Murtabak popia ialah sejenis makanan ringan yang menggabungkan konsep murtabak dan popia dalam satu hidangan. Bahan-bahan yang diperlukan termasuk kulit popia, daging cincang (ayam atau daging), telur, bawang, lobak, hirisan kobis, lada hitam, garam dan minyak masak.
Cara membuatnya dimulakan dengan menumis daging cincang bersama bawang sehingga masak. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan perasakan dengan garam dan lada hitam. Letakkan isi ke atas kulit popia, lipat dan gulung. Celup dalam telur yang telah dipukul dan goreng sehingga keemasan.
1. Resepi Murtabak Mini
Bahan-bahan
Inti
- 500 gram isi ayam /daging di cincang
- 5 biji kentang di potong dadu
- 3 sudu makan rempah kari
- 1 ulas bawang putih di hiris
- 1 biji bawang besar dihiris
- 2 biji bawang besar di potong dadu
- Hirisan daun sup
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Sedikit minyak masak utk menumis
Cara buat Murtabak Mini
Inti
- Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak masak. Masukkan bawang yang dihiris.
- Maaukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.
- Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan yang dimasak. Jangan lebih nanti inti lembik.
- Masak sehingga air hampir kering. Masukkan sedikit garam dan gula. (Jika nak letak ajinomoto jika suka pun boleh
- Masak hingga betul kering. Sejukkan dan sedia utk langkah menyediakan murtabak mini.
Seterusnya langkah menyediakan murtabak mini
- Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan inti ayam dan kentang yang dimasak tadi.
- Masukkan daun sup dan bawang. Kacau hingga sebati.
- Buka kulit popia, letak atas dulang. Ambil 3 sudu makan inti yang di campurkan dengan telur dan bawang tadi.
- Letak di tengah kulit popia intinya. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan. Terbalikkan bila di lipat dan masukkan dalam kuali.
- Untuk membakar panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Letakkan popia.
- Bakar sehingga masak. Balik-balikkan, bila dah siap bolehlah dihidangkan. Ulangi langkah membuat sehingga siap. Dah masak. Siap.
Sumber: Dhia Isabella dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Murtabak Daging Kulit Popia
Bahan-bahan
- 2 biji kentang besar
- 3 keping daging burger-potong dadu
- Sebiji bawang besar
- Sebiji bawang putih
- 1 sudu besar serbuk kari ayam
Cara buat Murtabak Daging Kulit Popia
- Tumis bawang sampai naik bau, masuk serbuk kari dan tunggu pecah minyak.
- Masukkan kentang, masak hingga empuk.
- Bila kentang dah masak, masukkan daging dan biar sekejap sampai daging masak.
- Sejukkan.
- Masukkan bawang mentah yang dipotong dadu, telur, daun bawang dan daun sup.
- Kacau rata.
- Letak inti pada tengah kulit popia.
- Balut elok jangan smpai inti keluar. Terus masak kalau tak nanti kulit popia bocor dan tak boleh diangkat.
Sumber: Murni Rahmat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Murtabak Mini Popia
Bahan-bahan
- Kulit popia
- Daging kisar*
- Bawang Holland*
- Rempah kari*
- Kobis*
- Kentang*
- Garam
- Gula
- Telur
Cara buat Murtabak Mini Popia
- Bahan yang bertanda goreng sampai masak.
- Letak gula, garam, masak sampai kering.
- Dah masak biarskn sejuk, bolehlah campurkan telur, kacau, boleh letak dalam kulit popia lipat dan goreng.
- Siap.
Sumber: Waniey Heri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Murtabak Sardin Mini
Bahan-bahan
- 1 sardin tin kecil
- 1biji bawang holand saiz besar
- 3biji telur
- Kulit popia
Kuah bawang merah
- 2biji bawang besar (dihiris nipis)
- 1sudu cuka
- 2sudu gula
- 1titik sirap rose
Cara buat Murtabak Sardin Mini
- Kacau semua bahan letak secubit garam dan masak.
Kuah bawang merah
- Kacau semua bahan dan siap.
Sumber: Haslina Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Menu Minum Petang Yang Menarik?
Macam mana menarik bukan resepi murtabak yang diolah menggunakan kulit popia ini? Selain murtabak popia, ada banyak lagi menu minum petang yang menarik. 5 diantaranya adalah:
1. Spring Roll Cheese
Spring roll cheese adalah sejenis makanan yang menggunakan kulit popia yang diisi dengan keju cheddar, keju mozzarella dan sosej ayam. Ia digoreng sehingga rangup dan biasanya dihidangkan bersama sos cili.
2. Samosa
Samosa adalah makanan yang diperbuat daripada kulit pastri yang diisi dengan kentang, kacang peas, bawang dan rempah ratus. Ia digoreng sehingga keemasan dan rangup.
3. Karipap
Karipap adalah sejenis pastri yang diisi dengan kentang, ayam atau daging yang telah dimasak dengan rempah ratus. Ia adalah snek popular di Malaysia yang digoreng sehingga keemasan.
4. Popia Goreng
Popia goreng adalah makanan ringan yang diisi dengan sayur-sayuran seperti lobak, taugeh dan kobis. Ia digoreng rangup dan biasanya dimakan dengan sos cili manis.
5. Roti John
Roti John adalah roti yang dicelup dalam campuran telur, daging cincang dan bawang, kemudian digoreng. Ia biasanya dihidangkan dengan sos mayonis dan sos cili.