Lontong adalah sejenis masakan berkuah yang diperbuat daripada santan kelapa dan sayur-sayuran. Bahan-bahan asas termasuk kacang panjang, terung, lobak, kubis, tauhu, tempe, cili, bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun kunyit, garam dan serbuk perasa mengikut citarasa.

Cara memasak lontong bermula dengan menumis bahan-bahan kisar seperti bawang, halia dan cili sehingga wangi. Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih. Masukkan sayur-sayuran mengikut ketahanan masing-masing, bermula dengan yang keras seperti lobak, diikuti dengan kacang panjang, terung dan akhir sekali tauhu serta tempe. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.

1. Resepi Lontong Sedap

Bahan-bahan lontong

Bahan A

  • Bawang merah 7 ulas
  • Serai 2 batang
  • Lengkuas 2 hiris nipis
  • Halia 2 hiris nipis
  • Udang kering 2 sb
  • Ikan bilis segenggam
  • Buah keras 1 biji
  • Kunyit hidup sebesar ibu jari
    (Blend semua bahan diatas)

Bahan B

  • udang segar
  • kobis
  • kacang panjang
  • lobak merah
  • kentang
  • suhun & fucuk
  • bahan perasa
  • santan kotak

Bahan lain

  • Nasi impit
  • Telor rebus

Cara buat lontong 

  1. Blend hancur bahan A.
  2. Satukan dalam periuk bersama santan & air
  3. Didihkan dan masuk sayuran yang keras dahulu seperti kentang & lobak merah
  4. Perasakan dan masukkan baki sayuran yg lain & udang (agak lembut sayur boleh tutup api)

 

Sambal bilis

Bahan-bahan sambal bilis

  • bawang besar 3 biji
  • bawang besar 1 biji (dimayang)
  • cili kering siap blend 3 senduk nasi
  • daun pandan
  • ikan bilis 2 genggam
  • air asam jawa sedikit
  • garam gula

Cara-cara buat sambal bilis

  1. Panaskan minyak, tumis bawang yang dah siap blend dan mayang bersama daun pandan
  2. Selepas warna agak kekuningan masuk cili blend, gula dan air asam
  3. Tumis sampai bertukar warna. Masukkan ikan bilis dan perasakan garam gula dan siap!

Sumber: Naa O Man dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Kuah Lontong

Bahan-bahan kuah lontong

  • 1/4 biji kubis
  • 1 batang lobak merah – potong panjang
  • 9 batang kacang panjang
  • 1 ikat soo hoon
  • 1 keping fucuk – potong panjang
  • 1 keping tempe – potong dadu dan goreng dahulu
  • 2 batang serai – ketuk
  • 1 cawan udang hidup
  • 1/2 biji kelapa parut
  • Garam gula secukup rasa
  • Serbuk kunyit

Bahan kisar

  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar udang kering

Cara-cara buat kuah lontong 

  1. Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya
  2. Masukkan udang dan sayur-sayur yang keras
  3. Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih
  4. Masukkan kunyit sampai warna nampk cantik, semua sayur, soo hoon dan tempe yg digoreng. Kacau menggunakan api perlahan
  5. Masukkan gula dan garam secukup rasa

Sumber: Arani Zawawi dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Lontong Sedap

Bahan-bahan lontong

  • halia
  • kunyit
  • lengkuas
  • bawang besar
  • serai
  • udang kering
  • buah keras
    (diblender semua)
  • sayur keras: sengkuang, lobak merah, jagung, tempe
  • sayur lembut: kacang panjang, cili besar, kobis, terung, tauhu
  • fuchuk dan suhun direndam

Cara buat lontong sedap

  1. Panaskn air higga mendidih baru masukkan bahan diblender
  2. Masak lagi hingga mendidih, masuk sayur keras supaya jadi lembut sikit
  3. Masuk sayur lembut, fucuk dan suuhun
  4. Masak seketika agak-agak sudah lembut sayur, perasakan masin
  5. Masukkan sekeping 2 asam keping dan santan
  6. Masukkan perasa dan tutup api

Tips:

  • untuk elak kuah lambat basi, guna santan kotak

Sumber: Nor Hazwani dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Menu Sayur Yang Popular?

Mudah sahaja kan resepi lontong ni. Paling ngam kalau makan bersama sambal tumis dan nasi impit. Mmm memang lemak-lemak padu! Tak perlu tunggu raya, masak sendiri pun boleh. Selamat mencuba! Selain dimasak lontong, sayur juga enak jika dimasak gulai dan dalca. Antara menu sayur yang popular selain lontong adalah:

1. Sayur Masak Lemak

Hidangan berkuah santan yang dimasak dengan pucuk paku atau sayur-sayuran lain seperti nangka muda dan rebung. Kuahnya pekat, manis dan lemak dengan gabungan rempah ratus tempatan.

2. Gulai Nangka

Masakan berkuah yang menggunakan nangka muda sebagai bahan utama. Dimasak dengan santan dan rempah ratus sehingga nangka menjadi lembut dan menyerap rasa kuah yang sedap.

3. Dalca Sayur

Masakan yang berasal dari India tetapi popular di Malaysia, mengandungi kacang dal kuning dan pelbagai sayur-sayuran yang dimasak dalam kuah yang pekat dengan rempah.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply