Sebelum ini pernah viral kuih titisan hujan atau raindrops ini. Kuih titisan hujan ini terkenal di Perak. Bila sesuatu makanan yang telah viral pasti ingin mencuba sendiri kan? Nak buat pun mudah kuih viral ini. Jom kami kongsikan resepi kuih titisan hujan ini.

Jom try!

1. Resepi Raindrop Cake

Bahan-bahan

Bahan Raindrop Jelly

  • 1 1/2 sudu teh serbuk Jellyn (Nutrijell )plain.*Boleh juga guna Konnyaku Jelly
  • 2 sudu besar gula putih
  • 750 ml air

Bahan syrup gula

  • 1/2 cawan gula merah
  • 3 sudu besar gula putih
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan Soya Powder

  • 100 gram kacang soya
  • 2 sudu besar gula perang
  • Atau boleh guna soya powder instant secukupnya

Cara buat Raindrop Cake

Raindrop Jelly

  1. Larutkan gula dan serbuk jelly kedalam air. Kemudian kacau atas api sederhana hingga mendidih. Matikan api.
  2. Kacau perlahan untuk sejukkan seketika.
  3. Kemudian tuangkan kedalam acuan iceball atau apa-apa saja acuan pilihan.
  4. Sejukkan dalam peti ais selama 1 jam.

Syrup gula

  1. Satukan gula merah, gula putih dan air kacau hingga larut dan mendidih, letak esen vanila kacau sebati.
  2. Tapis dalam bekas dan sejukkan.

Soya Powder

  1. Rendam kacang soya selama sekitar 20-25 minit. Buangkan kulit soya, cuci bersih dan toskan.
  2. Sangai atas api sehingga perang. Sejukkan.
  3. Campurkan gula perang blend sehingga halus kemudian diayak.
  4. Simpan dalam bekas kedap.
  5. Nak lebih mudah beli soya powder instant yang dijual dipasaraya atau bakery.

Nota: Raindrop cake juga sedap dan menarik jika diletak edible flower atau buahan seperti strawberry dan sebagainya.

Sumber: Leeina Qaliena dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Kuih Titisan Hujan Mango Rose

Bahan-bahan

Bahan jelly

  • 1 1/4 sudu teh serbuk jelly
  • 3 sudu besar gula halus
  • 750 ml air (3 cawan metrik)
  • Air gula
  • 300 g gula merah
  • 300 ml air

Bahan pelengkap

  • 1 pek soya powder (dalam ada 4 sachet)

Bahan iringan

  • 1 biji buah mangga (hiris nipis)

Cara buat Kuih Titisan Hujan Mango Rose

  1. Masukkan air dalam periuk.
  2. Sebatikan gula dan serbuk jelly hingga rata dan tuangkan ke dalam periuk.
  3. Kacau sebati dan hidupkan api dapur.
  4. Masak dengan menggunakan api sederhana.
  5. Masak hingga mendidih (berbuih). Tutup api dapur.
  6. Kacau hingga hilang buih dan warna menjadi lebih jernih.
  7. Susun hirisan mangga didalam acuan membentuk seperti bunga rose (dalam keadaan terbalik). Tuangkan adunan jelly perlahan-lahan.
  8. Kita tuang separuh dahulu bila kita sentuh permukaan jelly tidak melekat di tangan (masih lagi lembut) kita tuang lagi adunan jelly, kemudian tutup acuan dengan kemas.
  9. Sejukan didalam petisejuk selama 3 jam.

Cara penyediaan air gula

  1. Masukkan gula merah dan air kedalam periuk. Masak dengan api sederhana besar hingga mendidih dan sedikit pekat. Ketepikan.

Cara penyediaan soya powder.

  1. Masak soya powder didalam kuali (sangai). Kacau hingga bertukar keperangan. Angkat.
  2. Keluarkan adunan jelly tadi perlahan-lahan, dan bubuh dibekas yang kita nak guna. Boleh lah kita hidangkan bersama air gula juga soya powder. Serius sedap sangat.

Sumber: Aznie Khasri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Kuih Titisan Hujan Mudah

Bahan-bahan

  • Serbuk jelly -27g
  • Air – 350ml
  • Gula 2 sudu makan

Cara buat Kuih Titisan Hujan Mudah

  1. Masak seperti agar-agar biasa dan sejuk dalam peti ais dalam 30minit
  2. Air gula hangus/caramel.
  3. Gula dua sudu masak hingga perang, kemudian tambah sedikit air.
  4. Kacang tumbuk guna kacang kisar hazelnut dan almond (boleh cari kedai kek) bakar dalam air fryer 180c selama 10minit.

Sumber: Siti Norazera Mohd dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Raindrop Cake Blue Ocean

Bahan-bahan

Jelly Haiwan Laut

  • 5 gm serbuk jelly (clear)
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu teh perisa jagung manis
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • Pewarna kuning, hijau, merah, putih
  • Acuan haiwan laut

Jelly Raindrop

  • 5 gm serbuk jelly (clear)
  • 3 cawan air
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu teh perisa jagung manis
  • Serbuk kacang soya secukupnya

Sos Kastad

  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • Pewarna biru

Cara buat Raindrop Cake Blue Ocean

Jelly Haiwan Laut

  1. Satukan air, serbuk jelly, gula, perisa jagung manis & susu pekat. Kalau nak guna susu cair pun boleh.
  2. Kacau di atas api sederhana hingga larut & mendidih. Angkat & bahagikan kepada 4 bahagian. Setiap satu bahagian dicampur dengan pewarna hijau, kuning & putih.
  3. Sudukan adunan jelly ke dalam acuan bentuk haiwan laut seperti penyu, ketam, tapak sulaiman & shell.
  4. Simpan di dalam peti ais selama 30 minit atau 1 jam.
  5. Setelah keras/set, keluarkan jelly daripda acuan. Ketepikan dulu.

Jelly Raindrop

  1. Satukan air, serbuk jelly, gula & perisa jagung manis. Kacau di atas api sederhana hingga larut & mendidih. Angkat & tuang ke dalam acuan lompang atau acuan ball.
  2. Adunan selebihnya saya letak kerang & shell di dalam acuan & tuang jelly tadi. Masukkan ke dalam peti ais 30 minit atau hingga set.

Sos Kastad

  1. Satukan susu cair, air, tepung kastad & esen vanila. Kacau sebati dulu, baru buka api. Kacau sentiasa hingga agak pekat & mendidih, tambah pewarna biru. Tutup api, kemudian sejukkan dulu.
  2. Keluarkan jelly raindrop drp acuan & letak di tengah pinggan. Tuang sos kastad sebagai air laut. Kemudian tabur serbuk kacang soya sebagai pasir. Akhir sekali, letak jelly haiwan laut di atas serbuk kacang soya dengan perlahan-lahan.
  3. Yang ni untuk penyu bertelur di pulau raindrop dan shell raindrop saya tabur serbuk kacang soya saja sebagai pasir laut.

Sumber: Nor Al Fatihah T-hah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Mudah kan nak buat kuih viral ini. Jangan lupa cuba dan selamat menikmati!

Jom semak juga resepi okonomiyaki pancake popular di Jepun.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply