Mee suah merupakan sejenis mi halus yang diperbuat daripada tepung gandum dan telur, berasal dari tradisi masakan Cina. Ia mempunyai tekstur yang nipis dan lembut, sering digunakan dalam pelbagai hidangan seperti sup atau direbus.
Untuk memasak mee suah, pertama basuh mee suah dengan air sejuk. Kemudian rebus dalam air mendidih selama 2-3 minit sehingga lembut. Anda boleh menghidangkannya dengan sup ayam, seafood, atau dimakan bersama sos.
1. Resepi Mee Suah Simple
Bahan-bahan
- Mee suah
- Bawang putih
- Udang
- Tauhu lembut
- Daun bawang
- Daun sup
- Lada sulah
- Serbuk sedap rasa
- Garam
- Air
- Bawang goreng
- Cili merah potong
Cara buat Mee Suah Simple
- Tumis bawang putih.
- Masukkan udang dan air.
- Dah mendidih masukkan tauhu lembut,
- Selepas 3,4 minit masukkan mee suah, serbuk perasa, lada sulah dan garam.
- 3 minit dan angkat.
- Tabur daun sup dan daun bawang,
- Bawang goreng dan cili merah.
Sumber: Norim Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Mee Suah
Bahan-bahan
- Sepeket mee suah
- Ayam /udang potong kcik
- Telur 1
- Bwg merah 3ulas (tumbuk)
- Bwg putih 3 ulas (tumbuk)
- Halia ckit (potong/tmbuk)
- Sayur (carrot/ sawi)
- Kiub ayam 1
- Garam
- Air 5 cwn
- Minyak untuk menumis
Cara buat Mee Suah
- Panaskan minyak, tumis bawang, halia dah naik bau, masukkan ayam.
- Tunggu biar air ayam kering baru masukkan air.
- Bila dah mndidih, masukkan kiub ayam, garam, sayur dan telur.
- Last sekli baru masukkan mee tunggu seminit kacau dah boleh tutup api.
- Angkat dah bole hidangkan.
Sumber: Jewel Ecah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Mee Suah Wantan Fishball
Bahan-bahan
- Bawang putih
- Halia
- Air
- Ikan bilis
- Wantan
- Fishball
- Lada sulah
- Daun bawang
- Bawang goreng
Cara buat Mee Suah Wantan Fishball
- Tumis bawang putih dan halia.
- Tambah air.
- Letakkan ikan bilis dlm sejemput.
- Tak perlu letak garam.
- Rebus sebentar dalam 5 minit.
- Dah jadi stok, keluarkan ikan bilis (boleh goreng kalau nak, buat hiasan sebab ikan dah tawar)
- Stok yang ada tu, letakkan wantan, fishball dan mee suah.
- Sebelum angkat, letak lada sulah dan daun bawang. Tak perlu tambah garam sebab mee suah sudah masin.
- Hiaskan dengan bawang goreng.
Sumber: Ereen Hadi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Mee Suah Pedas
Bahan-bahan
- Sepaket mee suah
- Bawang merah dan putih (dihiris)
- Satu kiub pati ayam
- Sedikit cili padi ditumbuk kasar
- sayur-sayuran ikut suka
- Fish ball/sosej/isi ketam/ayam ikut suka nak letak apa
- Telur 2 biji
Cara buat Mee Suah Pedas
- Rebus bawang, cili api tumbuk, sayur sekali.
- Masukkan kiub pati ayam, bebola, garam secukup rasa.
- Masukkan mee suah dan telur.
Sumber: Nurhaslin Ealin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Alternatif Bagi Mee suah?
Jika anda tidak biasa dengan tekstur mee suah, terdapat pelbagai lagi jenis mee yang lain boleh menggantikan mee suah. 4 dibawah antara mee yang sesuai:
1. Ee Fu Mee
Mee jenis ini diperbuat daripada tepung gandum dan telur, mempunyai tekstur yang nipis dan lembut. Ia biasanya dimasak dengan cara digoreng atau direbus dan disajikan dengan sos atau sup.
2. Mee Hoon
Mee hoon dibuat daripada tepung beras, mempunyai rupa yang nipis dan putih. Ia popular dalam pelbagai hidangan seperti goreng, sup, dan pelbagai resipi tradisional.
3. Mee Kuning
Mee kuning dihasilkan daripada tepung gandum dan telur, memberikan warna kuning yang menarik. Ia kerap digunakan dalam hidangan seperti laksa, mee goreng, dan pelbagai masakan tempatan.
4. Mee Segera
Mee segera merupakan mee yang telah diproses dan dikeringkan, boleh dimasak dalam masa yang singkat. Ia popular kerana mudah disediakan dan tersedia dalam pelbagai perisa.