Air laicikang merupakan minuman sejuk tradisional yang berasal dari China. Ia dibuat daripada bahan utama seperti ais, air, gula, dan beberapa bahan tambahan seperti kacang, sagu, biji selasih dan getah anggur.

Untuk menyediakan air laicikang, campurkan ais kisar dengan air dan gula. Tambah kacang tanah, sagu merah, biji selasih, biji kembang semangkuk dan getah anggur. Kacau sebati sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki, kemudian hidangkan dalam gelas dengan hiasan seperti buah.

1. Resepi Laicikang Mewah

Bahan-bahan

  • Biji kembang semangkuk (rendam dulu 3 jam)
  • Katira (rendam 3 jam)
  • Longan kering (rendam kejap 5 min )
  • Biji selasih (rendam 5 min)
  • Kacang tanah sangai
  • Buah laici
  • Buah kundur kering
  • Barli (rebus dulu)
  • Buah Lo Han Ko
  • Red dates
  • Buah kabung
  • White fungus (rendam dulu 2 jam)
  • Daun pandan
  • Gula batu

Cara nak buat Laicikang Mewah

  1. Rebus air bersama daun pandan, gula batu dan buah Lo Han Ko.
  2. Bila dah gelegak masukan red dates dan longan kering.
  3. Biarkan seketika.
  4. Kemudian siap, ceduk lbubuh dalam jag/mangkuk isikan bahan lain nak minum sejuk letak air batu.

Sumber: Aida Surieany Othman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Air Laicikang Simple

Bahan-bahan

  • Air masak
  • Air gula merah
  • Air gula
  • Natadecoco
  • Cincau (potong dadu)
  • Laici tin
  • Agar2 warna merah & hijau (potong dadu)
  • Selasih
  • Kacang
  • Kundur manis kering.
  • Kembang semangkuk
  • Ais ketul

Cara nak buat Air Laicikang Simple

  1. Satukan 1 liter air masak + air gula merah 5 sudu + 2 senduk air gula.
  2. Masukan laici 1 tin + natadecoco (isi sahaja) + cincau + agar-agar merah & hijau + selasih + kuncur manis kering & kembang semangkuk (rendam bagi kembang dulu dengan air masak).
  3. Gaul sampai sebati.
  4. Simpan dalam peti sejuk.
  5. Last letak ais & kacang

Sumber: Sazwani Maarof dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Laicikang Sedap

Bahan-bahan

  • Longan dalam tin (air jangan buang)
  • Laici dalam tin (air jangan buang)
  • Biji selasih
  • Cincau
  • Nata di coco (buang air nya)
  • Limau kasturi (ikut suka, kalau suka masam letak banyak)
  • Air batu

Cara nak buat Laicikang Sedap

  1. Tuangkan laici dan longan bersama sama airnya, letak biji selasih dan cincau dan nata de coco, perah kan limau nipis.

Sumber: Salina Samad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Laicikang

Bahan-bahan

  • Cincau (dicincang)
  • Kundur sepekat kecil
  • Laici (1 tin)
  • Nata De Coco
  • Kacang tanah
  • Kurma Cina kering (rendam sekejap)
  • Beras barli (direbus sampai kembang)
  • Biji selasih (direndam hingga kembang)
  • Buah kembang semangkuk (direndam sampai kembang)
  • Span jely (direndam kembang)
  • Longan kering (direbus dgn gula melaka)

Cara nak buat Laicikang

  1. Campurkan kesemua bahan tadi dan sedia untuk diminum sejuk atau panas.

Sumber: Linda Azlinda dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Apa Lagi Minuman Penyejuk Tekak Yang Popular?

Jika sukar untuk membuat atau mendapatkan air laicikang, tak apa banyak lagi minuman penyejuk tekak yang lain boleh dicuba. 5 diantaranya adalah:

1. Cincau Hijau

Cincau hijau adalah minuman sejuk yang diperbuat daripada daun cincau yang dikisar dan dicampur dengan air dan gula. Minuman ini mempunyai warna hijau yang menarik dan rasa yang menyegarkan.

2. Teh Ais

Teh ais merupakan minuman popular yang diperbuat daripada teh hitam yang dicampur dengan ais dan gula. Ia merupakan pilihan minuman yang lazat dan menyegarkan di Malaysia.

3. Sirap Bandung

Sirap bandung adalah minuman susu yang dicampur dengan sirap ros merah. Ia mempunyai warna merah jambu yang cantik dan rasa yang manis.

4. Air Mata Kucing

Air mata kucing adalah minuman tradisional yang dibuat daripada buah-buahan seperti longan dan biji mata kucing. Ia mempunyai rasa yang manis dan menyegarkan.

5. Coconut Shake

Coconut shake adalah minuman yang diperbuat daripada kelapa muda, ais krim, dan ais. Ia merupakan minuman yang popular di kalangan orang ramai kerana rasa nya yang lazat.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply