Mac and cheese ialah hidangan pasta yang berasaskan makaroni dan sos keju. Ia merupakan hidangan popular dari Amerika Syarikat yang kini terkenal di seluruh dunia sebagai makanan yang mengenyangkan dan memberi kepuasan.

Bahan-bahan utama termasuk makaroni, keju cheddar, susu, mentega, tepung gandum, garam dan lada hitam. Cara membuatnya: Rebus makaroni sehingga lembut. Sementara itu, cairkan mentega dalam periuk, masukkan tepung dan kacau. Tambah susu sedikit demi sedikit sambil mengacau. Masukkan keju sehingga cair, kemudian masukkan makaroni yang telah direbus. Kacau rata dan hidangkan.

1. Resepi Mac And Cheese

Bahan-bahan

  • 1 pek 400g makaroni (direbus)
  • 2 ketul dada ayam (potong kecil)
  • 2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 4 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1 tin susu cair
  • 4 cawan air rebusan makaroni
  • 2 sudu besar serbuk pati ayam
  • 1 pek cheese

Cara buat mac and cheese

  1. Rebus makaroni dalam air. Masukkan sedikit minyak supaya makaroni tidak melekat. Setelah lembut, asingkan 4 cawan air rebusan. Tos dan ketepikan.
  2. Cairkan marjerin, masukkan isi ayam. Kacau sesekali higga masak. Keluarkan.
  3. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum dan gunakan whisk untuk kacau. Kacau seketika.
  4. Masukkan susu cair, air rebusan dan serbuk pati ayam. Kacau sentiasa sehingga tiada ketulan tepung dan sebati.
  5. Masukkan cheese dan kacau sehingga cair sepenuhnya.
  6. Hidangkan bersama makaroni dan isi ayam. Tambahkan chilli flakes untuk lebih pedas.

Sumber: Nanie Sulong dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Mac And Cheese Bakar

Bahan-bahan

  • 1 bungkus makaroni
  • 250g cream cheese
  • Cheese keping
  • Susu full cream / susu segar / susu sejat
  • Sedikit tepung jagung dibancuh dengan air
  • Perasa ayam

Cara buat mac and cheese

  1. Rebus makaroni dan toskan.
  2. Masukkan susu dan cream cheese, kacau sehingga sebati baru buka api dan campurkan semua bahan.
  3. Masukkan makaroni, kacau hingga sekata.
  4. Angkat dan masukkan dalam bekas untuk bakar, susun cheese di atas. Tabur oregano dan bakar pada suhu 180c selama 6-10 minit.

Sumber: Rasyidah Abdullah dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Mac And Cheese 3 Bahan

Bahan-bahan

  • 5 cawan susu segar
  • 300g makaroni
  • 2 cawan cheddar cheese parut

Cara buat mac and cheese

  1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masak sehingga hampir mendidih.
  2. Masukkan makaroni dan kacau sehingga kembang.
  3. Masukkan semua cheese dan gaul lagi. Siap.

Sumber: Mya Ja’amat dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Mac And Cheese Daging Bakar

Untuk 10 orang makan. Sila sesuaikan bahan mengikut bilangan yang anda inginkan.

Bahan-bahan

  • 3 pek makaroni (direbus)
  • 3 pek daging kisar
  • 2 tin sos tradisional Prego
  • 1 tin susu cair @ whipping cream
  • 2 tin cendawan butang (dihiris)
  • 10 biji cendawan shiitake (rendam dan hiris)
  • 10 biji bawang putih (tumbuk atau kisar)
  • 5 sudu besar cili boh
  • 1 buku butter
  • Herba mix herb @ oregano @ rosemary
  • Cheddar cheese
  • Garam & gula

Cara buat mac and cheese

  1. Tumis bawang dengan butter sehingga naik bau. Masukkan cili boh, masak sehingga naik minyak.
  2. Masukkan daging kisar dan kacau hingga air dari daging kering. Masukkan sos prego, cendawan dan susu cair. Kacau sebati dan masukkan herb. Perasakan dengan garam dan gula.
  3. Masukkan makaroni yang sudah direbus tadi ke dalam kuah sos dan kacau sebati. Jangan biar sehingga kering.
  4. Masukkan ke dalam loyang. Tabur @ carikkan cheese di atas. Bakar pada suhu 170°c dalam 15 minit.

Sumber: Farizah FieMarissa dari Masak Apa Hari Ni

 

Selain Mac And Cheese, Apa Hidangan Pasta Yang Popular?

Selain Mac and Cheese, terdapat 5 jenis pasta lain yang popular di Malaysia. Antara hidangan pasta yang sering menjadi pilihan ramai adalah seperti berikut:

1. Fettuccine Alfredo

Fettuccine Alfredo adalah hidangan pasta Italia yang dibuat dengan pasta fettuccine yang dimasak bersama sos krim yang diperbuat daripada mentega, krim masakan dan keju parmesan. Ia merupakan hidangan pasta klasik yang popular di restoran-restoran Barat.

2. Spaghetti Carbonara

Carbonara adalah hidangan pasta Itali yang dibuat menggunakan pasta spaghetti dengan sos yang diperbuat daripada telur, keju parmesan, lada hitam dan krim masakan. Ia merupakan hidangan yang ringkas tetapi penuh dengan rasa yang lazat.

3. Lasagna

Lasagna ialah hidangan pasta yang dibuat dengan berlapis-lapis kepingan pasta lasagna, sos daging cincang, sos putih bechamel dan keju. Hidangan ini memerlukan masa yang lebih lama untuk disediakan berbanding pasta yang lain tetapi hasilnya sangat memuaskan.

4. Pasta Primavera

Pasta Primavera adalah hidangan pasta yang dimasak bersama pelbagai sayur-sayuran seperti brokoli, lobak merah, zucchini dan cendawan dalam sos krim. Ia merupakan pilihan yang lebih ringan dan sihat berbanding pasta bersos keju.

5. Baked Ziti

Baked Ziti ialah hidangan pasta yang dibakar di dalam ketuhar dengan sos tomato, keju mozzarella dan keju parmesan. Ia mempunyai tekstur yang berbeza daripada pasta biasa kerana proses pembakaran menjadikan bahagian atasnya rangup dan kekuningan.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply