Kuih siput merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang berbentuk seperti siput, diperbuat daripada tepung gandum, tepung beras, dan bahan-bahan sampingan. Ia biasanya dihasilkan melalui proses melenyek adunan tepung sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk.
Proses penyediaan kuih siput melibatkan membuat doh, membentuknya menjadi bentuk siput dengan cara melenyek doh ke acuan khas berbentuk memanjang, kemudian menggorengnya sehingga kekuningan dan rangup. Hasilnya adalah kuih yang mempunyai tekstur rangup di luar dan lembut di dalam, dengan rasa yang ringan dan sedap.
1. Resepi Kuih Siput Rangup
Bahan-bahan
- 1 kg tpg gandum
- 1 cwn marjerin
- 1/2 cwn castor sugar (optional)
- 3 sb serbuk kari ikan/ daging
- 1 sk garam
- 1 bj telur
- 1 kotak kecil santan (200ml)
- Sedikit air sejuk
- Daun kari secukupnya
Cara buat Kuih Siput Rangup
- Satukan semua bahan dan uli hingga jafi doh yang lembut.
- Tambahkan air sedikit demi sedikit jika doh terlalu keras.
- Gentel doh bulat kecil sehingga habis & terap di atas acuan kuih siput.
- Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan masukkan kuih siput tadi.
- Bila siput hampir nak masak, baru masukkan daun kari/
Sumber: Nor Azliza Mohamed dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)
2. Resepi Kuih Siput Lemak Manis
Bahan-bahan
- 2 cwn tpg gandum
- 2 1/2 sb gula castor
- 1 sk garam halus
- 3 sb marjerin
- Air sejuk secukupnya
Cara buat Kuih Siput Lemak Manis
- Campurkan tepng gandum, gula, garam & marjerin, gaul sebati semuanya.
- Then campurkan air sejuk sedikit ke dalam campuran tadi.
- Bila doh dah sebati (tak keras, tak lembut & betul-betul sesuai untuk diterap nanti) bolehlah gentel kecil dahulu sebelum diterap di atas papan penerap siput.
- Bila semuanya siap, panaskan minyak & goreng hingga keperangan.
Sumber: Nor Azliza Mohamed dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Kuih Siput ( Mentega Lebih)
Bahan-bahan
- 1kg tepung gandum
- 3 sudu cili kisar (nak pedas tambah lagi)
- 1 paket kecil rempah kari daging (nak letak pun boleh tak nak letak pun ok saja)
- 2 biji telur
- 1 cawan mentega cairkan
- 1 cawan air (letak sekali dengan garam)
- Garam secukupnya
Cara buat Kuih Siput (Mentega Lebih)
- Masukkan semua bahan-bahan diatas tepung gandum, cili kisar, rempah kari, telur, mentega yang sudah dicairkan dan air garam gaulkan sehingga menjadi doh.
- Bila doh dah sebati (tak keras, tak lembut dan betul-betul sesuai untuk diterap nanti), bolehlah gentel kecil-kecil dahulu sebelum diterap di atas papan penerap siput.
- Bila semuanya siap, panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.
- Selamat mencuba.
Sumber: Fatin Harnita dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Kuih Siput 4 Bahan
Bahan-bahan
- Tepung gandum 1 kg
- 4 sb majerin dicairkan terlebih dahulu
- 2 cubit garam yang dilarutkan dengan air
- Air secukup
Cara buat Kuih Siput 4 Bahan
- Masukkan marjerin yang telah dicairkan tadi ke dalam tepung gandum.
- Gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk roti.
- Kemudian masukkan air garam tadi gaul rata.
- Akhir sekali masuk kan air sikit uli sehingga menjadi doh yang lembut & tak melekat di tangan.
- Rehatkan sebentar dan selepas itu boleh lah di lenyek pada papan cetak dia.
Sumber: Aida Azmi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Kuih Tradisional Lain Yang Popular?
Selain kuih siput, ada juga kuih tradisional lain yang popular dan digemari ramai. Malah, masih evergreen sehingga kini. Kuih-kuih yang dimaksudkan adalah:
1. Kuih Bahulu
Kuih bahulu adalah kuih ringan yang dipukul sehingga gebu, kemudian dimasak dalam acuan khas yang dipanaskan. Ia mempunyai rupa yang cantik dengan permukaan yang licin dan dalam pelbagai bentuk seperti bunga atau bulat.
2. Kuih Bakar
Kuih bakar adalah kuih tradisional yang diperbuat daripada campuran tepung, telur, dan santan. Ia dibakar dalam acuan khas sehingga berwarna perang keemasan dan mempunyai tekstur yang lembut dengan pinggiran yang rangup.
3. Kuih Sepit
Kuih sepit atau yang dikenali sebagai kuih kapit dibuat menggunakan acuan khas yang dipanaskan. Ia diperbuat daripada tepung dan telur, kemudian dilipat membentuk kuih yang nipis dan renyah.
4. Kuih Cara
Kuih cara ialah kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras dan santan, dimasak dalam acuan kecil yang mempunyai pelbagai corak. Ia biasanya dihidangkan dalam keadaan panas dan lembut.
5. Apam Balik
Apam balik merupakan kuih tradisional yang mempunyai isi seperti kacang, jagung, atau coklat. Ia diperbuat daripada adunan tepung yang dimasak di atas penggorengan rata sehingga membentuk kuih yang tebal dan berlipat.