Miang Pla adalah salah satu hidangan sampingan dari Thailand yang terdiri daripada ikan segar yang dihiris halus dan dicampur dengan herba-herba segar. Bahan-bahan utama termasuk ikan segar, daun limau purut, cili padi, halia, bawang merah, bawang putih, daun ketumbar, jus limau nipis, dan garam.
Untuk menyediakan Miang Pla, ikan segar perlu dihiris halus dan dicampur dengan semua bahan yang telah dihiris halus. Campurkan kesemua bahan dengan jus limau nipis dan perasakan dengan garam. Hidangan ini perlu disejukkan sebelum dihidangkan.
1. Resepi Sambal Miang Pla
Bahan-bahan
- Daun ketumbar
- Sos ikan nampla
- Sos cili thailand
- Bawang putih
- Cili
Cara buat Sambal Miang Pla
- Perahkan asam limau sikit.
- Semua bahan blender.
Sumber: Nurulhasanah Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Miang Pla Pao
Bahan-bahan
- Ikan siakap (di goreng)
- Suhun (celur hingga lembut)
- Timun (potong memanjang)
- Lobak merah (potong memanjang)
- Tomato
- Daun salad
Bahan sos merah
- 1 senduk sos cili Thai
- 4 biji cili padi merah (diracik halus)
- 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
- Daun ketumbar (diracik halus)
- Air limau nipis (ikut citarasa)
- 1 sb gula
Bahan sos hijau
- 4 ulas bawang putih
- 10 biji cili padi hijau
- 2 biji cili besar hijau
- Daun ketumbar
- Gula melaka
- Air limau nipis (ikut citarasa)
- 3sb sos ikan (boleh adjust kemasinan)
- Air masak
Cara buat Miang Pla Pao
- Bersihkan ikan dan kelarkan. Salutkan dengan garam, serbuk kunyit, perasa dan tepung jagung.
- Goreng sehingga masak dan agak garing.
- Ambil daun salad, letakkan potongan timun, lobak merah, tomato, suhun/clear noodles dan ikan.
- Tambahkan sos hijau. Balut dan cicahkan ke dalam sos merah
Sos merah
- Campurkan semua bahan bahan, kacau sebati.
Sos hijau
- Campurkan semua bahan. Kisar hingga lumat dan sebati..
Sumber: Qasih Jue Aisya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Miang Pla & Sambal Hijau
Bahan-bahan
- Ikan talapia
- Bawang putih 3biji halia seinci garam kunyit
- Bawang putih 4biji seinci setengah halia dan garam
- *Kerang rebus
Sos Hijau Thai
- 10 tangkai cili padi hijau
- 5 biji limau nipis + limau kasturi
- 3 ulas bawang putih
- 2 sudu sos ikan
- 2 sudu sos plam
- 1 akar ketumbar
Sos Thai
- 5 tangkai cili merah 5 tangkai cili hijau
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji limau nipi 1 biji limau kasturi
- 1/2 gula melaka
- 1 sudu gula pasir
- 1 sudu sos ikan
- 1 sudu sos plam
- 1 sudu air suam
- 1/2 cili flakes
(Kisar) - Daun ketumbar dihiris
- Mihun@Suhun
- Salad
Cara buat Miang Pla & Sambal Hijau
- Tumbuk bawang putih 3biji halia seinci garam kunyit dan gaul (goreng garing).
- Tumbuk bawang putih 4biji seinci setengah halia dan garam (gaul perap) + bakar.
Sos Hijau Thai
- Tumbuk semua bahan + garam+gula.
Sumber: Yati Nawai Tukey Emas dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4.Resepi Miang Pla Mudah
Bahan-bahan
- Ikan talapia goreng
- Salad
- Suhun rendam air panas sampai lembut
- Sos siam
Sos siam
- Sos cili thai
- Sos ikan
- Daun ketumbar
- Cili api
- Bawang putih
- Garam
- Gula
Cara buat Miang Pla Mudah
Sos siam
- Campur semua sekali
- Suka masam, boleh perah limau sikit.
Sumber: Farhah Jamaluddin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Hidangan Sampingan Daripada Thailand Yang Popular?
Selain Miang Pla, Thailand cukup terkenal dengan beberapa lagi hidangan sampingan. Antaranya adalah:
1. Nam Tok
Nam Tok adalah hidangan daging lembu yang dipanggang dan dihiris nipis, dicampur dengan herba-herba segar. Bahan utama termasuk daging lembu, daun bawang, daun ketumbar, daun limau purut, cili padi, bawang merah, serbuk beras panggang, jus limau nipis dan garam.
2. Larb
Larb adalah hidangan daging cincang yang popular dari Thailand Utara. Bahan-bahan termasuk daging ayam cincang, daun pudina, daun ketumbar, daun bawang, bawang merah, cili padi, serbuk beras panggang, jus limau nipis dan garam.
3. Som Tam
Som Tam adalah salah satu hidangan salad yang terkenal di Thailand. Bahan-bahan utama termasuk betik muda, kacang panjang, tomato ceri, bawang putih, cili padi, limau nipis, gula melaka dan garam.
4. Yum Woon Sen
Yum Woon Sen adalah salad mihun kaca yang dicampur dengan sayur-sayuran segar. Bahan-bahan termasuk mihun kaca, udang, daun bawang, bawang merah, cili padi, daun ketumbar, jus limau nipis dan garam.
5. Kerabu Mangga
Kerabu Mangga adalah hidangan popular di Malaysia yang menggunakan mangga muda. Bahan-bahan termasuk mangga muda, bawang merah, cili padi, daun ketumbar, garam dan jus limau nipis.