Lepat pisang adalah sejenis kuih tradisional Melayu yang dibuat menggunakan pisang masak, tepung beras, garam dan daun pisang sebagai pembungkus. Untuk membuatnya, pisang perlu dilenyek sehingga hancur dan dicampur dengan tepung beras serta sedikit garam. Campuran ini kemudian dibungkus dengan daun pisang dan dikukus sehingga masak.
1. Resepi Lepat Pisang Berangan
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu tepung beras
- 1 1/4 cawan pisang berangan
- 1 cawan santan
- 1/2 cawan gula perang nk guna gula putih pun ok
- Sedikit garam
- Kelapa parut (optional)
- Daun pisang layur atas api potong lebar 7″ dan panjang 8″
Cara buat lepat pisang berangan
- Caranya campur pisang, gula, tepung, garam dan santan secara sikit-sikit dan agak-agak.
- Apabila dah sebati, agak-agak adunan tak terlalu cairatau keras sangat seterusnya letakkan 1 sudu adunan pisang tadi atas daun dan bubuh sikit kelapa parut.
- Balut kemas daun pisang dan buat hingga habis.
- Panaskan kukusan terlebih dahulu kemudian kukus selama 20 – 25 minit atau sehingga masak .
Sumber: Shidah Asmuni dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
2. Resepi Lepat Pisang (Campuran Tepung Beras + Tepung Gandum)
Bahan-bahan
- 6 biji pisang
- 10sb gula merah/brown sugar
- 1 cawan tepung beras
- 1.5 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan
- 3sb desiccated coconut (korang guna la kelapa parut) – optional
- Garam secukup rasa
Cara buat lepat pisang
- Dalam bowl, satukan pisang + gula + garam.
- Lenyek sebati.
- Masukkan tepung beras + gandum.
- Masukkan santan.
- Masukkan desiccated coconut.
- Gaul mesra sebati.
- Sediakan daun pisang yg dah dilayur dan dibersihkan.
- Sudukan 2sb adunan ke atas daun pisang.
- Lipat dan bungkus kemas.
- Kukus selama 15-20min.
Sumber: Ogyep Manap dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
3. Resepi Lepat Pisang Berinti
Bahan-bahan
- 3 cwn pisang siap dilenyek
- 1 cwn tepong gandum.
- 1 sdm tepung pulut atau tepung jagung
- 3 sd gula merah
- 3 sdm susu pkt.
- 3 sdm santan pkt
- Sedikit garam.
Cara buat lepat pisang berinti
- Campur semua bahan. Kalau nak manis boleh letak gula.
- Inti kelapa muda diparut putihnya sahaja + garam.
- Daun pisang dilayur dan dilap.
- Bungkus adunan tadi hingga habis.
- Kukus 30 minit.
Sumber: Badariah Abdrahman dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
Alternatif Kuih Tradisional Selain Lepat Pisang?
Selain Lepat Pisang, banyak lagi kuih tradisional lain yang sedap dan menarik untuk dihidangkan. Antaranya adalah:
1. Kuih Koci
Kuih koci adalah kuih tradisional yang dibuat daripada tepung pulut yang diisi dengan kelapa parut yang dimasak dengan gula melaka. Ia dibungkus dengan daun pisang dalam bentuk segitiga dan dikukus sehingga masak.
2. Kuih Pau
Kuih pau adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung gandum yang difermentasi dan diisi dengan kacang merah manis atau kelapa. Ia dikukus sehingga mengembang dan lembut.
3. Nagasari
Nagasari merupakan kuih kukus yang diperbuat daripada tepung beras, santan, gula dan pisang. Adunan ini dibungkus dengan daun pisang dan dikukus sehingga masak.
4. Kuih Keria
Kuih keria adalah kuih tradisional yang diperbuat daripada ubi keledek yang dilenyek dan dicampur dengan tepung gandum. Ia kemudian dibentuk seperti donut dan digoreng sehingga keemasan.
5. Kuih Kasturi
Kuih kasturi adalah sejenis kuih kukus yang diperbuat daripada tepung pulut yang diisi dengan inti kelapa yang dimasak dengan gula melaka. Ia dibungkus dengan daun pandan dan dikukus sehingga masak.