Mee kuah tulang ialah hidangan mi yang dihidangkan dengan sup pekat yang diperbuat daripada rebusan tulang lembu atau kambing. Bahan-bahan utama termasuk mi kuning, tulang lembu/kambing, bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun sup, daun bawang, lobak merah, dan perasa seperti garam dan lada hitam.

Cara masak dimulakan dengan merebus tulang selama 3-4 jam sehingga mendapat kaldu yang pekat. Tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi, masukkan kaldu dan biarkan mendidih. Rebus mi berasingan, kemudian susun dalam mangkuk dan tuang kuah panas. Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng.

1. Resepi Mee Kuah Tulang Warisan Ayahanda

Bahan-bahan

  • 3kg Tulang
  • 1kg Daging
    (rebus sampai daging empuk)
  • 100gm Cili kering
  • 3 ulas bawang besar
    sedikit udang kering (boleh letak udang basah)
    (kisar dan tumis sampai pecah minyak)
  • 4 biji Ubi Kentang (direbus dan dikisar halus)
  • 1/2 tin Susu cair
  • 1/2 tin Susu pekat
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Asam keping
  • 200gm Kacang tanah (kisar halus)
  • 3sb Tepung Jagung (dibancuh)
  • Daun bawang / daun sup ( saya letak dua2)
  • Garam & gula secukup rasa

Hiasan

  • Sawi & taugeh (celur)
  • Fishball
  • Telur rebus
  • Daun bawang
  • Daging rebus (potong halus)

Cara buat Mee Kuah Tulang Warisan Ayahanda

  1. Satukan bahan yang ditumis dalam rebusan tulang.
  2. Masukkan ubi kentang yang dikisar halus.
  3. Masukkan susu cair, susu pekat, sos tomato, sos cili, asam keping & kacang tanah.
  4. Perasakan dengan gula & garam.
  5. Masukkan air bancuhan tepung jagung.

NOTA

  • Rasa kuah mesti ada manis masam masin dan pedas.
  • Tekstur kuah mesti sedikit pekat, baru terangkat.

Sumber: Sarah Saidin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Mee Kuah Utaqa

Bahan-bahan

  • Tulang lembu (rebus hingga empuk air rebusan jgn buang)
  • Cili kering blend.
  • Bawang besar 1bj
  • Bawang putih 2 ulas
  • Sedikit belaacn@ udang kering
  • Halia.

Cara buat Mee Kuah Utaqa

  1. * Semua bahan blend..hancur.
  2. Ubi keledek rebus dan lenyek@ blend pun bole.
  3. Kacang tanah disangai dah sejuk blend kering hancur.
  4. Kalau nak cepat boleh blend ubi keledek sekali kacang tanah tadi. Tumis cili blend dan bahan blend tadi hingga wangi.
  5. Masukkan sos tiram, agak 2 sudu Sos cili agak 4 sudu.
  6. Kacau dan masukkan tulang dan air rebusan tadi,masuk ubi keledek dan kacang tanah tadi dan masak sampai didih.
  7. Masukkan garam, sedikit gula, secukup rasa maggi, sayur sawi dan tomato, boleh juga nak masuk telur, biar mendidih sekejap dan tutup api.
    -Mee kuning celur dulu sebelum letak kuah.
  8. Boleh hias ikut citarasa.
  9. Telur rebus, daun bawang, daun sup, asam limau nipis dan bawang goreng.

Sumber: Nor Asiah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Mee Kuah Tulang Keledek Merah

Bahan-bahan

  • Tulang dan daging rebus
  • Keledek merah
  • *Blend bawang besar
  • *Bawang putih
  • *Halia
  • *Cili kering
  • Serbuk sup adabi dua sudu
  • Serbuk perasa sikit
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Garam
  • Gula
  • Susu pekat manis

Cara buat Mee Kuah Tulang Keledek Merah

  1. Semua bahan bertanda * ni tumis sampai pecah minyak masuk perencah sup, letak kulit kayu manis sebatang cukup dan bunga lawang dlm 3 kuntum, dan tuang masuk dalam rebusan daging tadi.
  2. Ubi keledek merah dalam 3 biji rebus dan blend dan masuk dalam periuk.
  3. Masuk pula segala sos tadi.
  4. Perasakan dengan garam gula dan susu pekat manis.
  5. Dah siap boleh lah taburkan hirisan daging, telur rebus, tauhuoreng, sawi celur, daun bawang sup, taugeh, cili potong dan bawang goreng.

Sumber: Finaz Rizal dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Mee Kuah Tulang

Bahan-bahan

  • Tulang
  • Bawang besar, bawang kecil
  • Halia
  • Cili kering
  • Udang kering
  • Ubi keledek
  • Gula
  • Garam
  • Sawi
  • Tomato
  • Telur

Cara buat Mee Kuah Tulang

  1. Rebus tulang sampai empuk.
  2. Blender*bawang besar, bawang kecik, bawang putih, halia, cili kering + udang kering secubit.
  3. Tumis sampai pecah minyak, dan masukkn sos cili + sos tiram.
  4. Blender*ubi keledek + udang, masukkn selepas bahan tumis dah pecah minyak, then masukkan tulang yang dah direbus sekali air rebusan tulang.
  5. Masukkn perasa gula + garam.
  6. Masukkan sawi + tomato.
  7. Telur (optional)
  8. Then siap boleh hidang mkan.

Sumber: Maisara Rahman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Alternatif Bagi Mee Kuah Tulang?

Bagi penggemar mee tetapi ingin mencuba menu selain Mee Kuah Tulang, ini 5 lagi menu yang dapat dikongsikan:

1. Mee Rebus

Mee rebus adalah hidangan mi yang popular dengan kuah pekat berwarna coklat kekuningan yang diperbuat daripada campuran ubi keledek, udang kering dan rempah ratus.

2. Mee Bandung

Hidangan ini berasal dari Muar, Johor yang terkenal dengan kuah merah jambu yang diperbuat daripada campuran santan, susu dan tomato puri.

3. Mee Kari

Hidangan mi berkuah yang mempunyai rasa kari yang kuat hasil daripada campuran rempah kari, santan dan stok ayam.

4. Mee Soto

Hidangan mi yang dihidangkan dengan sup rempah yang diperbuat daripada stok ayam dan rempah seperti kunyit, serai, dan halia.

5. Mee Laksa

Hidangan mi yang popular dengan kuah yang diperbuat daripada ikan, santan dan rempah ratus yang memberikan rasa yang unik dan menyelerakan.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply