Mee wantan ialah hidangan yang berasal dari masakan Cina yang terdiri daripada mee kuning yang dihidangkan dengan sup, sayur-sayuran dan wantan (dumpling yang berinti ayam atau udang). Bahan-bahan yang diperlukan ialah mee kuning, ayam cincang atau udang untuk inti wantan, kulit wantan, sayur-sayuran hijau, bawang putih, halia, stok ayam, kicap cair, garam dan lada putih.

Untuk memasaknya, rebus stok ayam dengan bawang putih dan halia. Sementara itu, sediakan wantan dengan mengisi kulit wantan dengan campuran ayam cincang atau udang yang telah dibumbui. Rebus wantan dalam air mendidih sehingga terapung. Celur mee dan sayur-sayuran. Hidangkan mee dalam mangkuk, tuang sup panas, letakkan wantan dan hiasi dengan daun bawang.

1. Resepi Mee Wantan Sup

Bahan-bahan

Wantan mee

  • Mee wantan
  • Kicap kipas udang (merah)
  • Minyak bijan
  • Minyak bawang putih (cincang bawang putih dan goreng hingga layu)

Wantan

  •  Udang
  • Ayam
  • Minyak bijan
  • Serbuk perasa
  • Tepung jagung
  • Lada putih

Minyak cili

  • cili flakes
  • minyak
  • serbuk pasti sedap Maggi

Sup

  • halia
  • bawang merah
  • bawang putih
  •  kiub pati ayam
  • fishball

Cara buat mee wantan sup

Wantan mee

  1. Leraikan mee, rebus seketika hingga air rebusan nampak likat, tos dan rendam dalam air bersuhu bilik, di toskan kembali.
  2. Satukan dengan bahan bahan yang lain.

Wantan

  1. Cincang daging ayam dan udang, satukan semua bahan. Perap dalam masa setengah jam.

Minyak cili

  1. Panaskan minyak, tutup api.
  2. Masukkan cili flakes dan serbuk perasa.

Sup

  1. Satukan semua bahan, setelah mendidih, tutup api dan tabur daun bawang.

Sumber: Nor Azianwaty Mohamad Aziz dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Mee Wantan Kicap

Bahan-bahan

  • Mee wantan
  • Bawang putih tumbuk halus
  • Lada sulah
  • Sos tiram
  • Minyak bijan
  • Kicap pekat
  • Garam / Gula
  • Tepung jagung
  • Mee kering dan sayur sawi celor sekejap
  • Ayam di perap dgn kicap masin, kicap manis & lada sulah pastu goreng..
  • Daun bawang sebagai hiasan

Cara buat mee wantan kicap

  1. Tumis bawang putih sehingga kekuningan titiskan sedikit minyak bijan, air, sos tiram, lada sulah & kicap pekat.
  2. Kemudian perasakan garam, gula dan secukup rasa last sekali masukkan tepung jagung, kuahnya biar agak pekat.
  3. Masak sehingga kuah menidih padam api…
  4. Mee yg telah di tos tdi masukkan dalam bekas gaulkan dengan sedikit kuah kicap dan tuang dalam mangkuk, selepas itu ayam yang di goreng dihiris nipis susun atas mee bersama sayur.
  5. Last tuang sedikit kuah kicap tadi, hias sedikit daun bawang dan siap.

Sumber: Qasih Jue Aisya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Mee Wantan Kicap (Resepi Asal Adam Corrie)

Bahan-bahan

Mee Wantan 

  • Mee wantan . Kalau guna mee lain, tak jadilah mee wantan. Rasa tak sama nanti
    (leraikan mee dahulu . kemudian dicelur bukan rebus tau, lepas tu masukkan dlm air sejuk pula, ulang step ini berkali-kali . Supaya mee tidak melekat )
  • Minyak bijan
  • Kicap pekat
  • kicap cair
  • Sos tiram- Sayur sawi / siew pak choi

Kulit Wantan 

  • tepung gandum
  • Sedikit tepung ubi atau tepung jagung
  • Air panas mendidih..
  • Sedikit garam
  • 1 sudu besar minyak masak

Isi / Inti Wantan

  • Udang (dicelur) atau ayam ( di cincang halus)
  • Daun bawang di ptg halus
  • Karot di potong halus..
  • tepung sikit
  • lada sulah
  • Garam
  • Sos tiram

Sup

  • Air
  • Lada sulah
  • Kiub ayam
  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng

Cara buat mee wantan kicap

Mee Wantan 

  1. Campur semua minyak dan kicap tu dalam pingan. Kemudian masukkan mee yang wantan dan gaul rata. Tak perlu masak.
  2. Tabur bawang goreng kalau suka.
  3. Letak sayur sawi / siew pak choi yang telah di celur di atas mee.

Kulit Wantan 

  1. Satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam serta minyak masak.
  2. Kemudian masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak lekat kat tangan.
  3. Uli hingga sebati kemudian biarkan kejap dlm 20 minit dlm bekas tertutup supaya doh tak keras.

Isi / Inti Wantan

  1. Gaul semua, nak tambah bawang besar pon boleh, nak tambah cendawan pun boleh.
  2.  Dah siap boleh di goreng atau masukkan dalam sup.

Sup

  1. Didihkan air, masuk lada sulah, kiub ayam, masukkan wantan yang dah siap ke dalam sup.
  2. Masakkan sekali dgn sup, dah nak siap, tabur daun ketumbar dan bawang goreng. Siap.

Sumber: Jannah Zulkifli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Mee Wantan Kicap Ipoh Style

Bahan-bahan

Sup

  • Halia hiris / ketuk
  • Bawang putih hiris
  • Kiub ikan bilis
  • Air
  • Minyak sikit untuk menumis
  • Dinsum / wantan
  • Pelbagai fishball
  • Daun bawang n sup

Bahan Rempah tumis

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Daun kari
  • Rempah daging
  • Air
  • Minyak utk menumis

Mee kicap

  • Minyak bijan*
  • Kicap pekat*
  • Kicap cair / masin*
  • Kicap manis*
  • Sos tiram*
  • Serbuk lada putih*
  • Sedikit sup yang dimasak tadi*
  • Mee wantan/mee kuning/yeeMee/mi urai

Cara buat mee wantan kicap ipoh style

Sup

  1. Tumis halia dan bawang putih hingga garing tambahkan air.
  2. Masukkan kiub tunggu mendidih, setelah mendidih letak wantan dan pelbagai fishcake, biar mereneh 5minit.
  3. Tutup api garamkan..tabur daun bawang dan sup.

Bahan Rempah tumis

  1. Tumis bawang merah dan putih hingga garing, letak daun kari kacau kejap.
  2. Masuakkan rempah kari daging yang telah dibancuh dgn sedikit air, tumis hingga naik minyak, garamkan sikit dan siap.

Mee kicap

  1. Masukkan kesemua bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk.
  2. Celur mee sehingga lembut.
  3. Masukkan mee yang telah lembut ke dalam mangkuk berisi aneka kicap.
  4.  Gaul rata mee.
  5.  Siap dihidangkan bersama rempah tumis dan sup.

Sumber: Cma Isma dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Selain Mee Wantan, Apa Lagi Menu Mee Yang Boleh Dicuba?

Mee wantan memang enak. Tapi ada banyak lagi menu mee yang boleh dicuba. Antaranya adalah:

1. Laksa

Laksa adalah hidangan mee yang popular dengan kuah yang kaya rempah ratus, santan dan ikan. Versi yang berbeza boleh didapati di seluruh Malaysia, dengan setiap daerah mempunyai resepi tersendiri.

2. Mee Curry

Mee curry merupakan hidangan mee kuning yang dihidangkan dengan kuah kari yang pekat berasaskan santan dan rempah ratus. Biasanya dihiasi dengan tauhu goreng, fishcake, dan sayur-sayuran.

3. Mee Goreng

Mee goreng adalah hidangan yang dimasak dengan cara menggoreng mee kuning bersama sayur-sayuran, telur dan protein pilihan. Ia dibumbui dengan kicap dan rempah ratus tempatan.

4. Mee Kari

Mee kari adalah sajian mee yang dihidangkan dengan kuah kari yang lebih cair berbanding mee curry. Ia biasanya mengandungi ayam, tauhu pok dan sayur-sayuran.

5. Mee Sup

Mee sup adalah hidangan mee dalam sup jernih yang dimasak dengan stok ayam, sayur-sayuran dan hirisan ayam. Ia merupakan hidangan yang ringan dan berkhasiat.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply