Ada lala di rumah tapi taktahu nak masak apa? Jom tengok pelbagai resepi lala yang kami kongsikan ini. Semuanya sedap belaka. Anda boleh pilih mengikut citarasa anda. Ada yang pedas, berlemak, masam manis, anda pilih sahaja.

Teruskan membaca perkongsian kami ini.

1. Resepi Lala Masak Pedas

Bahan-bahan

  • 1kg lala
  • 5 ulas bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit halia
  • Lada kering
  • 5 tangkai cili api
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Sedikit gula
  • 4-5 tangkai daun limau purut

Cara buat lala masak pedas

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia, lada kering dan cili api sekali.
  2. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar.
  3. Masukkan sekali serai dan daun limau purut/
  4. Perasakan dengan gula dan garam jika perlu.
  5. Masukkan lala dan kacau sebati. Tunggu sehingga lala terbuka dan masak. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Jaja Nawi dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Lala Masak Kam Heong

Bahan-bahan

  • 1/2kg lala
  • 1 sudu besar udang kering (ditumbuk/cincang)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang besar/holland (dicincang)
  • 2 inci halia (dimayang halus)
  • 4 biji cili padi (potong halus atau ketuk)
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit daun sup
  • Garam dan gula

Bahan-bahan pes

  • 1 1/2 sudu besar rempah kari (bancuh dengan air)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap

Cara buat lala masak kam heong

  1. Campurkan kesemua bahan pes ke dalam satu mangkuk.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang holland, halia dan bawang putih.
  3. Masukkan daun kari dan tumis sehingga naik bau.
  4. Apabila bau sudah harum, masukkan cili padi dan udang kering. Tumis lagi sehingga kekuningan.
  5. Tuangkan pes yang dibancuh tadi.
  6. Masak sebentar sehingga pekat dan mendidih, tuangkan air.
  7. Perasakan dengan garam dan gula.
  8. Tambahkan lala dan gaul sebati. Biarkan dalam 5 minit.
  9. Taburkan daun sup atau daun bawang dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Liza Idris dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Lala Masak Lemak

Bahan-bahan

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Kunyit hidup
  • Cili kering
  • Halia
  • Asam keping
  • Lala
  • Daun kunyit (disiat)
  • Santan pekat
  • Garam

Cara buat lala masak lemak

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, cili kering dan halia.
  2. Letakkan bahan kisar ke dalam periuk dan tambahkan sedikit air.
  3. Letakkan asam keping dan kacau rata. Biarkan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan lala dan daun kunyit.
  5. Tambahkan santan pekat dan taburkan garam secukupnya.
  6. Kacau sebati dan tunggu sehingga lala masak. Boleh juga tambahkan cili api bagi pedas.

Sumber: Cindai Desa dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Tumis Masam Manis

Bahan-bahan

  • 4 sudu cili kisar
  • Garam
  • Gula Serai (dititik)
  • Pes mangga
  • Nenas kiub tin
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Halia (hiris nipis)
  • Bawang putih (hiris nipis)
  • Bawang merah (hiris nipis)
  • 5-6 biji cili padi
  • Daun ketumbar

Cara buat lala masam manis

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang dan halia yang sudah dihiris.
  2. Tambahkan cili kisar dan serai. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, pes mangga dan nenas. Gaul sebati.
  4. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan lala.
  5. Gaul sebati dan biar sehingga masak.
  6. Taburkan cili padi dan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Fatimah Saari dari Masak Apa Hari Ni

 

Akhir kata

Sekian perkongsian resepi lala yang pelbagai ini untuk anda. Selepas ini, boleh cuba masak di rumah.

Selain itu, kami juga ada kongsikan resepi shell out  dan masakan seafood lain untuk anda.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply