Lempeng merupakan menu paling ringkas sekali untuk dibuat. Berbekalkan garam, air dan tepung sahaja. Tapi pada kali ini kami ingin kongsikan pelbagai versi resepi lempeng untuk anda cuba dirumah.
Selain resepi nasi lemak yang cukup biasa, lempeng ini sesuai untuk sarapan pagi dan juga minum petang.
1. Resepi Lempeng Kelapa Lembut
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 2 cawan kelapa muda parut
- 1/4 cawan santan
- 1 cawan air kelapa @ air biasa pun boleh
- Garam secukup rasa
Cara-cara buat lempeng kelapa
- Gaulkan sebati.
- Panaskan kuali dan selamat melempeng.
Sumber: Azizah Ali dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Lempeng Gebu
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung gandum
- 2 cawan air (500ml)
- 1 sudu kfc baking powder
- 1 sudu kecik garam
- 1 sudu besar gula
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 biji telur
Cara-cara buat lempeng gebu
- Kisarkan semua bahan.
- Semasa masak tidak perlu letak minyak kerana dalam adunan dah ada minyak.
Sumber: Norhafizah Ali dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Lempeng Nasi
Bahan-bahan lempeng nasi
- 2 cawan nasi
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 3 cawan air
- 1/2 kiub pati ayam atau ikan bilis
- Sedikit garam
Cara-cara buat lempeng nasi
- Kisar nasi dengan 2 cawan air hingga hancur.
- Tuang dalam bekas yang mengandungi tepung gandum, kiub, garam dan 1 cawan air. Gaul rata dan sebatikan.
- Panaskan kuali non stick. Sapu sedikit minyak dan tuang sesenduk adunan. Ratakan.
- Apabila dah nampak garing, terbalikkan, dan bila dah masak angkat lempeng.
Sumber: Zura Zul dari Masak Apa Hari Ni
Akhir kata
Lempeng memang sesuai dimakan bersama kuah kari atau sardin. Jangan lupa cuba resepi yang lain pula.
Semoga pagi anda sentiasa ceria.
Selamat mencuba!