Kupang adalah sejenis kerang-kerangan yang hidup di kawasan pantai dan sungai. Ia merupakan makanan laut yang popular di Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara yang lain. Kupang sering dimasak dalam pelbagai cara seperti digoreng, dikukus atau dibuat sup.
Untuk memasaknya, bersihkan kupang dan buang yang telah rosak. Tumis bawang, halia dan cili. Masukkan kupang, sos tiram, kicap dan sedikit air. Masak sehingga kupang terbuka. Boleh dihidang dengan bawang goreng dan daun bawang.
1. Resepi Kupang Bakar Telur Masin Berkrim
Bahan- bahan
- 1/2 kg blue mussle/ kupang
- 1 sudu besar mentega
- 3 sudu besar serbuk telur masin Bestari
- 5 ulas bawang putih dicincang halus
- 1 cawan dairy whipping cream
- 1/2 cawan air
- 1/2 sudu treh serbuk paprika
- 1 hiris jus lemon
- Chili flakes dan daun bawang sebagai hiasan
Nota: saya guna blue mussle frozen yang diimport. Fully cooked dan dah siap buang cengkerang. Kalau guna kupang biasa kena rebus sekejap untuk bukak cengkerang dia.
Cara buat Kupang Bakar Telur Masin Berkrim
- Bersihkan kupang & toskan kering. Susun di atas dulang pembakar.
- Dalam kuali, cairkan mentega dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
- Masukkan serbuk telur masin Bestari, whipping cream dan air. Kacau sebati hingga pekat.
- Masukkan serbuk paprika. Boleh masukkan garam & perisa jika suka. Saya tak masukkan sebab serbuk telur masin dah secukup rasa.
- Tutup api dan perah jus lemon. Kacau sebati.
- Panaskan oven pada suhu 170c. Sudukan sos telur masin ke atas kupang dan taburkan chili flakes.
- Bakar selama 25minit bergantung pada oven masing masing.
- Setelah siap, tabur daun bawang sebagai hiasan. Sedia dinikmati.
Sumber: Nurha Muhammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Kupang Masak Pedas Berapi
Bahan-bahan
- Tiga genggam isi kupang yang telah dikeluarkan dari cangkerangnya setelah direbus dan dipotong bulu dalam kupang
- Dua biji bawang merah saiz pingpong
- Halia 1/2 saiz ibu jari
- Dua siung bawang putih
- Tiga batang cili merah besar
- Sepuluh batang cili hijau kecil
- Satu sudu makan cili kisar
- Sedikit kicap
- Garam perisa dan gula
Cara buat Kupang Masak Pedas Berapi
- Panaskan sedikit sahaja minyak, masukkan cili merah besar yang dipotong kasar, masukkan juga cili hijau sehingga layu. Angkat toskan letak tepi.
- Tumbuk juga bawang merah 1 1/2 biji, bawang putih dan halia.
- Dengan guna sedikit minyak baru atau lebihan minyak tadi tumis semua bahan yang telah ditumbuk.
- Tunggu sehingga bawang naik bau, masukkan sesudu makan cili kisar.
- Tumiskan sehingga pecah minyak masukkan kupang.
- Lebihan bawang merah sebahagian lagi tadi dihiris dan dimasukkan dalam sambal.
- Kacau sebati, masukkan sedikit kicap dan perasakan garam, ajinomoto dan sdikit gula.
- Selamat mencuba sahabat
Sumber: Leeyana Aziz dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Rendang Kupang
Bahan-bahan
- 3 kilo kupang rebus dan buang kulit basuh bersih
Bahan kisar
- 5 tangkai cili kering
- 10 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Halia sebesar ibu jari
- Kunyit sebesar ibu jari
- Lengkuas 2 ketul
- 1 batang serai
- 1 sudu teh lada sulah (optional)
- 4 biji buah keras ganti santan
Cara buat Rendang Kupang
- Panaskan minyak tumis rempah yang di kisar, hingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan kupang, tambahkan air biarkan mendidih sambil di rinih hingga air kering perasakan garam dan gula.
- Terakhir taburkan daun limau dan daun kunyit yang di hiris halus.
Saya tak guna gula pasir dlm rendang saya guna gula kabung atau gula melaka.
Sumber: Sri Banun Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Kupang Masak Kicap
Bahan-bahan
- Bawang merah, bawang putih
- Halia
- Lada merah
- Cili boh
- Isi Kupang
- Kicap
- Perasa
Cara buat Kupang Masak Kicap
- Tumis sampai naik bau bahan-bahan bawang besar, bawang putih, halia, lada merah yang dihiris.
- Masukkan cili boh dua sudu. Tumis lagi.
- Kemudian, masukkan isi kupang sampai kering, baru lah tambahkan kicap dan perasa secukupnya.
- Masak sampai agak kering sikit. Siap. Selamat mencuba
Sumber: Khamsiyah Mansur dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Makanan Laut Kerang Kerangan Yang Dapat Mengganti Kupang?
Selain Kupang, banyak lagi spesis kerang-kerangan yang ada di laut Malaysia. Namun, tak semua boleh dimakan. 5 senarai dibawah merupakan makanan laut spesis kerang-kerangan yang boleh dimakan dan sudah tentu enak jika dijadikan hidangan.
1. Lala
Lala adalah sejenis kerang yang lebih besar daripada kupang. Ia biasa dimasak dengan cara dikukus atau digoreng dengan sos cili. Masakan lala yang popular termasuk lala masak superior, lala masak thai dan lala goreng kunyit.
2. Siput Sedut
Siput sedut merupakan sejenis gastropod yang biasa ditemui di kawasan pantai. Ia sering dimasak dengan cara rebus atau goreng dengan pelbagai jenis rempah seperti serai, lengkuas dan daun limau purut.
3. Kepah
Kepah adalah sejenis kerang yang bersaiz sederhana dan mempunyai cengkerang yang keras. Masakan kepah yang popular termasuk kepah masak lemak cili padi dan kepah bakar dengan sos mentega.
4. Remis
Remis adalah sejenis kerang yang kecil dan manis. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti dibuat sup, digoreng dengan cili atau dikukus dengan sos tiram.
5. Lokan
Lokan adalah sejenis kerang yang besar dan lazat. Ia biasa dimasak dengan cara dikukus atau dibakar. Masakan lokan yang popular termasuk lokan bakar dengan sos mentega dan lokan masak lemak cili padi.