Laksa Mee merupakan laksa dalam bentuk mee halus yang dimakan dengan kuah asam ikan kembung. Kuah untuk laksa mee seakan-akan kuah laksa tetapi agak cair. Laksa mee Pangkor memang cukup familiar di kalangan orang Perak terutama orang Pangkor, Lumut, Pantai Remis dan sekitarnya. Kalau di tempat lain mungkin agak susah kita nak jumpa Laka Mee Pangkor ini. 

Cara membuatnya adalah dengan mencelur mee laksa sehingga lembut. Untuk kuah, rebus asam gelugur, bawang merah, bawang putih, garam dan ikan kembung hingga ikan empuk. Perisikan ikan (kisar tulang ikan dan tapis, ambil airnya). Isi ikan boleh dikisar halus atau kisar kasar. Boleh juga biarkan ikan rebus seeekor begitu. Tuang air rebusan ikan, air kisaran tulang ikan dan isi ikan kembali ke dalam periuk. Didihkan hingga menggelegak. Tambah garam secukupnya dan sedikit gula (untuk seimbangkan rasa). Sementara itu, panaskan sesudu makan minyak dalam kuali, goreng bawang merah dan putih hingga perang (jangan sampai terlalu garing), kemudian tuang semuanya dalam kuali sup ikan tadi. Tutup api, tabur cincangan daun sup dan daun bawang. Hidangkan mee didalam kuah dan bersama sambal udang.

1. Resepi Laksa Mee

Bahan-bahan

  • Laksa (boleh beli di Lumut)
  • Udang
  • Kacang pjg
  • Cili kering
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan
  • Sup bunjut
  • Asam jawa
  • Garam
  • Daun sup

 

Cara buat laksa mee

  1. Rendam laksa dan masak hingga lembut.
  2. Celur kacang panjang.
  3. Asingkan isi udang dan kulit, rebus kulit untuk buat stock. Tumis bahan-bahan penumis, bila garing masukkan stok tadi bersama sup bunjut.
  4. Biar mendidih dan tabur sedikit daun sup, garam. Sup siap.
  5. Untukk sambal, kisar bawang merah dan putih bersama belacan, tumis hingga garing, masukkan cili kisar maska biar lama dan msukkan udang.
  6. Gaul sebati dan masukkan pes asam jawa dan sedikit air. Perasakan dengan garam dan siap.

Sumber: Kak Yong Asmahan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Laksa Mee Merdeka

Bahan-bahan

Kuah laksa mee

  • Ikan/ketam/udang
  • Asam keping
  • Garam

    (rebus semuanya kemudian letak garam skit )

Sayur kacang 

  • Kacang panjang ( dihiris nipis)
  • Lobak masin ( dihiris nipis)
  • Bawang putih+bwang bsr ( dihiris nipis)
  • Udang/isi ikan/isi ketam

    (dipotong ikut kehendak)
  • Kicap manis
  • Garam

Sambal

  1. Cili kering
  2. Bawang bsr
  3. Bawang putih ( dihiris nipis)
  4. Air asam jawa
  5. Cuka
  6. Cili api

Cara buat laksa mee

  1. Tumis bwang putih+bawang besar.
  2. Masukkan lobak masin.
  3. Kemudian masukkan udang/ isi ikan/ isi ketam
  4. Seterusnya masukkan kacang panjang.
  5. Letak sedikit kicap.
  6. Tutup api letak sedikit garam.

Sambal

  1. Cili kering direbus kemudian dikisar bersama bawang bessr dan cili api.
  2. Letakkan dalam mangkuk.
  3. Masukkan sedikit air asam jawa dan cuka.
  4. Kemudian goreng bawang putih yang dihiris dan tabur bersama minyak yang digoreng atas cili kering tadi

    (tumis darat namanya).

Mee

  1. Laksa mee di rebus

Sumber: Junainie Omar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Laksa Mee Original

Untuk 5-6 orang makan

Bahan-bahan

  • * 3 ulas bawang putih (hiris tebal)
  • * 3 ulas bawang merah (hiris)
  • * 3-4 keping asam keping
  • * 1 batang serai (dititik)
  • * Garam secukunya.
  • * Bahan perasa secukupnya (ajinomoto)
  • Daun sup (potong kasar)
  • 7 urat kacang panjang (potong kecil)
  • Sebungkus kecil lobak masin
  • Cili kering kisar
  • 1 kilo ikan temenung (kembung)
  • 1 sudu kicap manis.
  • 2 ikat laksa mee. Mee ini hanya dijual di tempat tertentu sahaja seperti di sekitar Manjung.

 

Cara buat laksa mee original

  1. Potong isi ikan mentah, isi tersebut dibelah 2 kecil, asingkan. Bahagian yang lain termasuk tulang direbus dan dikisar. Kemudian tapis (seperti buat kuah laksa), masukkan isi dan tapisan air tulang kedalam periuk. Tambah air kedalam periuk, ikut pada kita nak kuah pekat mana.
  2. Masukkan semua yang bertanda * kedalam periuk isi ikan tadi. Masak diatas api.
  3. Jika sudah mendidih, masukkan daun sup dan biarkan sup menggelegak seketika. Kemudian tutup api.
  4. Masukkan 2-3 sudu minyak masak ke dalam kuali, goreng potongan kacang panjang seketika. Angkat dan asingkan.
  5. Ulang cara yang sama untuk menggoreng lobak masin yang telah dicincang. Angkat dan asingkan.
  6. Masukkan sedikit minyak dan tumis cili kisar. masukkan sedikit garam dan bahan perasa. Jangan masukkan air asam pula ye. Masukkan 1 sudu kicap manis dan angkat masukkan dalam mangkuk.
  7. Mee dibasuh sekejap dan direbus hingga lembut, kemudian toskan. Siap.

Sumber: Anita Adnan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Menu Mee Yang Popular?

Semoga dengan perkongsian resepi laksa mee ini mendapat sedikit manfaat untuk anda.Peminat laksa? Jom baca ada resepi laksa johor, laksa sarawak, laksa penang dan laksa utara khas kami kongsikan untuk anda. Jika bukan peminat laksa, anda mungkin boleh cuba menu mee lain yang popular ini:

1. Curry Mee

Curry mee ialah hidangan mi yang dihidangkan dengan kuah kari yang kaya dengan rempah ratus. Hidangan ini menggunakan campuran santan, serbuk kari, dan pelbagai rempah tradisional untuk menghasilkan rasa yang unik dan memikat.

2. Mee Goreng Mamak

Mee goreng mamak adalah hidangan mi yang digoreng dengan campuran sayur-sayuran, telur dan rempah khas. Rasanya yang pedas dan manis menjadikan hidangan ini satu pilihan popular di seluruh Malaysia.

3. Hokkien Mee

Hokkien mee adalah hidangan mi yang dimasak dengan kicap hitam pekat. Ia dimasak dengan udang, sayur-sayuran hijau dan bawang goreng yang memberikan rasa yang tersendiri.

4. Char Kway Teow

Char kway teow adalah hidangan kuey teow yang digoreng dengan telur, taugeh dan sayur-sayuran. Rasanya yang smoky dan sedap menjadikan hidangan ini popular di Malaysia.

5. Wantan Mee

Wantan mee adalah hidangan mi kuning yang dihidangkan dengan wantan, sayur-sayuran hijau dan sos khas. Hidangan ini popular di kedai-kedai makan Cina dan gerai-gerai jalanan.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply