di dalam periuk. Kisar sehingga halus.
- Masak sekali lagi dan perasakan dengan garam. Adjust kepekatan mengikut citarasa anda. Biarkan mendidih dan siap.
Sumber: Chek Kuna Ahmad dari Masak Apa Hari Ni
4. Resepi Mushroom Soup Ala Pizza Hut
Bahan-bahan
- 1 biji bawang besar
- 1 labu bawang putih
- 3 batang celery (dipotong kecil)
- 1 paket cendawan shiitake
- 1 paket cendawan pilihan
- 1 tin susu sejat
- 2 sudu Italian Herbs
- Garam dan gula
Cara buat mushroom soup
- Tumis bawang putih dan besar.
- Masukkan semua cendawan dan celery. Asingkan 5 biji cendawan shiitake dan potong dadu untuk dimasukkan kemudian. Jangan kisar sekali yang ini.
- Masukkan air paras sehingga semua bahan tenggelam. Masak dan sejukkan sebentar.
- Kisar bahan tadi dan masukkan ke dalam periuk dan masak lagi.
- Tambahkan susu sejat dan cheese. Perasakan dengan garam dan gula.
Sumber: Fitri Norshakila Muhamad dari Masak Apa Hari Ni
Selain Mushroom Soup, Apa Menu Sup Pekat Berkrim Yang Dapat Dicuba?
Selain Mushroom Soup, menu aneka sup dibawah turut menarik perhatian para peminat sup. Antaranya adalah:
1. Cream of Corn Soup
Sup jagung berkrim ini dibuat menggunakan jagung manis segar yang dikisar halus. Ia dimasak dengan campuran bawang, mentega, tepung jagung dan susu untuk menghasilkan sup yang lazat dan berkhasiat.
2. Potato and Leek Soup
Sup kentang dan daun bawang ini merupakan hidangan klasik yang sangat popular di hotel-hotel. Ia mengandungi kentang, daun bawang, bawang putih dan krim yang dimasak sehingga lembut dan kemudian dikisar halus.
3. Pumpkin Soup
Sup labu ini dibuat daripada labu kuning yang dibakar dan kemudian dimasak dengan bawang, halia dan stok sayuran. Ia merupakan sup yang berkhasiat dan sering dihidangkan di restoran mewah.
4. Broccoli and Cheese Soup
Sup brokoli dan keju ini menggabungkan kesegaran sayuran brokoli dengan keju yang lebur. Ia dimasak dengan bawang, stok sayuran dan krim segar untuk menghasilkan sup yang penuh rasa.
5. Carrot and Ginger Soup
Sup lobak merah dan halia ini merupakan gabungan sempurna antara kemanisan lobak merah dan kehangatan halia. Ia dimasak dengan bawang, stok sayuran dan sedikit krim untuk tekstur yang lebih baik.